31 March 2020

30 March 2020

Makan Pavlova dan Tart


Aktiviti stay at home memang aktiviti makan tak berhenti. Haha.

Untuk harini special sikit sebab order kek pavlova. Lama gila Gee tak makan ni. Sedap dia buat.

Orang tu jual RM 20 satu.



Satu lagi order tart. Sedap juga yang ni.

RM 35

RM 25

Semua sedap. Berbaloi lah beli. Cas cod juga ok rm8. Esok order lain lagi kat makcik Gee. Haha๐Ÿ˜„๐Ÿ˜ƒ.



Continue Reading

29 March 2020

28 March 2020

Vitamin C Berwajah Baru


Semalam, 27 Mac 2020 vitamin C shaklee kembali dengan packaging baru. Kalini lebih elegan dan lebih cun. Cantik kan??

Packaging baru tapi dalam dia dan kandungan semua sama lagi macam biasa. Jangan risau ok.




Dan semalam juga vitaminn C mula ada stok balik di Malaysia setelah banyak hari habis stok seMalaysia. Dan paling mengejutkan jualan pembukaan semalan dalam 10 ribu botol vitamin C dalam 30 minit pertama! Amazing kata presiden Shaklee Malaysia.



Kenapa permintaan vitamin C sangat banyak? High demand gitu. Sebabnya sekarang semua dah tahu yang vitamin C ni sangat penting untuk sistem imun badan kita. Terutama sekarang musim virus covid-19 kan, lagilah kita perlu menguatkan sistem imun badan kita!




Bukan untuk sistem imun badan saja, ada banyak lagi kebaikan vitamin C ni.






Baca juga;

Jenis vitamin C terbaik

Perlukah Vitamin C untuk lelaki

Koleksi testimoni pengguna vitamin C

Betulkah vitamin C terbaik untuk kulit 

Info lengkap vitamin C Shaklee

Perlukah vitamin C untuk ibu mengandung

Tanda badan kurang vitamin C








Jom dapatkan Vitamin C Shaklee pada harga promosi sekarang! Hubungi Gee ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.





Continue Reading

25 March 2020

Penting Basuh Tangan untuk Elak Virus Merebak


Bagaimana basuh tangan boleh membantu mengelak virus merebak? 

Virus ini masuk ke dalam badan kita melalui hidung, mulut dan mata. Bukan melalui tangan. Tapi tangan ini yang akan ajadi pembawa virus ke hidung, mulut dan mata melalui sentuhan.

Jika pengidap virus menghembus hingus, atau batuk ke atas tangan, virus yang berada di atas tangannya boleh dibasuh buang dengan air dan sabun. Inilah cara berkesan untuk menghentikan penularan jangkitan virus melalui sentuhan. Jadi kita perlu  MENJAGA KEBERSIHAN TANGAN SELALU.

Itu pentingnya kita membasuh tangan sebelum pegang benda lain.

Jika pengidap virus tak membasuh tangan dan memegang benda di sekelilingnya, virus itu boleh hidup di atas permukaan barang selama lebih kurang 72 jam (menurut kajian virus). Sebab inilah kita mesti basuh tangan selalu walaupun tiada contact dengan pengidap virus untuk membuang virus yang anda sentuh di atas tangan sebelum anda sentuh hidung, mulut atau mata anda.

Jika pengidap virus ini batuk ke atas tangannya atau sentuh mulut/hidung/matanya dan kemudian salam tangan anda, anda boleh terima virus ini di tangan anda. Cara terbaik mencegah penularan virus ini ialah JANGAN BERSALAMAN dan jika sudah bersalaman cepat-cepatlah mencuci tangan dengan bersih.


Langkah mencuci tangan dengan betul bagi mengelak jangkitan kuman dan virus. 





Apa yang penting cuci tangan dengan sabun dan air bersih. Buat kiraan 20 kali untuk pastikan tangan betul bersih dari virus.

Terutama dengan penularan wabak coronavirus sekarang kita semua perlu sentiasa menjaga kebersihan dan duduk di rumah bagi memutuskan rantaian dan penularan virus.



Baca juga;

Bagaimana Covid-19 merebak?





Continue Reading

22 March 2020

Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com




Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 di Mialiana.com bermula pada 11.00 pagi 21/3/2020 sehingga 11.00 pagi 22/3/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com / Like Fanpage Mialiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2020.

