20 June 2021

Cara Buat Blog dan Sign In di Blogspot untuk Newbies

 

Assalamualikum dan Hi semua. Kalini Gee nak berkongsi cara buat blog dan sign in di blogspot untuk newbies yang baru nak mula dan nak ada blog sendiri.


 

Mula-mula dulu search kat google login blogger atau sign in blogger.  Pilih link atas sekali, 

Sign in - Blogger - Blogger.com




Pastikan korang ada akaun gmail dulu ok. Pastu pilih mana-mana akaun gmail. 



Kemudian, pilih nama untuk blog kita. Jangan risau nama ni semua boleh edit lagi nanti.



Kemudian pilih nama untuk url blog. Ni kira macam alamat blog kitalah nanti. 

Tips pilih nama url blog:
  • Ejaan senang dan mudah
  • Pendek je tak perlu panjang berjela
  • Senang untuk kita dan orang lain ingat
  • Pastikan nama url tu belum digunakan orang lain
  • Elakkan guna nombor dan simbol, lebih baik huruf je. 

Jika boleh guna nama sendiri juga ok, Gee tengok sekarang rama blogger guna nama sendiri. Formal dan satu lagi macam ekslusif gitu. Ni cadagan gee lah.




Lepas tu pilih nak nama apa yang akan display kat blog.



Kemudian siap dah! Dapatlah satu blog. Mudah sangat kan??




Ok untuk posting pertama blog korang boleh klik yang 'new post' tu. 



Nanti akan keluar macam ni. Bolehlah mula buat satu posting dulu untuk blog kita. 



Seronok juga ada blog ni. Mudah nak buat kan. 


Lihat juga :

Tutorial Letak Link dan Gambar di blog




0 comments:

Post a Comment