21 March 2020

Cara Sihat Untuk Tingkatkan Imuniti Badan Di Rumah


Memandangkan kita sekarang tengah di landa wabak covid-19 dan tak boleh keluar rumah sesuka hati, jadi kalini Gee kongsikan cara untuk menguatkan sistem imun badan hanya di rumah dari perkongsian Dr Hafiz Sulaiman di FB beliau.




Cara Sihat Untuk Tingkatkan Imuniti Badan di Rumah Masa Wabak Covid-19


1. Aktifkan Diri

Boleh bersenam di laman rumah sendiri. Jika dalam rumah tu jangan lupa bukak langsir supaya matahari boleh masuk rumah dan bagi segar.

Boleh juga bersenam, buat yoga, berlari setempat di rumah masing-masing.


2. Dedahkan Diri dengan Matahari

Matahari penting untuk bekalkan vitamin D pada badan kita. Antara fungsi vitamin D juga ialah untuk kuatkan imunisasi badan lawan kuman, virus. Cadangan vitamin D dalam 1000-10,000 iu dan ia bergantung pada badan masing-masing.

Paling senang waktu pagi keluar rumah dan berjemur dalam 15-20 minit untuk dapatkan vitamin D semuljadi waktu pagi. Tapi elak waktu tengahari sebaiknya sebab waktu itu cahaya UV dia tak elok untuk kulit pulak.

Supplemen Vitamin D >> ada dalam OStematrix


3) Tidur yang cukup

Bila dah semua ramai yang bercuti ni, paling baik tidur awal malam. Elak tidur lewat lebih jam 12 malam. Sebabnya badan kita waktu malam dia bekerja. Jangan ganggu jam badan kita. Bila terganggu boleh mengacau sistem imun badan. Tu yang rasa letih je kan bila bangun lewat.

Cubalah untuk tidur awal lepas isya' selama 2 minggu bercuti ni. InshaAllah anda akan rasa lain betul badan. Lebih bertenaga. Mood lebih ceria dan emosi lebih stabil. Imuniti badan juga akan pulih dan jadi lebih baik.


4) Jaga Makan

Bab makan ni paling penting untuk kita jaga. Jangan terlalu banyak makan dan makanan yang kurang sihat. Jika boleh malam paling lewat sebelum jam 7 atau 8 petang, lepas waktu tu tak perlu makan dah.

Penting untuk jaga perut, bila kurang makan kita dapat perut berehat dan baiki mana yang rosak. Perut, usus dan sistem pencernaan adalah pusat imuniti badan kita.

Selain itu juga, elak makan yang manis-manis, pilih lemak sihat seperti asid lemak omega 3, minyak zaitun. Dan elak makan makanan diproses seperti biskut, kuih, keropok dan semua jenis fast food.

Insha Allah kita akan rasa badan lebih sihat. Sangat sihat.


5) Doa dan Tawakal

Sentiasa berdoa moga wabak covid-19 ini segera hilang dan satu dunia pulih. Aminn.
Hanya Allah tempat kita bergantung dan mohon pertolongan.




Tambahan, amik supplemen untuk kuatkan imun badan. Gee terbaca apa yang Menteri Kesihatan share, mereka yang kuat imun badan tak mudah dijangkiti coronavirus tapi akan menjangkiti mereka yang lebih rendah atau lemah imun badan.




Jom sama-sama kita usaha dan ikhtiar untuk menguatkan imuniti badan. Moga kita semua dilindungi dari penyakit dan virus covid-19 ini. Aminn Ya Mujib.



Berminat untuk dapatkan suplemen Shaklee boleh terus menghubungi Gee di 013-5707812. Stok sangat terhad sebab permintaan untuk vitamin ini sangat tinggi masa sekarang!




6 comments:

  1. Replies
    1. boleh cuba gerak2, goyang2 dan lompat2 hehe

      Delete
  2. thanks share info ni... nak cuba bersenam la jugak... hihihi

    ReplyDelete
  3. Kan bab makan tu ramai yang lalai waktu cuti. Sedih sangat tengok, tapi tak berani tegur.

    ReplyDelete
  4. Good info semoga Kita sentiasa diberikan nikmat kesihatan.

    ReplyDelete