20 February 2020

Punca dan Faktor Serangan Sakit Jantung Pada Orang Muda


Punca Sakit Jantung



Apakah punca-punca yang menyebabkan serangan jantung?

Sakit jantung berlaku apabila saluran darah jantung menjadi sempit. Dan penyempitan ini terjadi kerana dinding di sebelah dalam salur darah diselaputi lemak terutama lemak kolesterol. Akhirnya sel-sel jantung kita tidak dapat menerima bekalan darah dan oksigen yang cukup. Kesannya, sel mati atau sebahagian daripada jantung tidak berfungsi dengan baik. Lama kelamaan jantung menjadi bengkak dan kegagalan jantung akan timbul.  Ini yang menyebabkan rasa sakit di sebahagian dada atau terkena serangan jantung secara tiba-tiba!


Faktor Risiko

Ada beberapa faktor yang menuymbang kepada serangan jantung,

  • Merokok. Kebanyakan anak muda sekarang muda-muda lagi sudah ramai yang merokok. Ada yang masih sekolah rendah dah merokok.


  • Tekanan perasaan, stress mental dan fizikal. Bila kita stress, dalaman juga akan stress dan ini tidak elok untuk dalaman badan kita. Stress juga menyebabkan jantung tak dapat berfungsi dengan normal.


Menurut Dr Zubaidi, stres ini juga mengambil masa. Bukan hari ini kita stres dapat serangan jantung. Sebenarnya mengambil masa yang sama dengan serangan jantung.


  • Ada penyakit darah tinggi, hipertensi. 


  • Ada penyakit kencing manis/diabetes. Diabetes menyebabkan penebalan pada dinding pembuluh darah hingga menghalang aliran darah. Jadi, penderita diabetes berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. 


  • Keturunan, ada ahli keluarga pernah ada sakit jantung atau terkena serangan jantung.


  • Faktor umur terutama berumur 35 tahun ke atas lebih berisiko tinggi dapat serangan jantung. 


  • Kurang aktif dan kurang bersenam


  • Obesiti, berat berlebihan. 


  • Amalan pemakanan harian yang tidak sihat. Banyak makan-makanan segera, manis, berlemak, ada alkohol dan sebagainya. Jika dilihat pada trend sekarang sangat mudah untuk mendapatkan makanan melalui grab food misalnya. Order makan dan menunggu makanan sampai. Mudah sangat kan?? Itulah yang bahayanya. 



Semua faktor di atas akan menyebabkan penyempitan pada salur darah, tersumbat dengan kolesterol atau atherosclerosis sebelum mendapat  serangan sakit jantung. Atherosclerosis terjadi akibat keradangan di dalam saluran darah. Keradangan ini pula berlaku kerana banyak radikal bebas dalam badan.


Oleh itu, jagalah jantung kita dengan sebaiknya dengan cara mengawal perkara yang kita boleh kawal seperti amalan hidup aktif, menjaga pemakanan, mengawal stress dan tidak merokok.


Pesannan untuk orang muda, jagalah kesihatan, jaga makan minum.



Baca juga:

Tanda-tanda awal sakit jantung






Continue Reading

19 February 2020

Beli Baru Moisturizer dan Sunscreen SPF50


Masa nak travel pergi Johor Sabtu lepas, Gee tercari-cari di manalah moisturizer Youth. Sampailah kat Johor, baru perasan tak ada dalam bag. Alamak! Gee tak boleh tak ada ni sejak mula guna youth moisturizer. Muka rasa insecure. Hehe

Jadinya, Gee belilah online dan harini, Rabu sampai. Nasib baik laju sebab esok, khamis 20 Februari Gee akan travel ke KL pulak. Hujung minggu ni ada event untuk Shaklee Leaders, Business Leaders National Conference yang bertempat di PICC.


Youth Age Defense Moisturizer - SPF 50

Macamnilah moisturizer dan sunscreen tu. Dia 2 in 1. Skali fungsi dalam satu tiub ni. Lebih jimatlah. Sekali guna juga.



Bekas macam kecik tapi tahan banyak bulan Gee guna. Jimat. Boleh bawa ke mana dalam bag juga.

Youth Age defense moisturizer spf 50


Youth moisturizer dan sunscreen ni ada spf 50 dan mampu melindungi kulit dari sinar UVA UVB.



Tekstur youth moisturizer dan sunscreen. Nak pakai kena goncang dulu. Cepat meresap ke kulit. Tak melekit.

Yang ni Gee picit first bukak tadi lupa nak goncang dulu hehe.


Yang best lepas sapu youth moisturizer ni muka lebih shining. Macam naik seri mukalah.

Bagi yang kerap kerja luar, nak elak jeragat, mudah kena sunburn, duduk dalam aircond, ada kulit kering bolehlah guna Youth moisturizer ni.

Youth Age Defense Moisturizer ni ada bahab tinggi antioksidan so boleh melindungi kulit dan memberi nutrien pada kulit dalam masa yang sama.


Bahan botani terbaik



Yang penting moisturizer ni bebas dari 1500 bahan kimia berbahaya, selamat untuk kulit, terbukti berkesan dan sesuai untuk semua jenis kulit juga.



Baca juga;

Review Youth Age Defense Moisturizer

9 Tips pilih sunscreen terbaik





Continue Reading

Kenali Tanda-tanda Awal Sakit Jantung


Seakan menjadi  trend sekarang apabila ada kematian yang melibatkan serangan jantung banyak menyerang umur yang masih muda. Ada yang meninggal terkena serangan jantung masa tidur. Oleh itu, Gee akan senaraikan tanda-tanda mereka yang ada mengalami penyakit jantung. 



Jom kita cek tanda-tanda sakit jantung. Kebanyakan pesakit jantung ni ada gejala atau simptom yang hampir sama.

  • Rasa sakit pada dada seperti dada sedang dihempap oleh benda berat dan pedih. Dan ia boleh merebak ke lengan, tengkok, belakang dan rahang.
  • Kebas samada di tangan kiri dan juga lengan. Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan).
  • Kerap kencing pada waktu malam.
  • Rasa haus dan dahaga.
  • Penglihatan kabur. 
  • Kadang kepala rasa berpusing dan tidak seimbang.
  • Tiba-tiba rasa seronok teruja atau rasa bimbang tanpa sebab.
  • Lidah rasa tegang atau gusi menjadi bengkak atau sakit. Mungkin jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  • Rasa letih dan lesu sepanjang masa.
  • Tekak rasa loya dan tidak ada selera nak makan.
  • Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  • Kadar degupan jantung yang tidak menentu.
  • Nafas terasa pendek.
  • Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun ketika itu sedang duduk berehat. 
  • Sendi-sendi di kaki atau abdomen jadi bengkak dan kembang. 


Jika anda ada tanda-tanda seperti di atas, segerlah berjumpa doktor. Buat pemeriksaaan kesihatan. Mencegah dan mengetahui dari awal adalah lebih baik.



Tips / Rawatan untuk penyakit jantung (entri akan datang)

Punca dan faktor serangan jantung




Sumber: Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL & KKM



Continue Reading

15 February 2020

Pelancaran Produk Baru Shaklee: Res-V


Tak lama lagi Shaklee Malaysia akan melancarkan satu lagi produk baru pastinya terbaik untuk kesihatan kita iaitu Res-V.

Katanya Res-V Shaklee ni lagi hebat dari Vivix. Apa itu Vivix? Baca di sini >> Vivix Shaklee


Gee bagi gambar je dulu ok. Nanti dah dapat info details Gee akan share semua ok.






Bentuk kapsul so lagi mudah kita nak bawa ke mana-mana saja.



Bahan-bahan dah power semua ni. Tak sabar!






Ok lah Gee share gambar je dulu. Next entri Gee akan share lagi details ok.

