7 Cara Terbaik Kurangkan Gula


Pastinya ramai ada masalah untuk mengurangkan gula. Apa cara terbaik untuk kurangkan gula dalam pemakanan harian kita?



7 Cara Terbaik Kurangkan Gula 

1- Minum air kosong bagi menggantikan minuman bergula atau manis
Betul. jika boleh banyakkan minum air kosong atau sering membawa air kosong ke mana saja. Bila kita banyak minum air kosong secara tak langsung keinginan untuk minum air manis boleh dikawal.

2- Hadkan kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman
Cara mudah bantu kurangkan gula ialah bila kita cuba mengehadkan pengambilan gula setiap kali minum. Misalnya, setiap cawan cuba hanya letakkan 1 sudu teh gula sahaja.

3- Elak tambah gula dalam masakan
Ada jenis yang suka menambah gula dalam masakan. Sebaiknya bila kita ingin mengurangkan gula sebaiknya elakkan untuk menambah gula bila memasak. Paling kurang pun cuba kurangkan jumlah gula daripada kebiasaan.

4- Elak makanan dan minuman bergula antara hidangan utama dan sebelum masuk tidur
Cara ni juga paling mudah nak kawal pengambilan gula. Masa waktu makanan utama seperti makan tengah hari dan makan malam cuba elak yang bergula. Paling senang cuba dulu elak minuman bergula. Jika nak minum air jugak minumlah air kosng untuk membantu mengurangkan pengambilan gula.

5- Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula"
Saranan begini juga boleh kita lakukan. Apabila membeli di pasar raya atau kedai, sebaiknya cuba baca lebih terlebih dahulu dan baisakan untuk membeli makanan yang berlabel "rendah gula" dan "bebas gula".

6- Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula
Bila teringin nak makan yang manis, cuba amik buah-buahan untuk menggantikan makanan manis bergula.

7- Tinggalkan gula putih!
Cara ni paling ekstrem lah. hihi. Ada yang berani buat? Tak nak amik gula atau nak kurangkan pengambilan gula, terus berhenti membeli gula putih. Gantikan dengan yang lain.


Satu lagi cara, cuba cabar diri untuk kurangkan minuman tanpa bergula. Contoh seperti saranan oleh pihak KKM. 




SELAMAT MENCUBA SEMUA! 

CUBA USAHA KURANGKAN GULA! 

GULA ADALAH PEMBUNUH SENYAP BADAN KITA.




Post a Comment

4 Comments

  1. Tak berani saya nak terus extreme cut intake gula. Sekarang saya cuba kurangkan je dulu pengambilan setiap hari.

    ReplyDelete
  2. Abe kie titiskan cecair stevia ke dlm air minuman sbg ganti gula putih.

    ReplyDelete