Apakah Trigliserida Dan Bagaimana Ia Berbahaya Kepada Kesihatan

Apakah Trigliserida?

Trigliserida adalah sejenis lemak yang terdapat dalam darah manusia. Lemak ini adalah satu sumber tenaga utama bagi tubuh dan membantu dalam fungsi sel-sel biologi. Tapi, jika tahap trigliserida yang tinggi dalam darah, ia boleh memberi kesan buruk kesihatan.

apakah trigliserida


Bagaimana Trigliserida Terbentuk

Trigliserida terbentuk daripada makanan yang dimakan terutamanya lemak dan karbohidrat. Apabila terlalu banyak mengambil makanan yang ada kalori berlebihan, maka, tubuh akan mengubah kalori tersebut kepada trigliserida untuk disimpan sebagai tenaga untuk kegunaan pada masa akan datang. Tetapi jika tidak digunakan, ini yang berbahaya kepada kesihatan badan.

Berapa paras normal Trigliserida?

Paras trigliserida diukur dalam unit miligram per desiliter (mg/dL), kemudian dinilai berdasarkan kategori berikut:
  • Normal: Kadar trigliserida kurang dari 150 mg/dL
  • Borderline: Kadar trigliserida 150–199 mg/dL
  • Tinggi: Kadar trigliserida 200–499 mg/dL
  • Sangat tinggi: Kadar trigliserida lebih dari 500 mg/dL

Adakah Trigliserida dan kolesterol sama?

Trigliserida dan kolesterol adalah 2 jenis lipid yang beredar dalam darah iaitu: 
  1. Trigliserida menyimpan kalori yang tidak digunakan dan membekalkan tenaga kepada badan.
  2. Kolesterol digunakan untuk membina sel dan hormon tertentu.

Faktor /Punca yang Mempengaruhi Tahap Trigliserida

1. Gaya Hidup
Gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam dan banyak makan makanan yang tidak seimbang boleh meningkatkan tahap trigliserida dalam darah.

2. Genetik
Faktor genetik juga memainkan peranan. Jika ada ahli keluarga dengan tahap trigliserida yang tinggi, risiko untuk mengalaminya juga lebih tinggi.

3. Penyakit kronik
Jika ada menghidap penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, dan obesiti juga boleh menyebabkan kenaikan paras trigliserida.

4. Diet Tinggi Gula dan Karbohidrat Ringkas
Mengambil diet yang tinggi gula dan "refined carbohidrat" juga boleh menyebabkan peningkatan trigliserida dalam darah. Contohnya banyak makan kuih muih, biskut, fast food, makanan dalam tin, donut, piza, kek dan sewaktu dengannya. 

5. Merokok
6. Ada masalah tiroid
7. Sakit buah pinggang
8. Banyak mengambil alkohol


Bahaya Paras Trigliserida yang Tinggi

Paras trigliserida yang tinggi boleh membawa kepada pengerasan arteri atau penebalan dinding arteri (arteriosklerosis). Ini boleh meningkatkan risiko strok, serangan jantung dan penyakit jantung. Trigliserida yang sangat tinggi juga boleh menyebabkan keradangan akut pankreas (pankreatitis).

Paras Trigliserida Tinggi juga berisiko untuk ada,
  1. Diabetes jenis 2 atau pradiabetes 
  2. Sindrom metabolik — keadaan apabila tekanan darah tinggi, obesiti dan gula darah tinggi berlaku bersama-sama, meningkatkan risiko penyakit jantung 
  3. Ada hipotiroidisme
  4. Keadaan genetik yang jarang berlaku yang mempengaruhi cara badan anda menukar lemak kepada tenaga





Rujukan:
  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/in-depth/triglycerides/art-20048186
  2. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11117-triglycerides



Post a Comment

0 Comments