Katanya Res-V ni akan dilancarkan pada bulan MAC ini nanti. Wah sama birthday Gee tu :)





Continue Reading

14 February 2020

13 February 2020

Perlukah Vitamin C untuk Lelaki?


Orang lelaki juga boleh mengambil Vitamin C.



Kenapa lelaki memerlukan vitamin C?

1.Beri tenaga
Vitamin C mampu mengimbangi sistem badan. Ia membantu menghasilkan dopamine sistem saraf dan membantu fungsi adrenal dalam peningkatan tenaga dalam badan. Sebab itu orang lelaki sangat perlukan vitamin C untuk memberi lebih tenaga pada lelaki.

2.Vitamin C untuk kesihatan rambut
Vitamin C membantu meningkatkan peraliran darah dan menguatkan kapilari darah. Peredaran darah lancar akan buatkan rambut lebih sihat tumbuh. Pengambilan vitamin C yang cukup boleh membantu mengelakkan alopecia dan masalah rambut botak bagi orang lelaki.


3.Vitamin C bantu luka cepat sembuh
Lelaki kadang lebih aktid bersukan dan banyak bergerak hingga kadang-kadang mudah tercedera. Sebab itu lelaki memerluka Vitamin C untuk membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat dengan mempercepatkan pembentukan tisu-tisu baru.


4.Elak rambut beruban
Bila sebut uban semua takut nanti rambut dah tak cantik. Rambut kan aset penting bagi lelaki. Jadi, lelaki sangat peru mengambil Vitamin C kerana ia penting untuk mengekalkan warna asal rambut dengan menghalang kesan-kesan penuaan pada rambut.


5.Pelindung kulit
Lelaki lebih mudah terdedah kepada persekitaran dan sinar UV matahari.Sebab itu lelaki juga digalak mengambil vitamin C setiap hari sebagai pelindung semulajadi kulit.  Vitamin C bertugas untuk melindung kulit dari radikal bebas termasuk cahaya matahari, pencemaran, asap kenderaan, asap rokok dan lain-lain. 


6.Kuatkan imuniti badan
Apabila terkena demam dan selsema, vitamin C paling baik untuk mengukuhkan sistem imun badan bagi melawan virus yang sebabkan kita demam. Ia mampu bertindak sebagai anti-histamin yang akan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti selsema, sakit badan dan kesakitan.


7. Vitamin C untuk kesuburan.
Ia mampu menghasilkan sperma yang lebih berkualiti. Tapi tabiat lelaki ada yang suka merokok dan ini memusnahkan vitamin C dalam badan. Sebab itu lelaki perlukan vitamin C untuk meningkatkan tahap kesuburan mereka.


8. Kesihatan jantung lelaki
Vitamin C dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak dan kolesterol teroksida secara tidak langsung menghalang dari terkena risiko sakit jantung.



Supplemen Vitamin C untuk lelaki

Vitamin C Plus dari Shaklee sesuai untuk lelaki. Vitamin C organik dari ekstrak jagung yang mana ia sesuai juga untuk perut sensitif. Setiap tablet vitamin C plus membekalkan 500mg vitamin C. Dan menariknya Shaklee buat teknologi 'sustained release' iaitu setiap jam melepaskan 100mg vitamin C dalam badan. So, badan kita akan menerima vitamin C setiap masa. Menarik kan??




Testimoni Vitamin C untuk lelaki







Orang lelaki lepasni bolehlah ambil vitamin C setiap hari ya. Bagus sangat kebaikan vitamin C ni untuk lelaki.






Jom dapatkan vitamin C anda sekarang! Hubungi gee ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.





Continue Reading

11 February 2020

Koleksi Testimoni Pengguna Vitamin C Shaklee


Vitamin C sangat sinonim dengan kecantikan kulit. Sebut saja vitamin C semua suka sebab banyak manfaatnya untuk kulit kita. Tapi bukan hanya kulit saja, ada banyak lagi kebaikan lain vitamin C ni.


Boleh baca di sini, 10 Kebaikan Vitamin C yang ramai terlepas pandang


Pengalaman makan vitamin C

Jom kita lihat koleksi tetsimoni mereka yang mengamalkan vitamin C dari Shaklee.


1. Vitamin C untuk masalah gusi dan jerawat.



2. Vitamin C untuk resdung



3. Vitamin C untuk kulit.



4. Vitamin C untuk kulit berseri dan jarang demam.



5. Vitamin C untuk kulit cantik berseri.



6. Vitamin C bantu jarangd demam dan kulit makin cantik.



7. Vitamin C buat jerawat cepat kecut dan parut pudar.



Lihat sini >> Cara mudah buat masker Vitamin C



8. Tak lupa juga Wany Hasrita juga mengambil Vitamin C Shaklee!




Nak kenal dengan vitamin C yang kami amik boleh lihat di sini >> Keistimewaan Vitamin C Shaklee 





Jom dapatkan vitamin C anda sekarang! Hubungi gee ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.





Continue Reading

10 February 2020

Betulkah Vitamin C Terbaik untuk Kulit Muka?


Vitamin C sangat sinonim dengan kecantikan kulit. Tapi adakah ia betul-betul berkesan untuk kulit? Bagaimana vitamin C membantu kulit anda?



Vitamin C berifat larut air dan badan kita tak mampu menghasilkan sendiri vitamin C. Oleh itu, kita perlu mengambil vitamin C dari sumber makanan harian dan supplemen.


Kebaikan Vitamin C untuk kulit

Adakah vitamin C terbaik untuk kulit? Sebenarnya vitamin C sudah lama terkenal dalam bidang kecantikan dan ia merupakan vitamin terbaik untuk kulit.

Vitamin C untuk kolagen
Tahu tak? Vitamin C sangat penting dalam penghasilan kolagen dalam badan kita. Ia menghasilkan kolagen secara semulajadi memandangkan tubuh kita akan kehilangan kolagen apabila umur makin bertambah. Jika nak kulit cantik jangan skip vitamin C!

Vitamin C pelindung semualajadi kulit
Vitamin C tinggi dengan antioksidan, jadi ia berfungsi untuk melindungi kulit dari sinar UV matahari dan pencemaran. Jika kerap terdedah kepada matahari jangan tinggalkan vitamin C. Kesan buruk sinar uv ini boleh membuatkan kulit lebih cepat mengalami penuaan.

Vitamin C untuk kulit jerawat
Yang ada jerawat digalakkan mengambil vitamin C setiap hari. Sifat tinggi antioksidan vitamin C membantu meneutralkan radikal bebas yang jadi punca jerawat sering naik. Jerawat cepat kecut dan kering.

Vitamin C juga membantu mencerahkan kulit secara semulajadi, kulit juga jadi lebih cerah sekata. Nak kulit cerah cara selamat bolehlah makan vitamin C selalu.

Vitamin C melambatkan penuaan kulit wajah, kulit lambat berkedut, lebih anjal dan awet muda.



Supplemen Vitamin C yang sesuai untuk kulit

Untuk supplemen vitamin C ni, Gee rekomen Vita C Plus dari Shaklee sebab Gee sendiri juga ada mengambilnya sejak 2015 lagi.

Promosi Vitamin C


Kelebihan Vitamin C Plus Shaklee


  • Vitamin semulajadi tanpa bahan pewarna dan perasa tiruan.
  • Sebotol ada 180 biji, boleh tahan sehingga 6 bulan. Sangat jimat.
  • Satu tablet Vita-C Plus menyamai 7 setengah biji oren.
  • Juga boleh dibuat masker. Kalau ada jerawat boleh kecutkan jerawat!
  • Vitamin C yang bertindak secara sustained release, ia melepaskan vitamin C secara berperingkat agar ia sentiasa berada dalam tubuh badan. Ia melepaskan vitamin C sebanyak 100 mg setiap jam untuk satu tablet. 
  • Jika mengambil 2 tablet vitamin C Shaklee dalam jurang masa 5 jam, ia mampu kekal dalam plasma darah selama 24 jam.
  • Lengkap dengan Bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu menyerap vitamin C dengan lebih baik ke dalam badan


Testimoni Vitamin C untuk Kulit









Berminat untuk mendapatkan vitamin C Shaklee ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;





Continue Reading

09 February 2020

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends


Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.



