Dec 13, 2017

8 Punca Period Tidak Teratur | Cara Mengatasi Period Tidak Teratur




Antara masalah yang biasa dialami oleh seorang wanita ialah kitaran haid yang tidak teratur. Masalah haid tidak teratur ini boleh menganggu diari kehidupan seorang wanita terutama mereka yang berkahwin dan merancang untuk mendapatkan anak.

Bagi Gee sendiri sejujurnya Gee tiada masalah berkaitan haid. Tapi sejak berkecimpung dalam bisnes Shaklee ini Gee sering mendapat prospek dan customer yang ada masalah haid tidak teratur.

Dalam entri ini Gee akan berkongsi punca period tidak teratur dan cara mengatasi period tidak teratur.


Apakah punca period tidak teratur? 


1.Hormon tidak stabil
Punca haid tidak teratur bagi remaja disebabkan hormon dalam badan tak stabil. Biasanya berlaku kepada remaja yang berumur awal 20 tahun kerana pada waktu ini kitaran kesuburan tak cukup matang. Tetapi jangan risau ia boleh pulih secara semulajadi. 



2.Menopause
Kebanyakan berlaku pada mereka yang berumur lebih 45 tahun akan berpotensi tinggi untuk mengalami masalah haid tidak teratur.
Golongan ini selalunya ada masalah haid tidak datang berpanjangan selama 3 ke 4 bulan dan darah yang keluar juga sedikit. Malah, ada juga yang haid tidak datang selama 12 bulan berterusan. 




3.Tekanan hidup
Tertekan dengan masalah kehidupan seharian dan stress juga boleh mempengaruhi kesuburan wanita dan kitaran haid menjadi tidak normal. 



4. Obesiti
Berat badan berlebihan juga boleh mempengaruhi kesimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita sekaligus menganggu kitaran haid. 



5.Ibu Menyusu
Paling biasa berlaku ke atas ibu yang menyusukan anak. Mereka akan mengalami masalah period yang tidak teratur semasa menyusu. Tapi, jangan risau ia normal berlaku dalam tempoh 1 hingga 2 tahun.

Kenapa?


  • Kerana hormon prolaktin dalam susu sedang aktif melawan hormon period. Semasa menyusu, prolaktin sentiasa dirembeskan dan ia berterusan melawan dan menghalang darah haid daripada terhasil.

Info tambahan:
  • 6 bulan pertama umur anak dan sekiranya ibu sedang menyusu sepenuhnya, ia boleh digunakan sebagai tempoh merancang. Tapi jika tidak datang haid selama 2 tahun boleh rujuk doktor.



6. Ovarian cyst (PCOS)
Bagi mereka yang ada masalah ovarian cyst akan mengalami masalah period tidak teratur selama 2 hingga 3 bulan sekali. Ia boleh menyebabkan masalah sukar hamil ke atas wanita yang sudah berkahwin atau berusaha untuk hamil.

PCOS juga boleh meningkatkan risiko kencing manis dan masalah berkaitan jantung.



7. Pil perancang
Pengambilan pil perancang juga boleh membuatkan kitaran haid menjadi lebih singkat. Malah ada juga yang tidak datang haid selama berbulan-bulan. 


8. Masalah perubatan
Contohnya seperti gangguan tiroid menyebabkan kitaran haid tidak teratur sekiranya tahap darah hormon tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi.

Penyakit lain seperti kencing manis, prolaktinemia (hormon susu meningkat) juga boleh menganggu kitaran haid. 


Masalah haid tidak teratur jika dibiarkan ia boleh menganggu emosi terutama wanita yang ingin mendapatkan anak. Ia juga petanda awal badan anda berisiko untuk ada masalah kesihatan. Segeralah berjumpa doktor anda!



Sekarang Gee ingin berkongsi cara-cara untuk mengatasi masalah period tidak teratur.


Cara Mengatasi Period Tidak Teratur:

1- Kawal stress dan tekanan dengan baik

2 - Kurangkan berat badan jika BMI tidak normal atau berlebihan berat badan.

3 - Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam

4 - Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang

5 - Pengambilan supplemen untuk kawal atur hormon dalam badan 



Untuk pengambilan supplemen, Gee rekomen anda boleh mengambil supplemen berikut;


1.GLA Complex
  • Gamma Linoleik Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6 yang diperlukan badan untuk menstabilkan hormon. GLA akan membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita. Selain itu, ia juga boleh memperbaiki simptom PMS atau period pain seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.


2.Vivix
  • Vivix tinggi kandungan antioksidan dapat membantu menghapuskan radikal bebas yang menjadi punca hormon tidak stabil dan menganggu kitaran period seorang wanita. 

Selain itu ada kajian juga dibuat,

Resveratrol yang ada di dalam Vivix ini dapat membantu mengenalpasti dan menstabilkan ketidakseimbangan hormon wanita terutama mereka yang ada masalah PCOS ( anda boleh rujuk di sini Endocrine Society’s Journal of Clinical Endrocrinology & Metabolism). 







Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Jangan lupa untuk segera berjumpa doktor sekiranya ada masalah haid yang berpanjangan.





www.wasap.my/6013-5707812