20 November 2019

5 Nutrien Yang Bantu Tingkatkan Metabolisme Badan


Bagi sesetengah orang, metabolisme badan penting terutama yang nak kuruskan badan dan menjaga berat badan yang ideal. Apa makanan yang bagus untuk meningkatkan metabolisme badan kita?

Apakah metabolisme?

Metabolisme merupakan satu proses tubuh untuk menukar apa yang kita makan kepada tenaga. Makin tinggi metabolisme, makin bagus kerana ia berupaya untuk membakar kalori lebih cepat, jagi kita tidak mudah untuk mengalami pertambahan berat badan. Sebaliknya, jika metabolisme badan rendah, proses pembakaran kalori badan juga berlaku lebih perlahan.

Kalini Gee nak kongsikan apakah nutrien atau jenis makanan yang boleh membantu meningkatkan metabolisme badan kita.


5 Nutrien Yang Bantu Tingkakan Metabolisme Badan

1. Vitamin B

Vitamin B berfungsi untuk membantu tubuh mencerna karbohidrat, protein, serta lemak, dan seterusnya menggunakan tenaga yang tersimpan dalam makanan. Metabolisme badan penting untuk memastikan tubuh kita dapat menggunakan segala nutrien menjadi tenaga dan bukan menyimpan di dalam badan kita sebagai lemak.

Makanan yang kaya dengan Vitamin B;

Sumber makanan vitamin B

Supplemen vitamin B >> B-Complex 


2. Protein tanpa lemak

Protien dan metabolisme badan. Apa kaitannya?

Protein tanpa lemak bukan sahaja membuatkan kita berasa kenyang, protein ini juga membanti meningkatkan termogenesis, iaitu satu proses di mana tubuh kita menukar kalori untuk menghasilkan haba. Proses pertama, badan membakar tenaga tambahan dengan mencerna protein tanpa lemak dan proses yang kedua, protein akan mengekalkan jisim otot, kalori badan dan mesin pembakar lemak kita.

Makanan protein tanpa lemak;

Makanan sumber protein, sebaiknya pilih tanpa lemak

Supplemen protein >> ESP



3. Asid lemak Omega 3

Asid lemak Omega-3 juga penting untuk metabolisme badan kita. Omega 3 mampu membantu meningkatkan paras metabolisme badan dan proses pembakaran lemak kerana ia berupaya mempengaruhi leptin. Leptin ialah sejenis hormon yang bertugas mengawal kadar metabolisme dan ia akan memberitahu otak kita bahawa kita kenyang. 

Makanan yang kaya dengan omega 3;

Makanan kaya asid lemak Omega 3

Supplemen Omega 3 >> Omega Guard



4. Zink 

Zink juga bagus meinggikan metabolisme tubuh. Zink penting untuk Kelenjar tiroid, kerana badan kita memerlukan zink untuk menghasilkan hormon tiroid. Hormon tiroid ini yang dapat mengekalkan metabolisme dan tenaga kita . 

Diet yang kurang zink boleh mengurangkan keupayaan kelenjar tiroid untuk menghasilkan jumlah hormon yang mencukupi dan ini akan merendahkan metabolisme badan kita.

Makanan yang kaya dengan Zink;

Makanan kaya Zink

Supplemen Zink >> Zinc Plus



5. Zat besi

Zat besi juga berperanan penting untuk meninggikan paras metabolisme badan kita. Zat besi bertugas untuk mengangkut oksigen ke dalam sel badan kita, termasuk otot , yang membantu membakar lebih banyak lemak. Jika diet kurang zat besi juga boleh mengakibatkan masalah anemia, kekurangan zat besi. Ini yang boleh mmenyebabkan kita jadi tidak bermaya dan melambatkan metabolisme badan.

Makanan yang kaya dengan Zat besi;

Makanan kaya zat besi

Supplemen zat besi >> Vitalea 



Itulah dia 5 jenis nutrien atau jenis makanan yang kita boleh ambil untuk bantu meningkatkan kadar metabolisme badan kita. 









Rujukan:

1. Stephanie AE, J.Michael Overton et al., Regulation of Metabolic Rate and Substrate Utilization by Zinc Deficiency. Metabolism Clinical and Experimental, June 2004,
Volume 53, Issue 6, Pages 727–732
2. Gregory JF III, Park Y, Lamers Y, Bandyopadhyay N, Chi YY, et al., Metabolomic Analysis Reveals Extended Metabolic Consequences of Marginal Vitamin B-6 Deficiency in
Healthy Human Subjects. 2013, PLOS ONE 8(6): e63544.
3. Fernandez JM, Castro JD, Alferez MJM and Aliaga IL., Iron Deficiency and Neuroendocrine Regulators of Basal Metabolism, Body Composition and Energy Expenditure in
Rats, March 2019, Department of Physiology and Institute of Nutrition and Food Technology, University of Granada, Spain.
4. Gerber PA, Gouni B, Berneis K., Omega-3 Fatty Acids: Role in Metabolism and Cardiovascular Disease. Curr Pharm Des. 2013;19(17):3074-93.
5. Halton TL, Hu FB., The Effects of High Protein Diets on Thermogenesis, Satiety and Weight Loss: A Critical Review. Dept of Nutrition, Harvard School of Public Health. J Am
Coll Nutr. 2004 Oct;23(5):373-85.





0 comments:

Post a Comment