Giveaway Wang Tunai Mamapipie




Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends


  1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
  3. Tag 3 rakan 
  4. Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
  5. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..

  • Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020


Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50


Korang boleh copy code html di bawah dan paste as html dalam blog post korang. Good luck semua!!

Continue Reading

06 February 2020

Tanda Badan Kekurangan Vitamin C


Vitamin C salah satu vitamin yang sangat penting kepada tubuh. Vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri secara semualajdi oleh tubuh tapi ia perlu diambil dari sumber makanan. Jadi kita perlu makan banyak buah-buahan dan sayuran dalam hidangan seharian. Itu sebabnya kita sering mengalami kekurangan vitamin C akibat kurang mengambil makanan yang ada vitamin C.



Vitamin C 

Dikenali sebagai Ascorbic Acid , ia sejenis vitamin larut air dan sifatnya sangat rapuh. Apabila berada pada suhu dan tekanan tinggi vitamin C mudah termusnah dan rosak. Contoh bila cuaca panas dan terlampau stress boleh memusnahkan vitamin C.


Tanda-tanda badan kekurangan vitamin C 
  • Kerap demam, selsema, bersin - kurang vitamin C, sistem imuniti badan lebih rendah dan mudah untuk dapat jangkitan dan virus. 
  • Mudah stress - tahu tak stress boleh memusnahkan vitamin C dalam badan. 
  • Kulit bersisik, kering, meggelupas - nak kulit sihat perlukan banyak vitamin C. Vitamin akan membantu mengekalkan kulit sihat dengan cara melindungi dari sinar uv, pencemaran, asap rokok. Vitamin C juga membantu hasilkan kolagen, inilah kunci utama kulit cantik, sihat dan muda. 
  • Wajah nampak lebih tua dari umur - apabila tak cukup vitamin C, badan juga tak dapat menghasilkan kolagen dan kurang kolagen itu sebab kulit  cepat menua. 
  • Luka lambat sembuh - vitamin C penting dalam proses pemulihan dan penyembuhan kulit. Mereka yang kurang vitamin C, tissue lambat membentuk hasilnya luka lebih lambat nak sembuh. 
  • Mudah mendapat ulser - badan kurang vitamin C dan kurang minum air kosong juga akan mudah dapat ulser terutama dalam mulut. 
  • Sendi merah dan bengkak - sendi banyak mengandungi kolagen, dan bila kolagen kurang ia sering dikaitkan dengan kkekurangan  pengambilan vitamin C. 
  • Panyakit skurvi
  • Mudah lebam - lebam terjadi apabila salur darah pecah di bawah kulit dan kesannya darah merebak ke kawasan sekitar. Salur darah lemah dan pecah biasanya dikaitkan dengan kekurangan kolagen. 
  • Tulang lemah, tak kuat - kajian menunjukkan vitamin C memainkan peranan penting dalam pembentukan tulang. (rujuk di sini, kajian).
  • Gusi bengkak, berdarah dan gigi longgar.
  • Badan rasa lemah, lesu


Itulah semua tanda-tanda badan kurang vitamin C. Boleh semak segera jika ada mengalaminya. Dan jika ada, lepasni bolehlah rajin mengambil vitamin C setiap hari.


Makanan yang tinggi kandungan vitamin C



  • Buah-buahan seperti jambu batu, belimbing, limau, betik, nenas, mangga, buah beri, strawberi, kiwi.
  • Sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, asparagus, brokoli, sawi, tomato.



Untuk supplemen vitamin C, Gee rekomen apa yang Gee dah ambil sendiri sejak 2015 lagi iaitu Vitamin C dari Shaklee.


