7 Kebaikan Vitamin E Untuk Kesihatan

Kebaikan Vitamin E Untuk Kesihatan. Vitamin E juga penting untuk kesihatan sama seperti vitamin yang lain. Ia bukan sahaja tinggi antioksidan, juga boleh membantu meningkatkan fungsi imun dan melindungi daripada penyakit jantung dan kanser. 

Kebaikan Vitamin E Untuk Kesihatan

7 Kebaikan Vitamin E Untuk Kesihatan

Vitamin E memberi manfaat kepada badan kita melalui pelbagai cara termasuklah melindungi sel-sel dalam badan. Di sini Gee kongsikan manfaat vitamin E.

1. Melindungi sel badan

Sifat antioksidan pada vitamin E boleh membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Bahaya radikal bebas ini boleh membawa kepada risiko penyakit dan mempercepatkan penuaan. Ini sebab vitamin E perlu kerana ia boleh membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.

2. Untuk sistem imun

Vitamin E juga bagus untuk sistem imun. Ia membantu pertumbuhan t cell. T cell penting untuk melawan sel yang dijangkiti dan mengaktifkan sel imun yang lain dengan lebih efektif. 

3. Meningkatkan bilangan sel darah merah

Vitamin E membantu meningkatkan sel darah merah yang penting untuk membawa oksigen daripada paru-paru ke dalam darah untuk di bawa ke seluruh badan. Vitamin E juga sebagai antioksidan bertindak menghalang proses oksidasi.

4. Kulit sihat dan cantik

Vitamin E juga penting untuk kulit. Sifat antoksidan vitamin E membantu melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh merosakkan lapisan sel. Kesannya berlaku kerosakan DNA, dan proses penuaan lebih cepat berlaku. 

5. Kesihatan buah pinggang

Tahu tak tekanan darah tinggi boleh menganggu fungsi buah pinggang. Dengan adanya sifat antioksidan vitamin E ia boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan menjaga kesihatan buah pinggang.

6. Kesihatan mata

Manfaat antioksidan pada Vitamin E juga bagus untuk menjaga kesihatan mata. Bahaya radikal bebas boleh menganggu kesihatan tisu mata yang menjadi punca pembentukan katarak atau age-related macular degeneration (AMD).

7. Kesihatan jantung

Vitamin E juga mempunyai sifat anti-keradangan. Ia boleh memberi manfaat kepada endothelium, atau lapisan dalam saluran darah, dan membantu mengurangkan pembentukan plak dalam arteri. 

Beberapa kajian juga menunjukkan pengambilan Vitamin E bersama suplemen Omega 3 boleh mengurangkan LDL dan paras triglyceride ke atas individu yang ada sindrom metabolik (termasuk yang ada paras lemak dalam darah yang tinggi - boleh meningkatkan risiko sakit jantung). 

Makanan yang ada vitamin E

Ada banyak jenis makanan yang ada vitamin E dan boleh diambil setiap hari seperti:
  1. Sunflower seeds
  2. Almonds
  3. Hazelnuts
  4. Peanuts
  5. Pistachios
  6. Avocado
  7. Kiwi
  8. Mangga
  9. Blackberries
  10. Blackcurrants
  11. Raspberries
  12. Brokoli
  13. Asparagus
  14. Bayam
  15. Kacang hijau
  16. Sayuran daun hijau 
  17. Suplemen vitamin E
  18.  

Kebaikan Vitamin E Untuk Kesihatan

Kebaikan mengambil suplemen Vitamin E

Pengambilan suplemen vitamin E membantu menambah vitamin E dalam badan yang mana tidak dapat dipenuh melalui pemakanan harian. Pastikan pilih vitamin E semulajadi dan elak yang sintetik. 

Lihat sini >> suplemen vitamin E complex


Rujukan:

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31405672/
https://www.healthline.com/health/all-about-vitamin-e#4.-May-help-manage-dysmenorrhea



Post a Comment

0 Comments