19 June 2021

Tutorial Letak Link dan Gambar di Blog

 

Terbuka rasa nak berkongsi cara buat tutorial edit gambar kat blog. Ada beberapa orang yang tanya sebelum ni. Gee buat sini senang untuk rujukan bersama. 


Gee bagi contoh untuk template Olsen yang macam Gee guna kat blog ni. Nak tukar gambar kat side bar blog part 'Pemilik Blog'


Cara Tukar Gambar 


Pergi dulu ke Theme dan pilih edit template. Terus cari kata kunci macam Gee akan cari 'pemilik blog'. Akan keluar link dia. 

Cara nak nak cari terus keyword tu, tekan ctrl dan F. Akan keluar terus search. Kat search ni kita boleh letak keyword dan tekan 'enter'. 

Akan keluar macam bawah ni nanti. 



Dah nampak pemilik blog tu, nak tukar gambar kita pergi ke coding 'img-round'. Tukar yang gee dah boldkan seperti ni, link src='https://i.imgur.com/dq3aG5x.jpg'/></p>




Mana nak dapat link gambar?

Untuk tukar link gambar kita sendiri biasa Gee suka guna imgur.com. Yang ni mudah bagi Gee. 


1. Pergi ke web atau aplikasi imgur.com Pilih new post. 



2. Dah pilih new post akan keluar begini. Pilih 'choose photo / video'.



3. Contoh Gee uplod photo



4. Kemudian pergi ke gambar tu nanti akan keluar 3 titik macam bawah ni. Pilih yang 'get share link'. 



5. Nanti akan keluar banyak link. Ok untuk blog pilih link yang ada jpg kat belakang. So amik link yang ke 3, BBCode. Korang copy dan paste link kat blog tadi. 



Oh ya satu lagi cara nak dapat link tu untuk kat laptop. Gee ada cuba juga. Klik gambar tadi pilih 'open image in new tab'. Kat tab baru tu juga ada link gambar jpg. Boleh copy terus. Ni mudah sikit. 


Ok siap. Mudah kan? Begitu jugak jika nak letak gambar di side bar blog. Boleh guna link macam ni juga. Selamat mencuba :)




6 comments: