07 September 2021

Pengalaman Vaksin Dos Kedua Sinovac

Harini Gee dapat dos kedua untuk vaksin Sinovac. Tempat sama di Dewan Jubli Intan Pontian, Johor. 

Pengalaman Vaksin Dos Kedua Sinovac


Sebelum vaksin Gee ada amik set imun Shaklee dulu. Vitamin C, nutriferon dan air performance oren. Ikhtiar tingkatkan imun badan.


Kalini ramai orang beratur walk in untuk vaksin dos pertama. Terkejut jugak tengok. Tapi sebab Gee dapat dos ke 2 terus masuk. Pergi kaunter amik nombor, duduk dan tunggu giliran untuk suntik vaksin. 


Kebanyakan semuanya orang asing bukan penduduk tempatan. Bagi Gee ok juga tu sebab dorang pun sama hidup dan bekerja dalam komuniti kita. Sama-sama semua dapat vaksin.


Ganbar bawah menunggu selepas suntik vaksin. Rehat kejap 10-15 minit.


Kalini dapat amik gambar. Alhamdulillah ada orang sudi amik gambar. Terima kasih awak.

Pengalaman Vaksin Dos Kedua Sinovac

Tema pink harini haha. Sebabnya takda cardigan lain dah selain pink tu. So nak bagi match color Gee gunalah seluar pink juga. 


Saja share gambar tote bag Gee guna tu. Dari Shaklee, dapat percuma sebab beli Set Defence. 

Tote Bag Free Shaklee

Cantik bag dia. Kecik just nice untuk letak bag duit, handphone, kunci, saniterzer, tisu ke. Memang senang nak bawa ke pasar ke. 

Tote Bag Free Shaklee

Selepas Vaksin Kedua Sinovac

Untuk suntikan kali kedua vaksin sinovac ni memang rasa sakit sikit masa dia suntik tu. Pastu ada rasa lenguh kat bahu juga. Yang lain semua ok lagi setakat ni.


Alhamdulillah. Tadi cek mySejahtera pun dah update lengkap 2 dos juga. 

Mana yang dah lengkap vaksin tu tahniah Gee ucapkan. Yang belum lagi moga dipermudahkan urusan.

Sama-sama kita mencapai kadar vaksinasi 100 peratus sebagai usaha mengekang covid-19 ini. Moga kita dapat hidup normal kembali seperti dulu.


Baca juga,

Pengalaman vaksin pertama 

12 Cara kuatkan sistem imun

Testimoni set imun shaklee

Punca dan sebab sistem imun lemah

Makanan terbaik kuatkan antibodi badan

Cara sistem imun bekerja melindungi badan

5 Tanda sistem imun lemah




8 comments: