21 September 2019

Kesan Jerebu Kepada Kulit dan Cara Mengatasinya


Haze, haze, go away. Never come again another day. Macam best pulak jadi lagu. Tapi tak semudah itu untuk jerebu hilang dan ia mungkin mengambil masa.



Jerebu bukan sahaja memberi kesan kepada kesihata tapi ia juga memberi kesan kepada kulit kita. Seperti yang kita sedia tahu udara masa jerebu ini adalah bertoksik, kotor dan tidak sihat. Kulit merupakan anggota badan yang terdedah kepada jerebu. 


Persoalannya bagaimana jerebu memberi kesan kepada kulit kita?

Pertama, sebabkan udara jerebu yang tercemar, kulit menjadi gatal-gatal, kasar, kering, kemerahan dan juga naik jerawat. Malah, yang memiliki kulit yang sihat juga turut sama terkesan kerana kualiti udara yang telah tercemar.

Kedua, jerebu juga adalah radikal bebas, dan radikal bebas ini antara punca yang menyebabkan penuaan kulit pramatang. 

Ketiga, masih terdapat sinar UV semasa jerebu dan lebih berbahaya sebabnya asap memerangkap lapisan UB di atmosfera. 


Bagaimana cara untuk mengtasi dan melindungi kulit masa jerebu? 

1- Minum banyak air
Semasa jerebu kita disarankan untuk meminum lebih banyak air untuk menghidratkan semula kulit dan badan. Air juga penting untuk mengeluarkan toksin dari badan. Bila badan cukup air, ia boleh menguatkan semula sistem imun badan dan melawan keradangan pada kulit.


2- Bersihkan kulit dengan betul
Selain membersihkan badan, membersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai juga penting. Tapi sebelum membersihkan muka dengan pencuci muka, bersihkan terlebih dahulu dengan 'makeup remover' atau 'oil cleansing' yang sesuai. 


3- Guna skrub
Penggunaan skrub selepas mencuci muka juga sangat penting. Ia ibarat membersihkan muka untuk kali kedua agar muka dan liang dicuci dengan sebersihnya. Skrub penting untuk membersihkan dan membuang sel kulit mati atau partikel halus akibat jerebu yang tersumbat di dalam liang pori kita.

Jika tak suka guna skrub, boleh juga menggunakan Youth Perfecting Skin Toner. Toner ini khas untuk membuang sel kulit mati dan kotoran. 


4- Guna sunscreen
Penggunaan sunscreen sangat penting terutama waktu jerebu. Sebabnya sinar UV dan asap serta udara yang tercemar ini boleh merosakkan kulit. Jadi, setiap kali keluar rumah gunakan sunscreen untuk melindungi kulit.

Untuk cuaca di Malaysia,sebaiknya kita menggunakan sunscreen dengan SPF tinggi antara 30-50. Age Defense Moisturizer dengan SPF 50 sesuai dengan cuaca di Malaysia dan berupaya melindungi kulit kita dari sinar UVA dan UVB. 


5- Guna pelembap atau moisturizer
Jerebu dengan cuaca panas yang kering boleh menyebabkan kulit semakin kering. Kita boleh menggunakan pelembap untuk mengelak kulit kering dan kuli terhidrat.

Pelembap khas untuk melegakan kulit yang tidak cukup air dan diganti dengan penghidratan mendalam, Moisture Lock Day Cream dari YOUTH. 


6- Detox kulit
Pernah dengar detox kulit? Maksudnya kita membuang toksin supaya kulit lebih bersih. Salah satu cara untuk detox kulit ialah menggunakan clay mask. 

Clay mask berfungsi untuk menyahtoksin kulit, menyerap dan menyingkirkan bahan kotoran, pencemar (sangat sesuai musim jerebu udara kotor) dan sebum, dan menyingkirkan sel kulit mati dan membantu pertumbuhan semula sel kulit agar lebih sihat.


Jerebu boleh memberi kesan kepada kulit sama seperti jerebu menjejaskan kesihatan. Sebab itu penting untuk kita menjaga diri sebaiknya pada fasa jerebu ini.



Baca juga;

Kesan jerebu kepada manusia

12 Langkah berjaga masa jerebu






4 comments:

  1. cuaca sekarang memang kena banyak minum dan sunblock sangat penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya 2 tu antara tips penting utk berjaga musim jerebu

      Delete
  2. Nampak macam dah kurang sikit jerebunya

    ReplyDelete