Set PCOS Shaklee

PCOS dan Shaklee. PCOS, atau Polycystic Ovary Syndrome, adalah satu keadaan yang melibatkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh wanita. Ia bukan sahaja boleh mempengaruhi kesuburan tetapi juga memberi kesan kepada keseluruhan kesihatan.

Set PCOS Shaklee

PCOS merujuk kepada sindrom di mana ovarium wanita menghasilkan lebih banyak androgen daripada biasa. Ini boleh menyebabkan pembentukan folikel yang tidak matang dan membentuk ketulan di dalam atau di sekeliling ovarium. 

Punca PCOS Berlaku

Faktor genetik memainkan peranan penting dalam PCOS, dengan kecenderungan untuk diwarisi dalam keluarga. Selain itu, gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat turut mempengaruhi masalah PCOS dalam kalangan wanita. Perubahan hormon juga boleh menjadi punca utama, dan ia boleh memberi kesan kepada sistem reproduktif wanita.

Gejala dan Tanda PCOS
  • Masalah haid yang tak teratur
  • Ovarian cyst
  • Obesiti
  • Kulit berjerawat atau kulit berminyak
  • Masalah kemurungan / susah hati atau mood berubah-ubah
  • Rasa letih lesu
  • Rambut banyak gugur 
  • Banyak bulu di muka atau badan (lebih banyak dari biasa)

Set pcos Shaklee
Tanda PCOS Wanita


Kesan PCOS kepada Kesihatan Wanita

PCOS boleh memberi kesan kepada kesihatan, emosi dan mental wanita seperti:
  • Menganggu kesuburan wanita
  • Haid tak teratur
  • Risiko idabetes
  • Berat badan berlebihan
  • Kemurungan
  • Masalah kulit jerawat

Cara Berkesan Mengatasi PCOS

Pengurusan gaya hidup yang sihat termasuk senaman berkala dan pemakanan seimbang boleh membantu mengurangkan simptom PCOS. Rawatan perubatan seperti pil kontraseptif, ubat pengawal gula, dan terapi hormon juga tersedia untuk membantu menguruskan keadaan ini.

Set PCOS Shaklee

Bagaimana suplemen Shaklee membantu pcos wanita?

Set PCOS Shaklee


GLA Complex
GLA membantu mengawal atur hormon dalam badan. Ia penting untuk wanita yang ada PCOS yang mempunyai masalah haid tak teratur. GLA juga boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita. 

Magnesium
Berdasarkan kajian dalam Gynecology Endocrinology, wanita yang ada masalah PCOS mempunyai masalah kekurangan manesium lebih tinggi dari yang biasa. Magnesium juga memainkan peranan dalam glukosa, insulin, dan aliran tekanan darah. Ia juga boleh membantu mencegah migrain dan memperbaiki gejala PMS serta mood swing.

Vitamin D 
Ia memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kesuburan bagi penghidap PCOS. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa 67-85% wanita dengan PCOS kekurangan vitamin D.

Diiktiaf sebagai Vitamin dan hormon, reseptor Vitamin D kini telah dikenal pasti dalam hampir setiap tisu dan sel dalam tubuh manusia. Vitamin D ini juga didapati terlibat dalam pematangan dan perkembangan telur folikel, menjadikannya vitamin utama yang penting untuk wanita yang cuba hamil. Vitamin D juga telah dikaitkan dengan mengurangkan tahap testosteron pada wanita dengan PCOS.

Co Enzyme Q10
Coenzyme Q10 atau CoQ10 juga penting dalam meningkatkan kesuburan dan kehamilan wanita yang ada PCOS dengan meningkatkan kualiti telur. Penyelidikan baru menunjukkan potensi CoQ10 dalam menurunkan kadar kolesterol dan paras insulin. 

Omega 3
Omega 3 bersifat anti-keradangan, ia penting untuk membantu mengawal gejala-gejala PCOS. Omega 3 juga membantu melawan rintangan insulin dan mengawal paras kolesterol dalam darah yang biasa dialami pesakit PCOS. 

Zink
Kajian menunjukkan bahawa wanita dengan PCOS mempunyai tahap zink yang rendah. Berita baiknya ialah peningkatan kadar zink dapat mengatasi banyak gejala yang yang dialami oleh mereka yang ada PCOS seperti jerawat, keguguran rambut, dan pertumbuhan rambut yang berlebihan. Ini kerana zink berfungsi untuk menghalang enzim yang menukarkan testosteron ke dalam bentuk yang tidak aromatizable, dihydrotestosterone (DHT).

Resveratrol antara yang terbaik untuk PCOS
Ia memberikan banyak manfaat kesihatan dalam membantu meningkatkan kedua-dua aspek metabolik dan pembiakan dalam PCOS. Resveratrol dikenali sebagai anti-penuaan, antikanser, dan sifat kardioprotektif. Kaya dengan polifenol dan antioksidan, resveratrol telah terbukti mempunyai potensi untuk melawan keradangan serta mengurangkan kolesterol dan insulin.

Resveratrol ada dalam Vivix. Boleh amik Vivix untuk pcos. 

Testimoni PCOS Shaklee

Set PCOS Shaklee

Set PCOS Shaklee



Bagi yang berminat untuk mendapatkan Set COS Shaklee boleh terus menghubungi Gee. Klik gambar untuk pautan whatsapp. 

 
Boleh hubungi Gee terus atau klik gambar untuk pautan whatsapp. Gee akan bantu bagi yang berminat nak dapatkan kulit sihat dengan set kulit shaklee ini.   Set Rahmah Shaklee





Rujukan:
https://www.pcosnutrition.com/the-10-best-supplements-for-pcos/
https://www.verywellhealth.com/supplements-for-pcos-7974539


Post a Comment

0 Comments