10 cara/teknik penyusuan susu ibu yang betul

Terdapat berbagai cara / teknik penyusuan susu ibu yang boleh dilakukan. Tapi teknik yang betul sangat penting bagi membantu ibu mendapatkan susu yang banyak selepas bersalin.


Dalam entri ini Gee akan kongsikan cara/teknik penyusuan susu ibu yang betul untuk membantu membanykkan susu ibu selepas bersalin. 

1. Tawar kedua belah payudara


Jika menyusu sebelah payudara sahaja ia tidak membantu lebih banyak susu. Adalah lebih baik jika kedua belah payudara dikosongkan. Biarkan bayi menyusu di sebelah payudara selama mana dia boleh. Kemudian bari tawarkan sebelah lagi.

Kadang-kadang ada juga bayi yang mungkin mengantuk semasa menyusu apabila aliran susu di payudara yang dihisap makin perlahan. Anda kena tahu bahawa bayi mengantuk bukan sebab sudah kenyang. Sebelum beralih ke paudara sebelah lagi cuba lakukan breast compression untuk melancarkan aliran susu.


2. Breast Compression

Ia biasa dilakukan untuk merangsang refleks let-down semulajadi. Tujuan breast comression untuk memastikan aliran susu kekal lancar. 

Apabila bayi hilang minat untuk terus menyusu atau hanya terus menyusu atau hanya mahu melekap tanpa menyusu, sokong payudara anda dengan ibu jari bahagian atas dan jari lain di bahagian bawah. Jauhkan daripada putting dan perlahan tekan payudara.

Teruskan buat tekanan hingga bayi tidak lagi menyusu. Berhenti sebentar dan ulang semula tekanan yang sama. Setelah bayi tidak lagi berminat baru tawarkan payudara sebelah lagi.


3. Ubah payudara

Selalu menawarkan bayi untuk menyusu kedua belah payudara berganti-ganti setiap kali menyusu.

Ia bertujuan untuk menggalak bayi yang mudah tertidur untuk menghisap dengan lebih efektif dalam tempoh masa yang lebih lama. Bila kerap dilakukan, anda lebih mahir dan tahu bila masa yang sesuai.

Disarankan apbila bayi didapati hisapan bayi mula lemah, mula buat breast compression dulu kemudia menukar sebelah lagi payudara untuk menggalak bay menyusu dengan lebih aktif.


4. Penyusuan tambahan

Lagi kerap mengosongkan payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. Tinggu hingga 20-30 minit selepas penyusuan dan tawarkan bayi menyusu sekali lagi untuk penyusuan tambahan.


5. Pengepaman

Mengepam bertujuan untuk menghasilkan lebih banyak susu. 

Bayi yang melekap dengan betul sangat efektif apabila mengosongkan payudara lalu merangsang susu lebih banyak. Tapi anda digalak mengepam 5-10 minit untuk setiap payudara setiap kali lepas menyusu bayi pada waktu siang.

Untuk waktu malam, perlu juga mengepam susu anda. Tapi anda perlu mendapatkan tidur yang cukup kerana ia antara faktor untuk bantu hasil susu lebih banyak. Jangan risau jika tiada apa yang keluar semasa mengepam kerana hisapan pam boleh merangsang payudara untuk mengahasilkan lebih banyak susu.


6. Perah tangan

Jika dilakukan dengan betul, pemerahan susu menggunakan tangan lebih efektif dalam mengeluarkan susu. Pada masa yang sama, ia dapat merangsang penghasilan susu.


7. Menyusu malam

Pada waktu malam, paras hormon prolaktin lebih tinggi. Jika anda kerap menyusukan bayi waktu malam, ia dapat menggesa tubuh untuk memanipulasi hormon prolaktin dan susu lebih banyak akan dihasilkan.


8. Cecair

Mengambil ceccair yang cukup tidak membantu menghasilkan susu lebih banyak! Apa yang pentig anda menggantikan ceair yang hilang.

Bayangkan dalam sehari anda mengeluarkan 0.5ml hingga 1 liter susu, jadi anda perlu mengganti semula dalam jumpah tersebut selain dari meminum 8 gelas air sehari seperti yang disarankan.

Jangan dahaga baru anda minum kerana waktu ini tubuh anda telah mengalami dehidrasi. Jadi, amalkan meminum segelas air setiap kali anda menyusu.


9. Pemakana sihat dan seimbang

Sebagai ibu menyusu, anda sangat perlu untuk menjaga pemakanan harian. Selain waktu makan utama, anda juga boleh mendapatkan snek di antara waktu makan utama.

Tahukah anda pemakanan tidak memberi kesan kepada jumlah susu tapi kesihatan anda yang penting dalam penghasilan susu.

Antara makanan yang perlu ada dalam diet harian anda ialah kalsium, zat besi dan protein. Snek seperti buah-bauhan, keju dan yogurt.


10. Rehat

Rehat yang cukup sangat penting bagi ibu yang menyusukan bayi. Semasa di rumah bersama bayi, anda boleh tidur ketika bayi anda juga tidur.



Semoga cara/teknik penyusuan susu ibu ini dapat membanti ibu-ibu dalam usaha membanyakkan susu ibu selepas bersalin. Dan semoga dapat menjayakan penyusuan penuh selama 2 tahun.






Anda boleh lihat:

Kebaikan Set Penyusuan Shaklee 

5 Tips Rangsang Banyak Susu Ibu





Post a Comment

0 Comments