Punca Jeragat dan Cara Menghilangkan Jeragat dengan Berkesan

Punca Jeragat dan Cara Menghilangkan Jeragat dengan Berkesan. Kalini Gee nak kongsikan pasal jeragat. Apabila dah tahu info jeragat mudah nak merawat nanti.

Punca Jeragat dan Cara Menghilangkan Jeragat dengan Berkesan


Duit banyak habis tapi jeragat tak hilang!

Dah mencuba macam-macam produk pun sama . Hilang sekejap kemudian makin lama makin teruk. Tiada perubahan yang berlaku. Sampaikan malu nak berjumpa rakan-rakan. Jadi buntu! Rasa makin stress dan putus asa! Pernah tak rasa macam tu?

Jangan risau dan jangan stress ok.

Gee akan kongsikan cara untuk menghilangkan jeragat dengan berkesan.


Tapi sebelum itu, Gee nak bagitahu dulu apa punca jeragat ini berlaku. 

Antara punca jeragat ialah:

1.Banyak terdedah pada cahaya matahari yang boleh merosakkan sel kulit
2.Perubahan hormon seperti mengandung
3.Pengambilan pil untuk rawatan hormon dan ubat-ubatan
4.Penggunaan kosmetik
5.Penjagaan muka yang kurang berkesan
 

Apabila dah tahu punca barulah tahu cara berkesan untuk menghilangkan jeragat dan juga boleh menghalang jeragat dari makin banyak.

Tahu tak punca-punca jeragat di atas itu semua menyebabkan sistem pertahanan kulit menjadi lemah. Apabila sistem pertahanan lemah, maka sel-sel kulit rosak dan banyak sel mati. Sel kulit yang mati tadi itu akan menjadi gelap dan sukar untuk dicerahkan semula. Apabila dibiarkan semakin lama semakin banyak akhirnya berkumpul menjadi tompokan jeragat yang sukar untuk dihilangkan.


 Apakah cara untuk menghilangkanjeragat dengan berkesan? 

Cara berkesan untuk menghilangkan jeragat ialah dengan mengambil makanan atau vitamin yang tinggi kandungan antioksidan.

Vitamin / Suplemen untuk jeragat

1.Vitamin C untuk jeragat

Tinggi dengan antioksidan jadi ia akan membantu melindungi kulit dari radikal bebas seperti sinar uv dan penemaran.

Terdedah kepada sinar uv yang berterusan boleh menyebabkan jeragat makin teruk.

Vitamin C juga berkesan untuk mencerahkan kesan jeragat pada kulit. Dan yang penting vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen di dalam anda.

Anda boleh dapatkan vitamin C dari sayur-sayuran dan buah-buahan atau mengambil suplemen. Suplemen vitamin C yang Gee cadangkan ialah Vita C Plus dari Shaklee. Ia mempunyai teknologi pelepasan masa di mana tubuh kita akan mendapat bekalan vitamin C secara berterusan.


Vitamin C Shaklee untuk jeragat


2.Vitamin E untuk jeragat

Juga tinggi dengan antioksidan yang berkesan untuk menghilangkan jeragat. Ia memainkan peranan penting untuk membaiki kulit rosak dan melindungi serta mencegah kulit dari terkena sunburn (sunburn boleh menyebabkan jeragat makin teruk).

Tahu tak jeragat juga antara tanda penuaan kulit. Pengambilan Vitamin E berterusan dapat membantu melambatkan proses penuaan kulit.

Anda boleh mengamalkan suplemen Vitamin E Complex dari Shaklee. Ia lengkap sekali dengan selenium yang akan memaksimumkan kadar penyerapan vitamin E di dalam tubuh. Secara tidak langsung vitamin E Complex akan lebih berkesan untuk menghilangkan jeragat di muka.

Vitamin E Shaklee untuk jeragat


3.Protein untuk jeragat

Memainkan peranan penting untuk membaiki sel kulit yang rosak dan menghasilkan sel kulit baru sekaligus boleh membantu menghilangkan jeragat. Antara pilihan protein yang berkualiti yang boleh diamalkan ialah suplemen protein dari shaklee iaitu ESP.


ESP Shaklee untuk jeragat


4.Resveratrol untuk jeragat

Kandungan antioksidan di dalam Resveratrol dikatakan lebih tinggi berbanding vitamin C dan vitamin E. Sebab itu Resveratrol dikatakan antioksidan yang sangat hebat yang dapat menghalang dan memperbaiki kerosakan sel yang berlaku setiap hari.

‘Jeragat salah satu tanda sel-sel mengalami kerosakan’

Resveratrol juga dapat membantu meneutralkan kesan sinar uv pada kulit dan memberi efek kulit semakin cerah dan sihat. Resveratrol ini boleh didapati di dalam Vivix Shaklee.


vivix untuk jeragat


Rajin amalkan makanan yang kaya dengan antioksidan untuk mencegah dan meghilangkan jeragat. 



Baca juga: Vivix Shaklee untuk Jeragat









Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.

Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

Terima Kasih kerana memilih Shaklee!


Post a Comment

0 Comments