6 Mitos dan Fakta Protein Soya

Biasa kita dengar ada bermacam mitos pasal protein soya ni kan? Terutama produk berasaskan soya. Mungkin ada yang masih ragu-ragu pasal produk soya ni. Betul ke soya bagus untuk kesihatan? Kalini Gee nak kongsikan mitos dan fakta yang tepat berkenaan protein soya. 

Mitos dan Fakta Protein Soya


6 Mitos dan Fakta Protein Soya 

1. Protein haiwan lebih baik daripada protein soya

Bagi protein haiwan seperti ayam, itik dan daging merah, ia ada kandungan lemak trans, lemak tepu dan kolesterol serta lebih sukar untuk dicernakan terutama jika orang tua yang ada makan protein dari haiwan.

Manakala protein soya pula mengandungi sumber protein yang berkualiti tinggi, rendah lemak, tiada kolesterol, ada semua asid amino dan juga vitamin serta mineral. 

2. Tidak perlu mengambil suplemen protein soya. Boleh dapat protein yang mencukupi daripada pemakanan sahaja. Betul ke?

Di Malaysia, biasanya ramai yang tak cukup mengambil sumber protein dalama makanan harian. Kita di Malaysia banyak mengambil sumber karbohidrat seperti nasi, mee, dan mihun. 

Memang ada juga mengambil sumber protein lain juga seperti ikan, daging telur dan kekacang tapi adakah ia cukup untuk keperluan protein harian badan kita?

Bawah ni Gee kongsikan jadual keprluan harian protein untuk setiap peringkat umur. Bila dah tahu senang nak ambil banyak mana nanti. 

Mitos dan fakta protein soya


3. Protein soya boleh buat saya gemuk? 

Protein soya sebenarnya boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Jadi, kita akan kurang nak makan macam-macam sebab dah kenyang. Secara tak langsung ia boleh membantu kita mengawal berat badan.

Macam Gee sendiri dah mengambil minuman protein soya (ESP) sejak 5-6 tahun lepas dan tiada kenaikan berat badan. Yang buat berat naik Gee perhatikan bila makan banyak, suka makan lewat malam. Bila minum protein ESP Gee jadi cepat kenyang. 


Mitos dan fakta protein soya
Baca juga >> Cara Minum ESP Shaklee Dengan Betul dan Resepi ESP


4. Protein soya buat lelaki lebih feminim atau lembut.

Sebenarnya makanan yang ada mengandungi kacang soya tidak memberi kesan kepada paras hormon testosteron lelaki. Jadi, orang lelaki boleh mengambil protein soya selalu dan mengekalkan kelelakian mereka.2

Manfaat protein ESP Shaklee untuk lelaki


5. Tak nak makan kacang soya kerana dah diubah genetik.

Ya betul kerana kebanyakan tanaman kacang soya di dunia ini diubah secara genetik (GMO), tetapi masih ada juga produk kacang soya bukan GMO di pasaran.

Macam produk kacang soya yang Gee minum tiap hari ni semua non-GMO dan selamat untuk badan kita. Ada ESP, Cinch Shake, Life Shake Elderberry. Semua boleh diminum.

6. Ada yang alah kacang soya.

Tak dinafikan memnag ada yang alah pada kacang soya. Malah, korang juga akan mempunyai kebarangkalian lebih lima hingga 10 kali untuk mengalami alahan kepada tenusu berbanding kacang soya.3

Bagi yang alah pada produk soya boleh cuba elakkan. 



Baca juga:

Betul Ke Protein Boleh Gemukkan Badan?

6 Tips Memilih Serbuk Protein Terbaik Di Pasaran

10 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Lelaki Yang Sangat Penting!

Kebaikan ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung

Keistimewaan, Kebaikan, Cara Makan ESP dan Testimoni




Rujukan: 

1. Haghighat, N., Ashtary-Larky, D., Bagheri, R., Wong, A., Cheraghloo, N., Moradpour, G., Nordvall, M., Asbaghi, O., Moeinvaziri, N., Amini, M., Sohrabi, Z. and Dutheil, F., 2021. Effects of 6 Months of Soy-Enriched High Protein Compared to Eucaloric Low Protein Snack Replacement on Appetite, Dietary Intake, and Body Composition in Normal-Weight Obese Women: A Randomized Controlled Trial. Nutrients, 13(7), p.2266. 

2. Messina, M., 2010. Soybean isoflavone exposure does not have feminizing effects on men: a critical examination of the clinical evidence. Fertility and Sterility, 93(7), pp.2095-2104. 

3. Soy Connection by U.S. Soy. 2022. Soy Myths & Facts. [online] Available at: [Accessed 29 August 2022].



Post a Comment

0 Comments