7 Tips Kekal Sihat dan Cergas Masa Travel

Jenis suka travel atau berjalan melancong ke sana sini? Tak kira samada berjalan dalam negara atau luar negara. Kalini Gee nak kongsikan bagaimana cara untuk menjaga kesihatan dan badan bertenaga semasa melancong.

7 Tips Kekal Sihat dan Cergas Masa Travel

7 Tips Kekal Sihat dan Cergas Masa Travel

1. Berehat dan cukup tidur

Sangat penting untuk mendapat rehat dam tidur nyenyak masa travel. Supaya bila berjalan lagi esok hari badan rasa segar dan cergas. Contohnya malam tidur awal, minum susu, pastikan tempat tidur selesa.

Jika nak kurangkan sakit badan dan tak raaa letih bangun pagi tu boleh amik suplemen kalsium dan magnesium. Ni boleh bantu tidur lena, rehatkan otot masa tidur, baiki sakit badan, sakit kaki.

2. Minum air cukup

Bila minum banyak air pasti risau juga kan takut kerap ke tandas. Cara mudah minum air isotonik untuk pastikan badan cukup hidrasi masa travel.

Pilihan sihat boleh minum Performance Drink. Dalam bentuk serbuk mudah dibawa masa melancong. Cukup campur bersama air kosong. Badan cukup air, badan rasa bertenaga tak letih bila berjalan sana sini dan tak keringkan kulit. Best dan sedap juga! Satu keluarga boleh minum.

3. Bawa botol air

Penting untuk cukup minum air masa melancong. Boleh bawa botol air sendiri. Satu lagi boleh berjimat. Kebanyakan jika di luar negara ada yang air paip boleh terus minum. Nanti bolehlah isi / topup air dalam botol kita bawa tadi.

4. Bawa kudapan

Boleh beli kudapan yang sihat seperti kekacang, coklat gelap, sandwich ke. Makab kudapan masa travel ni boleh membantu kawal rasa lapar. Ada negara waktu dan masa berbeza. Ini boleh elak perut kosong masa berjalan-jalan.

5. Pilih makanan yang sesuai

Apabila travel ke tempat orang pastinya makanan ada pelbagai pilihan. Ada makanan yang baru kita jumpa. Sebaiknya pilih makanan yang sesuai. Ini bantu elak sakit perut masa melancong.

6. Jaga kebersihan

Masa bercuti menjaga kebersijan juga penting. Semasa travel, kita berjalan ke sana sini dan berjumpa ramai orang serta ada pegang bermacam benda. Pastikan sentiasa mencuci tangan dengan bersih sebelum makan.

7. Bawa ubat dan suplemen bersama

Ubatan penting sebagai langkah berjaga. Contoh boleh bawa ubat demam, sakit kepala, muntah atau mabuk, dan minyak angin.

Ada juga yang turut membawa suplemen. Ini bagi pengamal vitamin boleh bawa mana-mana yang sesuai. Contoh boleh bawa suplemen vitamin C, untuk imun, bersin dan selsema, ostenutrix (ada kalsium + magnesium untuk tulang, sakit badan, tidur lena), multivitamin vitalea untuk cukupkan nutrisi masa travel, resv untuk bantu beri tenaga sepanjang berjalan seharian, juga tinggi antioksidan. 

Tips kekal siht dan cergas masa travel



Semoga entri ini dapat membantu anda dalam percutian atau travel nanti. Yang penting sentiasa menjags kesihatan diri.



#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023




Post a Comment

1 Comments