Showing posts with label Masalah Pendengaran. Show all posts
Showing posts with label Masalah Pendengaran. Show all posts

Apr 16, 2018

13 Info Masalah Pendengaran Yang Ramai Tidak Tahu!


1. Hilang pendengaran ialah tidak boleh mendengar atau hilang sebahagian keupayaan mendengar pada satu atau kedua-dua belah telinga anda.

2. Masalah pendengaran berlaku dalam nisbah lima daripada 1000 kelahiran.

3. 90 peratus kanak-kanak yang tidak mendengar mempunyai ibu bapa yang normal.

4. Hilang pendengaran bukan satu isu besar adalah MITOS! Ia boleh mendorong rasa kurang yakin pada diri, kemurungan, kurang peluang pekerjaan, sukar berkomunikasi dan enggan bersosial.

5. Masalah pendengaran sederhana boleh menyebabkan pelajar terlepas sehingga 50 peratus bahan yang diajar di dalam kelas.

6. Individu yang ada masalah pendengaran menunggu sehingga tujuh tahun sebelum berjumpa dengan doktor.

7. Pertubuhan kesihatan Sedunia menganggarkan 1 billion golongan muda berisiko kehilangan deria pendengaran.

8. Kerjaya yang berisiko tinggi untuk hilang pendengaran termasuk polis, bomba, pekerja kilang, petani, ahli muzik, pekerja pembinaan, pekerja industri berat dan tentera.

9. Kajian menunjukkan golongan dewasa yang menggunakan implan koklear secara purata mampu memahami percakapan 7x lebih baik (Cochlear Americas Recipient Survey, Jun 2008).

10. Masalah pendengaran dalam kalangan warga emas mendorong kepada kerap berulang ke hospital dan kesihatan fizikal dan mental yang rendah. Manakala, diabetes, demensia dan penyakit kardiovaskular dikaitkan dengan masalah pendengaran yang tidak dirawat.

11. Terdedah kepada bunyi bising kereta api bawah tanah selama 15 minit setiap hari dalam jangka waktu panjang boleh menyebabkan masalah pendengaran kekal.

12. Mendengar mp3 pada volume tinggi untuk tempoh masa yang panjang boleh merosakkan pendengaran anda.

13. Duduk berdekatan dengan speaker semasa menghadiri konsert atau mana-mana majlis mendedahkan nada kepada 120dB yang boleh meroskkan pendengaran hanya dalam 7 setengah minit!


(Info: iSihat)

Continue Reading