5 Jenis Makanan Yang Boleh Mengurangkan Kalsium Dalam Badan

Makanan yang boleh mengurangkan simpanan kalsium dalam badan. Biasa dengar makanan yang membantu menambah kalsium dalam badan kan? Kalini kita tengok makanan apa yang boleh mengurangkan kadar kalsium dalam badan kita.

5 Jenis Makanan Mengurangkan Kalsium Dalam Badan

1. Kafein

Makanan kurangkan kalsium

Bila kita meminum kafein setiap hari, badan kita akan kehilangan sekitar 6 miligram kalsium untuk setiap 100 miligram kafein yang diminum. Efek diuretik kafein menyebabkan badan kita kehilangan kedua-dua air serta kalsium dan ia kelihatan lebih ketara apabila mengambil dua atau lebih cawan kopi setiap hari. Jadi, kurangkan pengambilan kafein untuk memastikan badan cukup kalsium di masa tua nanti.

2. Makanan Masin

Makanan kurangkan kalsium

Makin banyak makan makanan masin, makin banyak kalsium akan hilang dari badan melalui air kencing. Sebaiknya kurangkan makanan yang diproses dan pilih alternatif makanan yang rendah natrium. Kajian mendapati bahawa wanita yang telah putus haid dan kerap mengambil makanan tinggi garam akan mengalami kehilangan lebih banyak mineral tulang daripada wanita lain pada usia yang sama.

3. Daging Merah

Makanan kurangkan kalsium

Tahukah anda? Daging mengandungi 2 hingga 5 kali lebih banyak asid amino yang mengandungi sulfur daripada makanan berasaskan tumbuhan. Semasa proses penukaran sulfur menjadi sulfat, tulang larut ke dalam aliran darah dan ditapis melalui buah pinggang ke dalam air kencing. Laporan menunjukkan bahawa apabila protein daripada sumber haiwan dielakkan daripada diet, badan akan kehilangan kalsium separuh lebih kurang berbanding mereka yang banyak makan sumber protein haiwan. 

4. Soda

Makanan kurangkan kalsium

Kita semua tahu soda atau minuman berkarbonat tidak elok untuk kesihatan. Termasuk juga untuk tulang kerana minuman ringan berkarbonat mengandungi asid fosforik yang boleh meningkatkan perkumuhan kalsium dalam air kencing kita. Kajian mendapati wanita yang telah putus haid yang lebih banyak mengambil soda didapati mengalami risiko tinggi patah tulang pinggul. Jadi, berhati-hati dan kurangkan pengambilan minum bersoda yang juga tinggi gula tidak bagus untuk kesihatan. 

5. Merokok

Makanan kurangkan kalsium

Kajian terhadap kembar yang sama menunjukkan bahawa perokok jangka masa panjang mempunyai risiko keretakan tulang 44% lebih tinggi berbanding dengan kembar mereka yang tidak merokok. Merokok boleh mengurangkan bekalan darah ke tulang manakala nikotin dalam rokok melambatkan pengeluaran sel penghasil tulang. Ia juga memberi kesan kepada keseimbangan estrogen, yang penting untuk membina dan mengekalkan tulang kuat dan sihat. 

Kurangkan pengambilan jenis makanan di atas untuk menjaga kesihatan tulang kita. Bila makin berumur kalsium dalam badan juga berkurang, jadi pilihlah makanan yang membekalkan kalsium cukup untuk badan. 



Baca juga:

Post a Comment

3 Comments