Bahaya Kurang Zat Besi Pada Ibu Mengandung

Masalah kurang zat besi banyak dihadapi oleh ibu semasa mengandung. Biasanya ia banyak berkaitan dengan masalah anemia. Bahaya jika dibiarkan kerana ia boleh memberi kesan kepada ibu dan juga bayi.

Bahaya Kurang Zat Besi Pada Ibu Mengandung


Apa berlaku jika kurang zat besi pada ibu mengandung?

Anemia adalah kekurangan zat besi dan ia merupakan sejenis gangguan pada darah. Wanita hamil yang mengalami masalah ini boleh menyebabkan tahap hemoglobin dalam darah menurun, sebab itulah boleh berlakunya anemia.

Tanda-tanda jika ibu hamil mengalami anemia akibat kekurangan zat besi adalah:

  1. Rasa letih dan kelesuan melampau
  2. Kulit, bibir dan kuku jadi pucat
  3. Sakit dada
  4. Sakit kepala
  5. Sukar untuk memberi tumpuan atau fokus
  6. Jantung berdegup lebih kencang
  7. Rasa berdebar
  8. Sesak nafas

Kesan bahaya kurang zat besi pada ibu mengandung bole membawa kepada masalah:
  1. Kelahiran pramatang atau tidak cukup bulan
  2. Risiko kematian bayi dalam kandungan
  3. Ibu jua boleh mengalami kemurungan selepas bersalin

Berapa keperluan zat besi untuk ibu mengandung?

Wanita yang mengandung memerlukan lebih 2 kali ganda daripada keperluan zat besi daripada biasa. Zat besi bertugas untuk membuat lebih banyak darah bagi membekalkan oksigen kepada bayi dalam kandungan. 

Cadangan zat besi buat ibu hamil adalah sebanyak 27 mg setiap hari. Zat besi juga penting untuk mengurangkan sebarang risiko jika ada kehilangan darah yang boleh berlaku semasa proses kelahiran.


Tips untuk mencegah dan merawat anemia akibat kekurangan zat besi semasa ibu mengandung

Pastikan si ibu mendapatkan bekalan zat besi yang cukup dalam pemakanan harian. Contohnya boleh makan daging pejal, ayam itik, ikan, sayuran hijau, kekacang, tomato, tembikai, labu, dan kiwi . Atau boleh juga mengambil bersama suplemen ada zat besi. Ini lagi mudah dan sudah tentu ada zat besi cukup setiap hari. Boleh ambil zat besi ada dalam multivitamin.

Tapi ingat! 
  1. Elak mengambil zat besi bersama kalsium kerana ia boleh menghalang penyerapan zat besi dalam badan. 
  2. Nak lagi bagus, ambil zat besi bersama vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.

Bagi yang mengambil suplemen zat besi, ambil juga suplemen vitamin C untuk pastikan badan dapat menyerap zat besi secukupnya.




Baca juga:







Post a Comment

0 Comments