** jom support Mia Liana....




Continue Reading

21 March 2020

Cara Sihat Untuk Tingkatkan Imuniti Badan Di Rumah


Memandangkan kita sekarang tengah di landa wabak covid-19 dan tak boleh keluar rumah sesuka hati, jadi kalini Gee kongsikan cara untuk menguatkan sistem imun badan hanya di rumah dari perkongsian Dr Hafiz Sulaiman di FB beliau.




Cara Sihat Untuk Tingkatkan Imuniti Badan di Rumah Masa Wabak Covid-19


1. Aktifkan Diri

Boleh bersenam di laman rumah sendiri. Jika dalam rumah tu jangan lupa bukak langsir supaya matahari boleh masuk rumah dan bagi segar.

Boleh juga bersenam, buat yoga, berlari setempat di rumah masing-masing.


2. Dedahkan Diri dengan Matahari

Matahari penting untuk bekalkan vitamin D pada badan kita. Antara fungsi vitamin D juga ialah untuk kuatkan imunisasi badan lawan kuman, virus. Cadangan vitamin D dalam 1000-10,000 iu dan ia bergantung pada badan masing-masing.

Paling senang waktu pagi keluar rumah dan berjemur dalam 15-20 minit untuk dapatkan vitamin D semuljadi waktu pagi. Tapi elak waktu tengahari sebaiknya sebab waktu itu cahaya UV dia tak elok untuk kulit pulak.

Supplemen Vitamin D >> ada dalam OStematrix


3) Tidur yang cukup

Bila dah semua ramai yang bercuti ni, paling baik tidur awal malam. Elak tidur lewat lebih jam 12 malam. Sebabnya badan kita waktu malam dia bekerja. Jangan ganggu jam badan kita. Bila terganggu boleh mengacau sistem imun badan. Tu yang rasa letih je kan bila bangun lewat.

Cubalah untuk tidur awal lepas isya' selama 2 minggu bercuti ni. InshaAllah anda akan rasa lain betul badan. Lebih bertenaga. Mood lebih ceria dan emosi lebih stabil. Imuniti badan juga akan pulih dan jadi lebih baik.


4) Jaga Makan

Bab makan ni paling penting untuk kita jaga. Jangan terlalu banyak makan dan makanan yang kurang sihat. Jika boleh malam paling lewat sebelum jam 7 atau 8 petang, lepas waktu tu tak perlu makan dah.

Penting untuk jaga perut, bila kurang makan kita dapat perut berehat dan baiki mana yang rosak. Perut, usus dan sistem pencernaan adalah pusat imuniti badan kita.

Selain itu juga, elak makan yang manis-manis, pilih lemak sihat seperti asid lemak omega 3, minyak zaitun. Dan elak makan makanan diproses seperti biskut, kuih, keropok dan semua jenis fast food.

Insha Allah kita akan rasa badan lebih sihat. Sangat sihat.


5) Doa dan Tawakal

Sentiasa berdoa moga wabak covid-19 ini segera hilang dan satu dunia pulih. Aminn.
Hanya Allah tempat kita bergantung dan mohon pertolongan.




Tambahan, amik supplemen untuk kuatkan imun badan. Gee terbaca apa yang Menteri Kesihatan share, mereka yang kuat imun badan tak mudah dijangkiti coronavirus tapi akan menjangkiti mereka yang lebih rendah atau lemah imun badan.




Jom sama-sama kita usaha dan ikhtiar untuk menguatkan imuniti badan. Moga kita semua dilindungi dari penyakit dan virus covid-19 ini. Aminn Ya Mujib.



Berminat untuk dapatkan suplemen Shaklee boleh terus menghubungi Gee di 013-5707812. Stok sangat terhad sebab permintaan untuk vitamin ini sangat tinggi masa sekarang!




Continue Reading

20 March 2020

Jenis-Jenis Vitamin C Terbaik


Rupanya ada banyak jenis vitamin C, Gee baca dari perkongsian Dr Zubaidi. Jadi Gee share kat sini apa jenis vitamin C yang terbaik dan bagus untuk kita ambil.




Apakah Vitamin C?

