Kenapa saya nak join blogmegashaklee 2.0

Entri kalini nak kongsikan kenapa Gee nak join blogmegashaklee 2.0. Akhirnya ada juga buka untuk yang kedua. Teruja sangat nak join sama!

Kenapa saya nak join blogmegashaklee 2.0

Kenapa saya berminat nak join blogmegashaklee 2.0?

Ada grup buat sama-sama blog itu yang seronok Gee tengok. Sebelum ni blog Gee ada masa buat ada masa tak berupdate. Ada bulan tu rajin dan ada bulan tu kurang rajin. Nampak turun naik kan? So bila dapat join blogmegashaklee 2.0 ini nanti dapatlah boost lagi semangat nak konsisten berblog Bersama geng Shaklee.

Beberapa minggu yang lepas Gee ada tertengok kawan sama shaklee buat kat facebook dia. Ada dia share pasa blogmegashaklee 1.0. Gee follow lah # tu semua. Nampak saling support satu sama lain. Pastu dalam hati wah bestnya. Kena wajib join ni untuk next projek. Tu yang tertunggu bila nak buka lagi projek blog ni. Dah akhirnya ada buka laju-laju Gee join dan buat task dia.

Lepas itu kan, bila dah masuk group projek blog mega Shaklee ni, Gee tengok hadiah dorang menang dan dapat semua best dan menarik. Seronoknya!! Benda dapat free kan? Mestilah suka. Tapi mestilah kena komited bila nak dapat hadiah tu. Harap kalini Gee berpeluang untuk dapat hadiah dia juga. Katanya yang kedua ni lagi menarik hadiah!

Selain itu, Gee nak berkenalan dengan lagi ramai geng blogger shaklee, nak bersama-sama berkongsi ilmu pasal dunia blog. Jika boleh nak sama-sama menaikkan lagi shaklee Bersama-sama hihi.

Gee juga tengok dalam projek blog mega Shaklee ini tidak hanya berkongsi pasal ilmu blog. Tapi juga ada berkongsi ilmu lain seperti ilmu keagamaan. Nampak seimbang dunia dan akhirat kan. Tu suka join grup macam ni. Sama-sama saling mengingati. 

Hanya yang komited berpeluang untuk join. Maksudnya jika betul-betul nak join projek blog mega Shaklee ni kena buat semua task yang diberi. Kat sini kita dah awal-awal diajar untuk komited dan buat terus apa yang perlu. So bila join blog mega Shaklee ni nanti, harapnya Gee akan jadi lebih komited dan bersemangat nak buat setiap tugasan yang diberikan!

Dan yang paling penting boleh dapat ilmu baru sesama geng komuniti shaklee sebab dalam blogmegashaklee ni ramai dari grup lain-lain tapi boleh bersatu dalam satu grup dan bersama-sama buat. Mesti best kan?? Tak sabar lah nanti tunggu musim kedua projek blog mega Shaklee ni.

Akhir kata, Gee harap dapat diterima masuk untuk bersama-sama join blog mega Shaklee ini bersama dengan yang lain. Nampak aura dan semangat dorang semua dalam grup ini. Nampka meriah semua dan saling membantu di antara satu sama lain.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023



Post a Comment

2 Comments