Keistimewaan SR Vita-C Plus Shaklee




  • Vitamin semulajadi tanpa bahan pewarna dan perasa tiruan.
  • Sebotol ada 180 biji, boleh tahan sehingga 6 bulan. Sangat jimat.
  • Satu tablet SR Vita-C Plus menyamai 7 setengah biji oren.
  • Juga boleh dibuat masker. Kalau ada jerawat boleh kecutkan jerawat!
  • Vitamin C yang bertindak secara sustained release, ia melepaskan vitamin C secara berperingkat agar ia sentiasa berada dalam tubuh badan. Ia melepaskan vitamin C sebanyak 100 mg setiap jam untuk satu tablet.
  • Jika mengambil 2 tablet vitamin C Shaklee dalam jurang masa 5 jam, ia mampu kekal dalam plasma darah selama 24 jam.
  • Lengkap dengan Bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu menyerap vitamin C dengan lebih baik ke dalam badan







Berminat untuk mendapatkan vitamin C Shaklee ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;




Continue Reading

05 February 2020

Mitos Ketum Penawar Kencing Manis


Ada yang kata air ketum boleh bantu turunkan paras gula berlebihan dalam darah untuk pesakit kencing manis. Benarkah?



Ketum atau nama saintifik Mitragyna. Ia adalah sejenis tumbuhan asli hidup di negara kita, Malaysia. Ia banyak tumbuh di kawasan lembap yang mempunyai kandungan humus tang tinggi.

Berdasarkan kajian saintifik air ketum boleh membawa implikasi jika diambil dalam masa yang lama dan berlebinan.

Kesan ketum jika diambil berlebihan dan jangka panjang;

👉Rasa khayal
👉Sesak nafas
👉Sembelit
👉Cirit-birit
👉Sawan
👉Sukar tidur
👉Bibir kering


Di Malaysia, ketum diharamkan di bawah Akta Racun 1952, Seksyen 30(3).

Oleh itu berhentilah mengambil ketum untuk turunkan gula bagi sakit diabetes.

Sebaliknya pesakit Diabetes disarankan untuk mengambil ubat seperti saranan doktor, kawal pemakanan harian, bersenam atau buat aktiviti yang boleh keluarkan peluh.


Baca juga;

Cara Makan Mudah untuk Diabetes

Cara Kawal Makan untuk Kawal Diabetes

Cadangan supplemen untuk Diabetes





Continue Reading

04 February 2020

Selamat Hari Kanser Sedunia 2020


Baru perasan harini hari kanser sedunia.

Selamat Hari Kanser 4 Feb 2020

Semoga diberi kekuatan buat semua pesakit kanser. Anda kuat, anda pasti boleh!

Apakah kanser?

Kanser adalah salah satu penyakit kronik dan ia boleh berlaku pada sesiapa saja tanpa mengira usia, jantina dan bangsa kita. Semua ada risiko kanser.

Di Malaysia, pada tahun 2018, penyakit kanser menyumbang sebanyak 11.82 peratus penyebab kematian utama di hospital kerajaan dan 30 peratus di hospital swasta (kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, 22 Februari 2020).


Tapi kita boleh mencegah risiko kanser sebanyak 30-50 peratus dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

  • Amalkan pemakanan yang sihat.
  • Rajin bersenam.
  • Kawal stress.
  • Tidur awal dan cukup waktu.
  • Menjalani ujian saringan.
  • Kenali tanda dan gejala awal kanser.


Kurangkan risiko kanser dengan makanan sihat



Selamat hari kanser semua. Jagalah kesihatan kita pada tahap terbaik. Usaha untuk amal gaya hidup sihat dalam masa yang sama bantu cegah awal risiko kanser.






Continue Reading

Perlukah Vitamin C untuk Ibu Mengandung?


Vitamin C memang terkenal untuk kecantikan kulita dan imuniti badan tapi bolehkan ibu yang sudah mengandung atau hamil untuk terus mengambil Vitamin C? Jika boleh, apakah kebaikan dan kepentingan vitamin C untuk ibu mengandung?