Vitamin C adalah jenis vitamin yang larut dalam air. Ia tidak disimpan dalam tubuh. Jadi ia harus diambil secara berterusan dalam makanan harian kita seperti dalam buah-buahan yang membekalkan vitamin C. Contohnya buah oren dan pelbagai jenis limau tempatan, mangga, cili hijau, brokoli,dan tomato.

Tapi dalam pemakanan harian kita kadang tidak cukup jumlah vitamin C yang diambil, terutama jika jenis yang banyak makan makanan yang berproses dan jarang makan sayur buah, makan berpotensi tinggi untuk tak dapat vitamin C yang cukup dalam badan.

Tahu tak? Makanan segar yang kita makan setiap hari hanya mampu membekalkan sebahagian kecil saja yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Jika kita ada mengambil makanan berproses, makanya tiada vitamin yang dapat dibekalkan ke dalam tubuh. Oleh itu kita sangatlah memerlukan suplemen vitamin C.

Untuk mencapai tahap membantu rawatan, (therapeutic dose) kita memerlukan dos vitamin C yang lebih tinggi iaitu antara 500 mg dan 1,000 mg vitamin setiap hari. Dos yang sebegini boleh didapati dari kebanyakan farmasi dan ia bukanlah dos berbahaya.

Menurut Dr Zubaidi, beliau mencadangkan agar berbincang dengan doktor yang faham tentang penggunaan Vitamin C, agar tidak keliru dengan fakta yang salah selalu diberikan kepada masyarakat.


Ada beberapa jenis suplemen Vitamin C yang boleh kita ambil. 

4 Jenis Supplemen Vitamin C 

1. Ascorbic acid

Boleh didapati dalam bentuk natural atau sintetik. Ia ada dalam bentuk pil kunyah (chewable tablet) atau kapsul, cecair dan powder. Ia boleh menyebabkan keradangan perut jika diambil dalam dos yang tinggi dan dalam keadaannperut yang kosong.


2. Buffered vitamin C

Mengandungi garam mineral bersama ascorbic acid. Kurang berasid dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gastritis. Contohnya calsium ascorbate.


3. Vitamin C dengan bioflavonoids

Bioflavonoids adalah komponen tumbuh-tumbuhan yang menambahkan fungsi antioksida pada vitamin C. Ia juga menambahkan kadar penyerapan vitamin dalam usus.


4. Topical vitamin C

Adalah serum yang mengandungi vitamin C yang pekat. Ia sesuai digunakan sebagai sapuan pada kulit sebagai salah satu cara melambatkan penuaan terutamanya kulit muka.



VITAMIN C PLUS 500mg 

Vitamin C dari sumber semulajadi, dari ekstrak jagung maka ia sesuai untuk yang ada perut sensitif seperti gastrik. Juga ada tambahan 120mg bioflavnoids untuk membantu meningkatkan penyerapan vitamin C di dalam badan kita.

Vitamin C Plus Shaklee

Vitamin C plus juga ada teknologi 'sustained release', iaitu melepaskan 100mg vitamin C setiap sejam. Jadinya badan kita akan mendapat vitamin C cukup setiap jam dan kurang atau tiada pembaziran vitamin C berlaku.

Penting untuk ada teknologi ini kerana sifat vitamin C ia hanya badan kita hanya mampu menerima dalam 100-200mg vitamin C setiap jam. Lebih dari itu akan dikeluarkan ke air kencing. Rugi kan?? 

Itulah sebabnyak ramai suka mengambil Vitamin C Plus 500 mg ni. Malah Gee sendiri dah ambil supplemen vitamin C ni sejak 2015 lagi sampai sekarang.




Vitamin C Plus 500mg ini juga di jamin HALAL, Lulus KKM, selamat untuk pengambilan jangka panjang. Dan sesuai untuk seisi keluarga.



Berminat nak dapatkan Vitamin C beyond organik ni boleh terus menghubungi Gee di 013-5707812. 





Continue Reading

19 March 2020

Carta Bergambar Bagaimana Covid-19 Boleh Merebak


Covid-19 atau penyakit coronavirus 2019 adalah strain baru coronavirus yang tidak pernah di kenalasti. Covid-19 ini boleh berjangkit satu sama lain dari individu ke individu lain atau melalui sentuhan dan pernafasan.




Gejala awal yang akan dialami ialah demam, batuk, sakit badan, sukar bernafas, dan pening kepala.


Bagaimana boleh merebak kepeda orang lain? 

Bawah ni Gee share secara bergambar bagaimana covid-19 merebak dan boleh menjangkiti orang lain tanpa mereka sedar.

Contoh ada 4 kumpulan.



Si kumpulan A pembawa pertama mudah di kesan dan dirawat.



Kemudian, si A datang berjumpa dengan C, kumpulan C juga boleh dikesan dan dicari.



Kumpulan si C ni tadi akan dikuarantin di bawah pemerhatian.



Kemudian, apabila si A bertemu dengan C tapi dalam masa yang sama ada berselisih dan terserempak dengan si B di tempat awam, maka B boleh terkena covid-19 walaupun mereka saling tak kenal satu sama lain.



Boleh jadi mereka terserempak di mana-mana saja. Ini yang lebih sukar untuk mengesan si B tadi. Malah si B sendiri tak tahu dia juga mungkin terkena sama.


Si kumpulan D ni tadi pula hanya berada di rumah.


Dan bila si D keluar, kemungkinan besar untuk dia terserempak atau berselisih dengan si B. Jadilah si D tadi B2.


Covid-19 ini mengambil masa 2 minggu atau 14 hari barulah dia kan menunjukkan simptom.


Itulah sebabnya kerajaan membuat perintah kawalan pergerakan bagi mengenal pasti si kumpulan B itu tadi.


Dengan cara ini,barulah kita dapat mencari si B dan terus kuarantinkan untuk dirawat segera. Ini bertujuan untuk mengurangkan dan mengawal penularan hinggalah ia berhenti.




Begitulah cara covid-19 ini merebak. Faham dengan jelas kan? Barulah kita dapat lihat jelas bagaimana mudahnya dan cepatnya coronavirus ini merebak. Sebab itu kita kena kurangkan keluar di temat awam. Jaga diri di rumah masing-masing.

Jika ada tanda atau gejala segera terus ke hospital.


USAHA KUATKAN IMUNITI BADAN

Selain tu usaha kita juga untuk kuatkan lagi sistem imun badan. Bila imun badan kuat dapat lawan virus masuk badan.

Biasanya Gee akan rekomen set imun booster ni. Ada banyak pilihan. Ada jenis tablet dan serbuk. Satu keluarga boleh ambil.



Dalam set ini ada;

Vitamin C - Vita C plus, Chew C
Omega 3 - Omega Guard
Polifenol / Resveratrol - ResV, Vivix

Semuanya sangat membantu memantapkan imuniti badan kita sekaligus dapat lindungi diri dari virus.



Berminat nak dapat produk Shaklee ni bolrh terus hubungi Gee di 013-5707812.




Continue Reading

18 March 2020

Perlu Isi Borang Kebenaran Antara Negeri Sebelum Balik Kampung


Akibat wabak korona virus Covid-19, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 17 Mac 2020. Perintah ini akan berkuatkuasa 18 Mac hingga 20 Mac 2020.

Larangan keluar antara negeri berkuatkuasa 18 Mac 2020


Jika orang awam ingin balik kampung, semua dikehendaki mengisi satu borang khas iaitu Borang Kebenaran Rentas Negeri.


Prosedur permohonan permit pengecualian kawalan gerakan orang awam:

1. Pergi ke mana-mana balai polis berdekatan

2. Isi borang khas - Borang Kebenaran Rentas Negeri dengan lengkap beserta sebab munasabah.

3. Pemohon mesti membuat pengakuan kesihatan.

4. Ketua Balai akan menyemak dahulu sebab-sebab permohonan samada diluluskan atau tidak seperti;
  • kematian ahli keluarga
  • ahli keluarga ada sakit tenat
  • diri sendiri atau ahli keluarga ada menerima rawatan perubatan
  • lain-lain atas budi bicara ketua balai

Borang Kebenaran Rentas Negeri


5. Bila telah lulus, ketua polis balai akan memberi Permit Pengecualian Kawalan Pergerakan dalam masa segera.

Contoh - Permit Pengecualian Kawalan Pergerakan


6. Salinan keputusan Permit Pengecualian Kawalan Pergerakan akan di hantar ke Pusat Kawalan Daerah, CDC.



Sesiapa yang nak balik kampung ke negeri lain perlulah ke balai polis terdekat dan mengisi borang kebenaran.

