Mar 25, 2018

13 Info Regangan Yang Ramai Tidak Tahu!


Regangan bukan hanya senaman semata tapi ia lebih daripada itu. Jom ketahui info regangan yang ramai tidak tahu.



13 Info Regangan Yang Ramai Tidak Tahu!

1- Yoga membantu pergerakan menjadi lebih baik dan kurang berasa kaku dan kejang.

2- Melakukan regangan 5 minit sebelum tidur membantu merelakskan otot dan mendapat posisi tidur dengan lebih mudah.

3- Regangan membantu meningkatkan pengaliran darah, paras kandungan oksugen dan menghantar nutrien kepada otot serta membantu menyingkirkan bahan buangan metabolik seperti karbon dioksida, ammonia dan asid urik.

4- Menguap dan menggeliat pada masa yang sama disebut sebagai pandiculation (pandikulasi).

5- Risiko kematian meningkatkan 40 peratus bagi mereka yang duduk sepanjang hari. Tapi tidak semua mampu menyediakan meja yang membolehkan nada melakukan kerja sambil berdiri. Cara menanganinya ialah dengan melakukan regangan (paling baik setiap satu jam).

6- Sangat penting untuk melakukan regangan selepas bersenam. Membuat regangan semasa otot sudah lembut daripada aktiviti yang dilakukan membantu anda sembuh dengan lebih cepat dan mencegah kecederaan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi fleksibiliti iaitu:

7- Usia – lebih muda lebih fleksibel

8- Jantina – wanita lebih fleksibel berbanding lelaki

9- Aktiviti – individu yang aktif lebih fleksibel

10- Suhu dan persekitaran – cuaca panas menjadikan otot lebih fleksibel berbanding cuaca sejuk

11- Regangan statik sebelum bersenam boleh menurunkan prestasi. Sebaiknya regangan dinamik boleh mengurangkan kemungkinan kecederaan dan membantu meyediakan tubuh untuk warm up. Contohnya mengayunkan kaki dan tangan, jumping jaks dan lunges.

12- Kajian mencadangkan dengan melakukan regangan di tempat kerja mampu mengurangkan kesakitan sehingga 72 peratus. Walaupun kajian mengenainya masih tidak banyak dilakukan, regangan di tempat kerja boleh mengurangkan ketidakselesaan tanpa menganggu produktiviti.

12- Rasa tidak selesa apabila melakukan regangan? Ia menyakitkan jika anda terlalu memaksa tubuh anda. caranya lakukan regangan dan berhenti apabila anda merasa ketegangannya. Tarik nafas dalam-dalam semasa melakukan regangan selama 15-30 saat. Kemudian berehat dan ulang posisi regangan dengan mencuba lebih lagi.

sumber: iSihat