Kebaikan Vitamin C untuk Ibu yang Mengandung

1. Vitamin C berfungsi sebagai antioksida dan ini akan menyokong penghasilan sel imun badan. Bila imuniti badan ibu kuat, ia berupaya untuk melawan dan mencegah jangkita, virus dan penyakit.

2. Vitamin C dan kolagen sangat sinonim. Kolagen bukan hanya untuk kulit, ia juga penting untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan untuk pembinaan otot, tulang rawan dan tulang fetus.

3. Vitamin C juga membantu dalam pembentukan sel darah merah, dan meningkatkan penyerapan zat besi (bagus untuk cegah masalah anemia).

4. Vitamin C membantu plasenta yang sihat sepanjang kehamilan.

5. Vitamin C membantu mengelaka masalah bayi yang lahir pra-matang.

6. Vitamin C membantu penyembuhan luka, ni penting untuk persediaan ibu untuk bersalin nanti.

7. Vitamin C juga bagus untuk kulit sihat dan cantik!

8. Juga bagus untuk elak risiko kena kencing kotor dan jangkitan kuman kencing tu. Gee tengok akak sepupu kena memang sakit, sakit pinggang lah sampai nak berjalan payah.


So, ibi-ibu rajinlah amik vitamin C sepanjang hamil ni ya. banyak sangat manfaat vitamin C untuk ibu. Dalam masa yang sama janin dalam kandungan juga dapat sama khasiar vitamin C.



Sumber Vitamin C 
Boleh ambil dari sayuran dan buah-buahan.

Sumber vitamin C


Untuk supplemen boleh ambil Vitamin C Plus Shaklee. Supplemen lebih mudah diambil. Yang penting vitamin C Shaklee ni vitamin organik, diuji secara klinikal dan selamat untuk kesihatan jangka panjang.




Testimoni Vitamin C untuk ibu hamil







Banyak kebaikan dan manfaat vitamin C untuk ibu sepanjang kehamilan ni kan? So ibu-ibu dan bakal ibu bolehlah terus amik vitamin C samada dari sumber buah-buahan, sayuran ataupaun supplemen.




Baca juga;

Punca sakit pinggang masa hamil

Tip jerawat masa hamil

9 Tips pemakanan masa hamil





Berminat untuk mendapatkan vitamin C Shaklee ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;




Continue Reading

03 February 2020

Promosi Shaklee Februari 2020


Pilihan promosi dari Shaklee untuk bulan Februari 2020. Ada banyak jenis produk promosi bulan ini dan semuanya best-best.



1. Promosi Vita C Plus 

Beli 2 botol dapat diskaun 5%.

Vitamin C ni paling ramai orang suka. Satu keluarga boleh ambil vitamin C.  Antara manfaat vitamin C yang femes;
  • Kuatkan imuniti badan
  • Bantu rangsang penghasilan kolagen dalam badan
  • Baik jerawat
  • Lindungi kulit dari sinar UV
  • Baiki bersin, resdung
  • Memerangi kanser


Boleh baca lanjut di sini:

Kebaikan dan kesitimewaan vitamin C Shaklee
Tanda badan kurang vitamin C
5 info pengambilan vitamin C
10 kebaikan vitamin C yang ramai terlepas pandang



2. Promosi CoqTrol Plus

Beli 3 botol diskaun 10%

CoqTrol bagus untuk memberi tenaga pada badan kita. Jika jenis banyak kerja, selalu travel, badan kerap letih, Gee rekomen coqtrol ni. Energy booster terbaik! Untuk jantung, kulit juga bagus.

Baca lanjut;

Kelebihan dan kebaikan CoqTrol Plus



3. Promosi Zinc Plus

Beli 1 Percuma 1

Zinc tak femes sangat tapi best! Kecik tapi banyak manfaat untuk badan kita. Zinc ini bagus untuk rambut, luka-luka terutama yang lepas operate, kesuburan lelaki, kuku.

