03 June 2021

10 Tips Bangkit Kembali Untuk Berjaya

 

Yang paling banyak menyakiti diri sendiri adalah bisikan yang bermain dalam fikiran. Berhenti salahkan diri atas kesilapan yang berulang. Bangkit kembali dan bertindak sekarang juga!



10 Tips Bangkit Kembali Untuk Berjaya

1. Tarik nafas. Tenangkan diri. 

2. Zikir Ta Qawiyy " Ya Allah yang Maha Kuat, berilah aku kekuatan jiwa untuk nengadapi ujian ini".

3. Zikir Ya Fattah. " Ya Allah yang Maha Membuka, bukakanlah jalan keluar dari kebimbangan, kesulitan, keresahan dan kesempitan".

4. Refleksi diri, tengok dan listkan balik kelemahan dan apa yang kita tak buat. Lepas tu buat satu lagi senarai apa kelebihan serta apa tindaka perlu buat. 

5. Ubah dan jaga mindset. Usaha untuk berada dalam mode positif selalu. Jika rasa aura negatif cuba untuk elakkan.

6. Cari dan tambah ilmu, penting jika nak berjaya dan nak ubah hidup kena cari dan belajar ilmu. Bila kita dah belajar dapat ilmu baru rasa banyak lagi bendak kita belum tahu.

7. Ubah rutin harian. Susun balik dan fokus pada perkara yang penting. Elakkan perkara yang boleh melalaikan. Boleh cuba buat "to do list" harian. 

8. Tulis jurnal kesyukuran. Ni benda baru yang Gee belajar sejak join bisnes Shaklee. Tulis apa-apa perkara yang kita bersyukur atau dapat setiap hari walau benda yang sama. Bila kita tulis dan tengok balik senarai rupanya ada banyak benda yang boleh dapat tanpa kita sedari. Syukurlah selalu hati lebih tenang dan Allah juga suka pada orang yang sentiasa bersyukur.

9. Tulis target atau matlamat. Nampak macam remeh tapi bila dah mula menulis setiap satu apa matlamat, apa impian kita barulah dapat menaik kembali semangat dalam diri. Tulis lah sebanyak mana impian. Untuk target bagi yang nak berbisnes contohnya, dapat membantu kita lebih fokus.

10. Jaga solat dan buat apa Allah suka. Ni paling basic, jaga amalan rohani. Berdoa selalu setiap masa. Jika boleh cuba tulis satu-satu doa kita nak minta pada Allah dan berdoalah doa yang sama setiap hari. 



Moga semua tips ni berguna dan membantu korang yang nak bangkit dan berubah lebih baik. Kebanyakan tips tu memang berdasarkan pengalaman sendiri juga. Jatuh bangun dalam bisnes. 
 
 
Jatuh itu biasa. Bangkit tiap kali jatuh itu luar biasa.





3 comments:

  1. terima kasih gee kongsi tips ini :)

    ReplyDelete
  2. Kita perlu ada mentor yang memberi sokongan. rakan-rakan juga boleh memberikan sokongan.. dengan adanya sokongan, kita lebih bersemangat. buat seorang-seorang biasa tak menjadi

    ReplyDelete