Makan Vitamin C pun ada pantang larang? Ada yang pernah bertanya Gee soalan ni. Ok kat sini Gee nak terangkan apa pantang larang dia supaya bila kita amik Vitamin C tak adalah membazir begitu saja.
Pantang Larang Memakan Vitamin C atau Suplemen Vitamin C
1. Rajin minum air kosong sebabnya vitamin C jenis larut air. Air cukup dapat membantu nutrien vitamin C ke seluruh badan kita.
2. Elak makan Vitamin C dengan gula. Ni ramai yang terlepas pandang. Kenapa tak boleh gula dan Vitamin C?
Sebabnya gula dan vitamin C ni dalam badan kita dia guna jalan yang sama. Bila gula dan vitamin C bertembung, vitamin C akan kalah dengan gula. So macam kurang berkesan lah vitamin C yang kita dah ambil tadi. Lepas ini pastikan jarak bila nak makan vitamin C dan makanan atau minuman bergula. Walaupun makan buah juga sama, elak minum dengan air manis.
3. Makan Vitamin C setiap hari.
Perlu sangat kita amik Vitamin C ni setiap hari sebab badan kita manusia tak boleh hasil sendiri vitamin C. Jadi kita kena amik tiap hari. Tambah lagi kita sibuk dengan pelbagai aktiviti harian, makin cepat juga vitamin C akan hilang dari badan kita.
4. Jangan stress atau marah!
Ni saja nak tambah, berdasarkan bacaan Gee, bila kita stress atau marah paras vitamin C cepat hilang atau musnah dalam badan kita. So lepas ni jika korang selalu rasa stress atau marah rajin-rajinlah makan buah atau suplemen vitamin C tiap hari. Bahaya kurang vitamin C ni. Boleh baca tanda badan kita kurang Vitamin C.
Itulah dia pantang larang Vitamin C yang boleh Gee kongsikan. Lepas ini senang dah tahu dan boleh dapat kesan maksimum makan vitamin C.
Rajin-rajin makan Vitamin C tiap hari mula harini. Lagi-lagi sekarang wabak / pendemik covid 19, memang perlu untuk kuatkan imuniti badan kita.