Baca:

Kelebihan dan kebaikan Zinc Plus
10 manfaat zinc untuk kesihatan



4. Promosi Garlic

Beli 2 diskaun 5%

Garlic juga best. Ramai suka untuk jerawat, antibiotik semulajadi, batuk-batuk, darah tinggi dan masalah kolesterol juga ok.

Baca:
Kelebihan Garlic Shaklee
Orang Korea makan bawang putih untuk kulit cantik



5. Promosi Radiance C+E

Beli mana-mana item dalam skincare Youth dan cukup 200uv/point dapat PERCUMA Radiance C+E.

Baca juga;

Youth skincare terbaik dan bebas bahan kimia bahaya
5 langkah mudah guna Youth skincare



6. Promosi Meal Shakes

Beli 2 diskaun 5%

Meal Shakes kegemaran kanak-kanak, dalam bentuk serbuk jadi ibu-ibu boleh campur dalam minuman atau susu anak-anak. Meal shakes ada 19 jenis vitamin, mineral dan zat penting untuk pertumbuhan anak. Sesaui untuk anak yang memilih makan, sembelit, imun badan rendah atau yang kurang berat badan.

Baca juga;

Kebaikan Meal Shakes
Idea menarik untuk buat bekal anak



7. Promosi Performance Drink - Oren

Beli 2 diskaun 5%

Performance drink atau PD adalah minuman pilihan untuk atlet. Tapi sesiapa saja boleh minum termasuk ibu hamil, ada masalah dehidrasi, untuk berpuasa, untuk tenaga.

Baca juga;

Kelebihan Performance Drink Shaklee



8. Promosi Performance Drink - Lemon

Beli 2 diskaun 5%

Performance drink atau PD adalah minuman pilihan untuk atlet. Tapi sesiapa saja boleh minum termasuk ibu hamil, ada masalah dehidrasi, untuk berpuasa, untuk tenaga.

Baca juga;

Kelebihan Performance Drink Shaklee



9. Promosi Vitalea Kids

Beli 2 diskaun 5%

Multivitamin untuk anak-anak. Lengkap dengan semua jenis vitamin mineral untuk anak. Yang best boleh hisap/kunyah. Rasa manis anggur tu yang sedap.

Baca:
Vitalea Kids 
5 sebab anak suka multivitamin vitaea kids



PROMOSI KHAS AHLI BARU 

Ada 5 pilihan promosi dan setiap ahli baru boleh beli setiap set ini.

1. Youth Starter Set

Ada 4 item
  • cleanser, toner, sunscreen spf 50 + moisturizer, night cream 
  • Promosi RM 612 saja (harga ahli RM680) 
  • Dapat percuma pos, percuma keahlian, cash back
Baca juga;

Youth skincare terbaik dan bebas bahan kimia bahaya
5 langkah mudah guna Youth skincare




2. Vivix Set
  • Beli 2 promosi RM 684 (biasa harga ahli RM 760 so lebih murah lah promosi ni)
  • Percuma pos, keahlian shaklee, cash back

Baca juga;

Apa itu Vivix
Soalan lazim Vivix
Testimoni Vivix
Benarkah vivix ada red wine



3. Promosi Daily Essential Set
  • Beli 1 set RM 736.20 saja (harga biasa ahli RM800 lebih, so lebih jimat)
  • Percuma pos, keahlian shaklee, cash back



5. Promosi Set Mengandung
  • RM 438.30
  • Percuma pos, keahlian shaklee, cash back
  • sesuai juga untuk sesiapa saja yang ada ambil set macam ni juga
Baca juga >> info kehamilan




5. Promosi Set Berpantang
  • RM 479.70
  • Percuma pos, keahlian shaklee, cash back
  • sesuai juga untuk sesiapa saja yang ada ambil set macam ni juga
Baca juga;

Set berpantang lengkap
Pantang larang masa berpantang











Berminat untuk mendapatkan produk / Promosi Shaklee ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;





Continue Reading