25 March 2020

Penting Basuh Tangan untuk Elak Virus Merebak


Bagaimana basuh tangan boleh membantu mengelak virus merebak? 

Virus ini masuk ke dalam badan kita melalui hidung, mulut dan mata. Bukan melalui tangan. Tapi tangan ini yang akan ajadi pembawa virus ke hidung, mulut dan mata melalui sentuhan.

Jika pengidap virus menghembus hingus, atau batuk ke atas tangan, virus yang berada di atas tangannya boleh dibasuh buang dengan air dan sabun. Inilah cara berkesan untuk menghentikan penularan jangkitan virus melalui sentuhan. Jadi kita perlu  MENJAGA KEBERSIHAN TANGAN SELALU.

Itu pentingnya kita membasuh tangan sebelum pegang benda lain.

Jika pengidap virus tak membasuh tangan dan memegang benda di sekelilingnya, virus itu boleh hidup di atas permukaan barang selama lebih kurang 72 jam (menurut kajian virus). Sebab inilah kita mesti basuh tangan selalu walaupun tiada contact dengan pengidap virus untuk membuang virus yang anda sentuh di atas tangan sebelum anda sentuh hidung, mulut atau mata anda.

Jika pengidap virus ini batuk ke atas tangannya atau sentuh mulut/hidung/matanya dan kemudian salam tangan anda, anda boleh terima virus ini di tangan anda. Cara terbaik mencegah penularan virus ini ialah JANGAN BERSALAMAN dan jika sudah bersalaman cepat-cepatlah mencuci tangan dengan bersih.


Langkah mencuci tangan dengan betul bagi mengelak jangkitan kuman dan virus. 





Apa yang penting cuci tangan dengan sabun dan air bersih. Buat kiraan 20 kali untuk pastikan tangan betul bersih dari virus.

Terutama dengan penularan wabak coronavirus sekarang kita semua perlu sentiasa menjaga kebersihan dan duduk di rumah bagi memutuskan rantaian dan penularan virus.



Baca juga;

Bagaimana Covid-19 merebak?





3 comments: