Tips Berkesan Hilangkan Sakit Kepala Teruk

 

Gee jarang kena sakit kepala teruk ni. Memang boleh kira berapa kali je kena. Cuma bila kena tu memang sakit sangat kepala. Pastukan Gee sajalah baca info pasal sakit kepala ni. 

Gee tengok jenis sakit kepala dan bila cek rasa macam terkena migrain. Sebab sakit sangat dan ada rasa nak muntah. 



Tanda sakit kepala migrain:

  • Sakit yang amat sangat
  • Tak boleh buat kerja lain terus
  • Sakit sebelah atau dua-dua belah (Gee rasa macam kena dua belah kepala ni)
  • Rasa mula, nak muntah (ni pun Gee ada rasa)
  • Rasa badan lemah, mencucuk sebelum kena serangan tu


Faktor atau punca berlaku migrain dan sakit kepala:

  • Tekanan mental dan fizikal
  • Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap
  • Cahaya silau dan pancaran matahari
  • Bau yang tidak biasa atau terlampau
  • Sebelum atau selepas haid


Apa yang Gee boleh simpulkan untuk kes Gee sendiri, rasanya sakit kepala migrain, mungkin faktor selepas haid, tekanan badan sebab baru lepas hiking pagi tu dan juga makanan ada juga kemungkinan.


Apa Gee buat untuk hilangkan dan kurangkan rasa sakit kepala teruk dan migrain?


7 Tips Berkesan Hilangkan Sakit Kepala / Migrain Teruk


1. Baca doa sakit kepala




2. Rehatkan diri. Tidur dalam bilik gelap. Bagi tenang.

3. Jangan tengok handphone, jika tak kepala makin sakit nanti.

4. Jangan membaca juga, boleh jadi lebih sakit.

5. Makan suplemen untuk kurangkan sakit kepala & migrain. Apa yang Gee makan? 
  • Ostematrix tu ada magnesium. Gee baca dia bagus untuk meredakan sakit kepala dan pening termasuk migrain. 
  • High dose vitamin B2 (riboflavin) dalam B-complex pulak boleh bantu kawal sakit kepala dan migrain. Ada dalam jurnal Neurology Gee baca. Boleh amik dos 400mg katanya untuk meredakan sakit kepala dan migrain. 
Yang ada pening, kerap sakit kepala dan migrain tu bolehlah amik dua suplemen ni.

6. Minum air kosong, jangan pulak minum berkafein even rasa ok sebenarnya kurang elok untuk kesihatan. Lebih baik biasakan minum air kosong atau suam-suam. 

7. Zikir dan doa moga Allah sembuhkan sakit dalam masa segera. 



Ok tu dia 7 tips berkesan yang Gee amal sendiri bila diserang sakit kepala atau migrain ni. Moga bermanfaat dan dapat membantu semua. 






Post a Comment

8 Comments

  1. good sharing.. mam kdg2 kena juga migraine especially bila PMS

    ReplyDelete
  2. yg penting kena tidur dlm gelap and rehat kan

    ReplyDelete
  3. shida jrg kena gee..skali kena azab juge huhuu..
    tq sharing tipsnya gee :)

    ReplyDelete
  4. LH kalau stress memang sakit kepala. Datanglah migrain ni

    ReplyDelete
  5. Good sharing.. jangan tengok handphone nad membaca tu tepat..iena kalau sakit kepala memang tak blh tgk handphone atau membaca..nanti jadi lagi sakit

    ReplyDelete