Kesan Jerebu Kepada Kesihatan Manusia


Hampir setiap tahun negara kita dilanda masalah jerebu. Apa yang membimbangkan jerebu banyak memberi kesan langsung kepada kesihatan manusia.



Kualiti udara semasa jerebu yang sangat tidak sihat memberi impak negatif kepada kesihatan. Semasa berlakunya jerebu, kita boleh melihat status kualiti udara berpandukan Indeks Pencemaran Udara atau IPU.

Semakin tinggi IPU, semakin tinggi dan berbahaya kepada manusia. IPU bermula 101 adalah tanda mulanya udara pada paras tidak sihat dan jika IPU melepasi 300 adalah sangat-sangat tidak sihat dan berbahaya kepada kesihatan semua orang.

Udara yang tercemar mengandungi banyak toksik yang berbahaya kepada kesihatan. Bila kita terdedah kepada udara yang tercemar, ia boleh masuk melalui saluran pernafasan dan kulit kita. Yang paling bahaya boleh masuk ke saluran darah. Akhirnya tahap kesihatan dan sistem pertahanan badan terjejas.


Antara kesan-kesan jerebu kepada kesihatan manusia yang sering berlaku ialah:
  • Gatal tekak dan kerongkong yang akhirnya boleh menjadi batuk
  • Kerap bersin dan hidung lebih banyak berair 
  • Mudah mendapat selsema. Jika dibiarkan boleh terus demam.
  • Rasa sakit dada
  • Rasa sesak nafas
  • Mata gatal dan kering serta kemerahan
  • Kulit gatal terutama yang ada alergik kulit dan ekzema
  • Radang paru-paru
  • Mendapat serangan jantung atau penyakit berkaitan jantung
  • Asma

Apa yang lebih membimbangkan, paling ketara apabila jerebu jumlah pesakit asma dan mata makin meningkat.

Menurut Dr Nor Fariza Ngah, Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kementerian Kesihatan, pesakit yang mendapatkan rawatan mata di klinik mata lerajaan menunjukkan peningkatkan sebanyak 20 hingga 30 peratus semasa jerebu (sumber berita harian, 12 September 2019).

Begitu juga dengan pesakit asma juga berlaku peningkatan sebanyak 15.8 peratus menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam laporan utusan bertarikh 19 September 2019.

Penyakit asma dan mata ada meningkat masa jerebu ni


Golongan kanak-kanak juga lebih berisiko apabila jerebu melanda disebabkan mereka dalam proses membesar, kadar denyutan jantung yang lebih laju dan jantung kanak-kanak juga sedang berkembang / dalam proses membesar. Begitu juga dengan warga tua turut berisiko terutama yang ada masalah kesihatan dan sistem imun badan yang lemah.



Sebaiknya kita semua berhati-hati dan lebih mengutamakan kesihatan semasa jerebu. Ini kerana jerebu bukan sahaja memberi kesan buruk kepada kesihatan malah boleh menganggu pekerjaan dan rutin harian kita.


Jagalah kesihatan dengan sebaiknya.




Post a Comment

2 Comments

  1. berusaha sebaik mungkin untuk elak keluar rumah musim jerebu ni...kalo da sakit nanti susah nak baik...huhu

    ReplyDelete
  2. Mudah2an gejala jerebu cepat berakhir

    ReplyDelete