Berhati-hati semua. Jika tiada keperluan balik kampung sebaiknya duduk rumah masing-masing sebagai usaha dan kerjasama kita bersama membendung wabak korona virus Covid-19 ini.





Continue Reading

17 March 2020

Larangan Keluar Antara Negeri Berkuatkuasa 18 Mac 2020 Akibat Covid-19


Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador telah mengumumkan larangan keluar antara negeri, ke negeri lain akan bekuatkuasa lepas jam 12 malam ini (18 Mac 2020) akibat penularan wabak COVID-19 yang makin serius.




Langkah ini diambil untuk mengawal dan membendung penularan wabak korona virus, covid-19.

Sekatan keluar setiap negeri ini dilaksanakan selama 2 minggu, bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Jadi orang ramai perlu mematuhi sekatang larangan ini. Jika gagal mematuhinya, pihak polis akan mengenakan tindakan.

Setiap orang yang nak keluar ke negeri lain perlulah mengisi satu borang khas dan menyertakan dokumen pengesahan tentang keperluan membuat perjalanan berkenaan.

Borang khas itu boleh diisi di mana-mana pejabat polis berdekatan dengan tempat masing-masing.


Berdasarkan kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit;

1. Kesalahan pertama
Mana-mana individu yang gagal mematuhi arahan boleh dipenjarakan tidak melebihi tempoh 2 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.


2. Kesalahan kedua 
Individu tersebut boleh dipenjarakan tidak lebih 5 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.


3. Jika terus melakukan kesalahan, individu terbabit akan dikenakan denda sebanyak RM200 bagi setiap kesalahan berterusan.





Continue Reading

Apa Itu Batu Karang dan Cara Hilangkan Batu Karang


Set Vitamin Shaklee untuk membantu masalah batu karang. Apakah suplemen yang sesuai untuk batu karang?

Mari kita baca dulu apa dia penyakit batu karang ni.





Apa itu penyakit batu karang ?

Batu karang atau renal stone iaitu batu yang berada di buah pinggang, ureter atau pundi kencing . Ia terbentuk apabila terdapat mendakan sebatian garam dan mineral dalam air kencing .
  • Di Malaysia batu karang biasa ditemui di bahagian atas saluran kencing ( buah pinggang dan ureter). Kekerapan batu karang ini adalah 10%-20% di Asia berbanding dengan 15%-18% di negara barat. ( sumber http://www.myhealth.gov.my/index.php/batu-karang )

Batu karang terbentuk dari sebatian garam dan mineral yang berlebihan atau berkepatan tinggi seperti kalsium, oxalat, kalsium pospat, asid urik, cystine / magnesium  pospat ammonia dan akhirnya menjadi kristal kecil sehingga keras dan membentuk ketulan yang kita panggil sebagai batu.

Ia bersaiz halus seperti pasir dan boleh membesar sehingga saiz sebiji bila ping pong . Jika batu karang ini terlalu besar boleh mengganggu aliran air kencing dan kuman2 boleh merebak sehingga menganggu / merosakkan fungsi ginjal .

Batu karang yang bersaiz kecil dari 5 mm (1/2 inch) - 90% peluang keluar dari aor kencing sendiri
Batu karang yang bersaiz antara 5 mm hingga 10 mm - peluang untuk keluar sendiri dari air kencing adalah 50% kerana ia terlalu besar .

Kebanyakan kaum lelaki yang berumur antara 20 hingga 45 tahun lebih cenderung dan berisiko untuk mendapat batu karang .


Faktor terjadinya penyakit batu karang;

Faktor yang boleh dikawal:
  • kurang minum air
  • diet harian - banyak makan makanan tinggi protien, makanan masin, kopi, teh
  • kurang mengambil serat - buahan, sayur, bijirin
  • obesiti - tahap insulin dan kalsium dalam air keicng akan meningkat (berisiko tinggi dapat batu karang)
  • pengambilan ubatan - cnth Diamox (acetazolamide), crixivan



Faktor yang tidak boleh dikawal:
  • umur / jantina - lelaki ( umur 30-5o tahun berisiko), wanita ( lepas menopaus dengan paras estrogen rendah berisiko tinggi / ovari yang dibuang juga berisiko )
  • sejarah keluarga
  • jangkitan saluran kencing
  • pembedahan gastrik
  • insulin resistence ( obesiti / Diabetes )
  • ada penyakit lain - gout, crohris disease, hyperparathyroidism

Tanda / gejala penyakit batu karang
  • batu bersaiz kecil keluar dari air kencing
  • kencing sedikit tapi kerap
  • batu besar yang sebabkan kencing tersekat
  • kencing tak lawas
  • rasa sakit masa kencing ( juga ada keluar kencing berdarah)
  • kencing keruh / berbau busuk
  • sakit belakang, perut, pengkal peha
  • mual dan muntah

Jenis-jenis batu karang
1. Batu kalsium - paling biasa / lazim berlaku . Biasa disebabkan 2 bahan iaitu kalsium , oksalat

2. Batu struvite - wanita paling kerap, ia berpunca dari saluran kencing ( jangkitan kronik oleh bakteria yg hasilkan enzim ) enzim ini akan meningkatkan kandungan ammonia sehingga terbentuk kristal struvite

3. Batu asid urik - terbentuk daripada asid urik ( hasil sampingan daripada metabolisme protien )

4. Batu cystine - jarang berlaku , berkaitan masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang berlebihan asid amino tertentu

(di Malaysia paling kerap berlaku batu karang kalsium dan batu asid urik)


Langkah untuk mencegah batu karang
  • banyakkan minum air masak
  • kurangkan minuman beralkohol atau bergas
  • kurangkan makan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, keledek, bendi, lobak merah, daging kambing, strawberi, koko, coklat, teh, kopi segera, oren, tofu
  • makan ubat yang diberi Doktor
  • makan vitamin B6, potassium untuk mengelak batu karang ( cth: barli, ubi kentang, pisang )
  • kurangkan sumber protien haiwan dan gantikan dengan protien tumbuhan
sumber: www.myhealth.gov.my , www.m.webmd.com




Supplemen Shaklee untuk batu karang

Suplemen juga boleh membantu mengelak dan memperbaiki penyakit batu karang . Ada beberapa suplemen Shaklee yang sesuai untuk batu karang seperti berikut.


Set Batu Karang Shaklee

B-Complex
Lengkap dengan semua 8 jenis vitamin B kompleks. Ia menurukan oksalat ( garam mineral ) yang membentuk batu karang.


Vitamin C 500mg
Mengasidkan urin jadi batak karang tak akan terhasil dalam keadaan urin yang berasid.


Ostematrix
Suplemen kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D. Magnesium dapat membantu menurunkan okasalat dan mencegah pembentukan batu karang.


Alfalfa Complex
Meneutralkan badan yang berasid , nengurangkan inflamasi / enfeksi , membuang toksin dari badan dan juga menyingkir lemak atau kolesterol dari badan.


Lecithin / Omega Guard
Membakar lemak berlebihan dalam badan sekaligus dapat mencegah penyakit batu karang


Carotomax
Membantu menyembuhkan luka batu karang di urinari .


Performance Drink
Minuman isotonik yang tak berkarbonat dan bebas gula . Kandungan sitrat membantu mencegah batu karang dan mencukupkan air yang diperlukan tubuh ( elak dehidrasi ).


Resveratrol untuk jaga buah pinggang sihat dan elak batu karang

Resveratol tinggi sifat antioksidan dan bersifat anti-radang, jadi ia berperanan penting untuk yang ada masalah buah pinggang kronik.

Resveratol ini kita boleh ambil dari Vivix dan ResV.




  • Jika anda sukakan cecair boleh ambik Vivix. Hanya 1 sudu sehari.
  • Jika suka bentuk vivix kapsul boleh ambil ResV. 


Keduanya penting untuk menentang radikal bebas antara sebab berlakunya kerosakan sel dan kegagalan fungsi organ seperti buah pinggang.



Testimoni mereka yang ambil set shaklee untuk batu karang


















Jom dapatkan set batu karang Shaklee pada harga promosi sekarang! Hubungi Gee ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.






Continue Reading

16 March 2020

Cara Berkesan Rawat dan Kecutkan Cyst Dengan Selamat


Ramai dalam kalangan wanita ada mengalami masalah cyst. Apakah cyst?

