12 April 2020

Kebaikan Omega 3 Untuk Otak Kanak-kanak


Manfaat dan Kebaikan Omega 3 Untuk Kanak-kanak





Menurut Profesor Fernando Gomez Pinilla, Pensyarah dalam bidang neurosurgeri di University of California, Los Angeles (UCLA), pemakanan yang sesuai penting dalam membantu fungsi otak sekaligus mengurangkan stress dan gangguan emosi.


Makanan yang diambil mestilah cukup khasiat, zat dan seimbang untuk kesuburan otak dari pelbagai jenis sumber makanan seperti lemak, karbohidrat, protien, fiber, mineral dan vitamin. Makanan akan menentukan keupayaan otak untuk mencerap dan memperoses maklumat.


Pertumbuhan dan perkembangan otak yang pintar dan cerdas memerlukan makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3, DHA dan EPA.


Malangnya kebanyakan ibu bapa kurang peka dan terlepas pandang tentang kepentingan makanan untuk anak-anak. Bahkan ada yang mendedahkan anak-anak seawal usia 4 tahun dengan makanan ringan.


Mari kita lihat dan baca apa pentingnya minyak ikan Omega-3 ini untuk kesihatan kanak-kanak.


Kebaikan Minyak Ikan Omega-3

Omega-3 memainkan peranan penting untuk memastikan minda dapat berfungsi seperti bilik kawalan 24 jam. Otak kita hampir 60 peratus adalah LEMAK dan ia padat dengan asid lemak Omega-3.


Sumber makanan Omega 3

Kebaikan EPA dan DHA untuk kesihatan kanak-kanak

Fungsi DHA
  • mencegah asthma
  • meningkatkan daya seksual
  • meningkatkan daya fokus
  • perkembangan otak
  • mencegah sakit kulit
  • mengelakkan kanser payudara, kanser prostat
  • mengelakkan migrain, rasa kebas pada anggota badan dan mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Fungsi EPA
  • mencegah kanser
  • mencegah pembekuan darah
  • mencegah pembekuan lemak dalam darah
  • mencegah kadar kolestrol yang berlebihan
  • baik untuk pesakit jantung
  • mencegah tekanan perasaan
  • mencegah penyakit darah tinggi

Pengambilan Omega-3 juga menunjukkan:
  • Mempunyai kesan positif terhadap pemikiran, memori, dan tumpuan pemerhatian.(1)
  • Menyokong pembelajaran yang optimum dan kemam puan membaca. (1)
  • Meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum.(2)



Tahukah anda?

Tubuh badan tidak dapat menghasilkan sendiri omega 3 dan ia perlu didapati dari sumber makanan. Antara makanan yang kaya dengan omega 3 ialah ikan salmon, tuna, makerel, walnut, sardin, ikan bilis dan lain-lain lagi.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang mula mengambil omega-3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas dan aktif sekaligus membantu meningkatkan fokus kanak-kanak semasa belajar.



Supplemen Omega 3 untuk kanak-kanak - Omega Guard Shaklee

Omega Guard berwajah baru


Omega Guard membekalkan asid lemak omega-3 termasuk DHA dan EPA. 

Keistimewaan Omega-3 Shaklee

Bagi mengekalkan ketulenan dan sifat semulajadi asid lemak omega-3, Shaklee menggunakan teknologi terkini ultratulen bergred farmeseutikal dengan proses penyulingan proprietari tiga molekul. Proses ini juga berjaya menyingkirkan bahan yang berbahaya kepada kesihatan seperti arsenik, dioksin, kadmium, merkuri, plumbum, dan PCB.


Kebaikan Omega Guard untuk kanak-kanak
  • Membantu perkembangan dan fungsi otak kanak-kanak
  • Meningkatkan daya fokus semasa pembelajaran
  • Meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak
  • Mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler kerana omega-3 bersifat anti radang
  • Merawat penyakit eczema
  • Kesihatan kardiovaskular
  • Sangat sesuai untuk membantu kanak-kanak hyperactive dan autisme


Bukan kanak-kanak saja boleh ambil Omega ni, orang dewasa juga boleh. Jadi mak ayah boleh makan bersama anak. 

Baca juga >> Kebaikan Omega 3 untuk kesihatan lain





Rujukan:
1. Kidd PM. Omega-3 DHA and EPA for Cognition, Behavior, and Mood: Clinical Findings and Structura Functional Synergies with Cell Membrane Phospholipids. Altern Med Rev. 2007 Sep;12(3):207-27.
2. Tanaka, K., Farooqui, A. A., Siddiqi, N. J., Alhomida, A. S., & Ong, W.-Y. (2012). Effects of Docosahexaenoic Acid on Neurotransmission. Biomolecules & Therapeutics. 20(2), 152–157.



2 comments:

  1. DHA dapat mengelakkan migrain ke..fuh memang sesuai la untuk luqman..haha..hari2 migrain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat..terutama omega guard tinggi kandungan DHA & EPA memang sangat membantu kalau migrain, sakit kepala, stress..

      Delete