15 March 2020

Pertama Kali Buat Health Checkup


Pada 25 Februari lepas, Gee ada buat temujanji dengan Nutritionist Shaklee. Ni pertama kali Gee buat. Ada 3 part iaitu tulang, BMI dan kulit.

Masa ni Gee sorang-sorang pergi buat. Nak tau tak? Ni kali pertama Gee pergi sebabnya Gee kan duduk sarawak, pastu chekcup ni kat Shaklee Geo Tower Subang.

Gee selpie dulu masa tunggu giliran

Gee pegi masatu redah je lah naik grab car. Naik grab car tu pulak dapat uncle grab yang baik dan peramah. Macam-macam kami borak sampaikan uncle tu salah masuk jalan. Hahaha.. tapi best uncle tu kan siap bagi diskaun kat Gee sebab dia silap jalan.




Berbalik pada checkup tadi tu, ada 3 bahagian sebenarnya.

First, tulang. Kali pertama dalam hidup Gee cek bone ni. Risau wei. Takut tulang Gee dapat yang tak cukup kalsium. Tapi Alhamdulillah Gee dapat keputusan tulang terbaik sekali. Lebih baik dari orang normal yang sebaya dengan Gee. Kiranya kan jika dalam kelas tu kira paling toplah gitu. hehe

Lebih detials nanti Gee cerita kat sini ya (tunggu next entri). Apa benda Gee amik untuk dapat tulang sihat dan top tu.




Second part BMI. Gee ingat cek bmi biasa-biasa jer. Skali tengok ha semua boleh dapat. Bmi Gee so far ok normal. Cumanya area fat dan otot kat kaki Gee ada kurang (tu pakar nutrisi tu gtau jika Gee jalan lama-lama akan rasa cepat lenguh. Yes, exactly camtu gee rasa).

Yang fat ni banyak kat perutlah apalagi. Haha




Last part ni paling Gee tunggu. Tak pernah juga cek skin ni. Gee bukan main risau kot teruk yang pigmentasi / jeragat tapi rupanya kan ada masalah lain yang Gee tak tahu.

Gee ada masalah kulit kering bahagian dalam di arae U-zone (sekitar pipi dan dagu), kulit gee yang berminyak tu ok. Pastu kulit muka gee juga kurang keanjalan. Ni Gee kena amik supplemen collagen. vitamin C.

Satu lagi kulit tona muka tak sekata. Ya ada bintik-bintik juga kat muka gee ni. Gee ingat jeragat. Rupanya tak, jadinya Gee kena amik Vitamin C, collagen. 2 ni sangat penting. Nanti Gee cerita details lagi kat sini (entri akan datang ya).





Best kan? Sekarang dah tahu masalah Gee so boleh fokus dan tau nak amik supplemen apa dah lepas ni. Skincare juga kena teruskan amik nutritionist tu kata.

Ni lah salah satu kebaikan bila berdaftar ahli shaklee. Korang semua boleh buat semua ketiga-tiga ni kat Shaklee. Tiap bulan Shaklee ada buat kat branch shaklee terpilih. Pergi je buat temujanji. Lagi satu korang boleh bawak sekali ahli keluarga atau kawa-kawan. Seronok kan??

Dah lah yuran ahli Shaklee sekarang ni murah dah, RM 35 (dulu RM 75). Pastu siap boleh buat cek kesihatan ppercuma lagi. Beli produk Shaklee harga ahli tu kompom dapat. hihi.


Nak daftar ahli untuk makan sendiri atau nak berniaga, mana-mana boleh. Atas pilihan masing-masing.





3 comments:

  1. Dulu pernah buat check up kulit. Baru tahu status kulit sendiri macamana

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kena cek kan baru tau condition kulit kita

      Delete
  2. kalau saya pergi check mesti pakar tu geleng kepala haha

    ReplyDelete