10 July 2021

Apa Itu Prebiotik dan Kebaikan Prebiotik Untuk Kesihatan

Apakah prebiotik?

Kebaikan prebiotik untuk kesihatan

Prebiotik ialah makanan kepada probiotik (bakteria baik dalam usus) yang bertugas membantu meningkatkan kadar pertumbuhan probiotik dalam badan kita. Prebiotik kebanyakan dari kumpulan karbohidrat yang banyak terdapat dalam bentuk serat. 

Makanan yang ada sumber prebiotik, contohnya:

  • Pisang
  • Barli
  • Epal
  • Asparagus
  • Beri
  • Koko
  • Bawang putih
  • Oat
  • Tomato
  • Kacang soya
  • Sayuran berdaun hijau
  • Kekacang
  • Bawang


Produk makanan yang juga ada ditambah prebiotik seperti:

  • Susu formula bayi 
  • Roti 
  • Bijirin 
  • Yogurt


Produk makanan yang ada prebiotik tapi dengan label seperti berikut:

  • Galactooligosaccharides
  • Fructooligosaccharides
  • Oligofructose
  • Chicory fiber
  • Inulin

Bila membeli barang makanan untuk prebiotik nanti korang juga boleh melihat label seperti di atas. 


Kebaikan Prebiotik

Prebiotik penting untuk membantu:

  • masalah pencernaan
  • mengatasi masalah sembelit, cirit-birit
  • mengurangkan masalah keradangan usus
  • membantu dalam penyerapan kalsium
  • kawal kadar gula dalam darah
  • menjaga kesihatan sel-sel di usus
  • mencerna makanan lebih cepat 

Oleh itu, rajinlah mengambil makanan yang ada prebiotik. Sebabnya ia bagus untuk kesihatan usus kita. 


Produk prebiotik yang ada di Malaysia, korang boleh juga mencuba Life Shake Elderberry. 




Gee shaklee



6 comments: