11 Tips Rezeki Melimpah Ruah

Tips rezeki melimpah ruah. Ada beberapa tips dan amalan anda boleh buat setiap hari untuk mendapat rezeki dan keberkatan dari Allah, InshaaAllah akan mendapat hasil yang sangat dasyat dari Allah. Hati juga rasa tenang dan bahagia. 

Tips Rezeki Melimpah Ruah

Tips rezeki melimpah ruah yang boleh diamalkan setiap hari

1. Zikir istighfar 1000x dengan penuh kusyuk terutama ketika di waktu pagi atau sedang memandu untuk menyelesaikan urusan bisnes. Bila-bila masa boleh buat juga. Buat tiap hari lama-lama akan jadi rutin diri kita.

2. Boleh berselawat kepada Nabi Muhammad saw dengan penuh kusyuk sebanyak 1000x. Ambil hati kekasih Allah dan berdoa.

3. 5000x zikir kepada Allah swt, antara amalan terbaik untuk berzikir ialah dengan menyebut nama “Ya Allah”.

4. Solat Dhuha 4 rakaat dan baca 7x doa dhuha dengan penuh keyakinan kepada Allah swt. Hayati doa dhuha dan baca sekali maksud dia.

5. Membaca Al-Quran setiap hari. Sekurangnya baca 1 muka sehari. Jadikan iq rutin harian kita untuk membaca quran selalu.

6. Baca surah Al-Ikhlas sebanyak 3x atau lebih. Ia umpama kita khatam 30 juzuk Al-Quran dan paling dasyat anda telah bina 1 istana di syurga! Subhanallah.

7. Bacakan doa atau Al-Fatihah kepada 7 orang yang anda tak kenal. Tengah makan di kedai doakan pada orang yang duduk di meja sebelah. Boleh juga baca Al-Fatihah kepada diri sendiri, ahli keluarga, mentor atau team kita, kawan-kawan, customers kita ke atau siapa saja.

8. Sentiasa buatkan orang terharu dan ucapkan terima kasih. Belanja orang makan, komen facebook orang dan bagi semangat pun boleh juga. Berkongsi tips ke atau apa saja yang bermanfaat.

9. Biasakan diri pagi dan malam dengan sebut kesyukuran yang anda dah dapat. Boleh sebut dan tulis jurnal kesyukuran tiap hari.

Baca sini: Cara tulis jurnal kesyukuran

10. Bersedekah setiap hari. Mulakan dengan memberi walau sedikit tapi buat tiap hari. Lama kelamaan akan jadi sebati dalam diri kita. Biasakan diri untuk memberi.

11. Tiap malam sebelum tidur atau lepas solat Isyak boleh buat solat taubat 2 rakaat. Sebagai tanda kita mohon keampunan dari Allah.


Paling penting, wajib buat setiap hari dan anda boleh lihat sendiri keajaiban dan rezeki yang tak di sangka-sangka Allah hadiahkan. Baiknya Allahkan. 😊 Semoga bermanfaat buat anda semua. Moga kita semua sentiasa mendapat rezeki yang banyak dan berkat dari Allah.


Baca juga:

 

Post a Comment

3 Comments