Jerebu sudah melanda negara kita lagi. Kalini jerebu datang bulan September pulak. Tapi negara kita memang tiap tahun akan ada jerebu kan?
![]() |
gambar: kosmo |
Bawah ini adalah bacaan terkini IPU ikut tempat.
Apakah tips dan langkah berjaga yang kita perlu buat bila tiba musim jerebu?
1- Kita perlu peka dengan laporan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU).
2- Sentiasa berada di dalam bangunan.
3- Mengurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
4- Kerap membasuh tangan, muka dan mandi bagi membersihkan bahagian yang terdedah kepada jerebu.
5- Minum banyak air kosong sekurangnya 2 liter sehari untuk tujuan menyingkir keluar toksin yang diserap melalui kulit dan pary-paru kita.
6- Bila menggunakan kenderaan, tutup tingkap rapat dan gunakan alat penghawa dingin.
7- Kurangkan minum air berkafein, bergas dan beralkohol bagi mengelak kehilangan cecair dan nutrien keluar dari badan.
8- Cuci baju yang terdedah kepada jerebu dan sebaiknya tak menyidai baju di luar rumah.
9- Banyak makan buah yang ada vitamin C, vitamin E dan Omega 3. Ini untuk membantu menguatkan imun badan. Untuk cadangan supplement boleh ambil set imun booster iaitu Vitamin C, Nutriferon, Chewable C, Omega dan Meal Shakes untuk kanak-kanak.
10- Pakai topeng/mask untuk jerebu. Contohnya mask N95.
11- Bagi yang ada penyakit batuk, selsema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru, jika makin teruk sebaiknya segera berjumpa doktor.
12- Berhenti merokok kerana boleh menyumbang kepada pencemaran udara dan boleh membahayakan kesihatan perokok juga.
Berhati-hati di musim jerebu. Jagalah kesihatan diri dan kurangkan aktiviti luar.
Dah baca?
Kesan jerebu kepada kesihatan manusia
Kesan jerebu kepada kulit
Tiap kali musim panas berpanjangan, tentu jerebu datang
ReplyDeleteya memang selalu begitu kan
Deleteterima kasih atas info dan tips ni..
ReplyDeletesama2
Deletenice sharing :)
ReplyDeletethank you :)
Deletesekarang musim jerebu kan. nice sharing, sangat bermanfaat. done follow sini #340
ReplyDeletetq az
Delete