Cyst adalah sejenis ketumbuhan dan bukan kanser. Ia tidak merebak ke tempat lain tapi hanya berada dalam ovari wanita. Cyst ini boleh membesar sehingga saiz besar buah tembikai. Kiranya cyst ini merupakan satu jenis ketumbuhan yang tidak normal dalam sel dalam badan wanita dan ia berlaku disebabkan oleh faktor radikel bebas.



Apakah gejala cyst yang biasa berlaku?
  • perut buncit dan ada ketulan bawah perut
  • perut kembung atau bengkak
  • sakit masa melakukan hubungan kelamin
  • kerap buang air kecil
  • payudara bengkak
  • rasa pening dan muntah
  • pergerakan usus yang menyakitkan 
  • sakit pelvis yang teruk 
  • kadang bernafas terlalu laju

Faktor/punca yang sebabkan cyst berlaku pada wanita
  • faktor keturunan atau genetik, jika ada ahli keluarga ada kena cyst
  • paras hormon Estrogen dan Progesteron yang tak stabil, akhirnya telur yang dibebaskan normal atau tak matang. Ini juga yang sebabkan masalah senggugut kerap berlaku.
  • tekanan - pelbagai masalah harian dan menganggu paras hormon wanita
  • masalah haid tak teratur
  • tabiat suka merokok bagi wanita
  • ada pernah ambil ubat hormon perangsang kesuburan Clomiphene

Faktor lain juga seperti pemakanan harian. Ini juga paling banyak menyumbang. Sebabnya banyak makanan proses dan tidak sihat diambil berbanding makanan tinggi antioksidan yang sihat seperti sayur dan buah. Makanan bersifat tinggi ini penting untuk melawan dan mencegah pertumbuhan cyst berlaku.


Adakah cyst boleh dirawat tanpa pembedahan?

Jika anda dapat mengesan cyst pada peringkat awal segeralah bertinda dan berjumpa doktor. Jangan anggap ia remeh kerana jika dibiarkan dan membesar boleh menggangu juga tahap kesuburan wanita.

Supplemen bantu rawat cyst tanpa pembedahan

Ada beberapa pilihan supplemen yang boleh membantu merawat dan mengecutkan cyst dengan selamat. Semuanya tinggi antioksidan sangat bagus untuk diamalkan wanita dan menyihatkan tubuh badan.

Set Cyst Shaklee


1. Vitamin Antioksidan

Vitamin antioksidan seperti vitamin A, Vitamin E dan vitamin C membantu menguatkan sistem imun badan dan melawan radikal bebas dalam badan (radikal bebas ini juga yang menganggu fungsi, sel dalam badan hingga terjadinya cyst). 

Supplemen cadangan :

Vitamin A = Carotomax (tinggi antioksidan bagus untuk melawan pertumbuhan yang disebabkan radikal bebas, juga bagus untuk kesihatan mata)

Vitamin C = Vita C Plus (pertingkatkan imun badan lawan penyakit, juga bantu pembentukan kolagen, baiki kulit jerawat, demam selsema)

Vitamin E - Vita E Complex ( hasilkan sel baru yang sihat dan normal, juga bagus untuk kulit, jantung, salur darah)


2. Polifenol

Polifenol adalah bahan semula jadi yang didapati dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Ia memberikan buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran warna yang terang dengan kepelbagaian warna. Polifenol telah dikaji secara meluas dan mendapat reputasi yang baik dalam industri kesihatan.

Boleh ambil polifenol iaitu Vivix bentuk cecair dan ResV bentuk kapsul. Kedunya sangat tinggi antioksidan, membantu mengecutkan cyst lebih cepat dan menghalang pertumbuhan sel-sel yang tak normal dari cyst dan halang tumbuh semula



3. GLA Complex

Gamma linolenik acid, GLA telah digunakan sejak dahulu lagi untuk mengawal atur hormon dalam badan. Bila hormon teratur maka kitaran haid lebih lancar dan datang on time setiap bulan. 

GLA juga ada asid lemak Omega 6 yang membentuk hormon prostaglandin untuk menstabilkan hormon dalam badan wanita dan elak pembentukan baru cyst. 



Testimoni Cyst Kecut dengan ikhtiar Shaklee 

Jom kita lihat testimoni pengguna vitamin Shaklee untuk bantu cyst











Jom dapatkan Set Cyst Shaklee pada harga promosi sekarang! Hubungi Gee ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.







Continue Reading