10 Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki Dan Kesihatan Sperma


10 Cara Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki Dan Kesihatan Sperma

Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki

Masalah kesuburan lelaki juga antara perkara penting yang perlu diberi perhatian. Terutama pada yang ingin berkahwin atau yang dah lama mendirikan rumah tangga. Masalah kesuburan ini bukan hanya pada wanita atau isteri sahaja. Jadi, dalam entri ini saya akan kongsikan cara-cara yang boleh membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan kesihatan sperma.


10 Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki dan Menjaga Kesihatan Sperma 

1. Bersenam
Bersenam bukan saja baik untuk kesihatan fizikal, ia juga boleh membantu meningkatkan kesuburan orang lelaki dan paras testosteron. Terdapat kajian yang menunjukkan lelaki yang bersenam mempunyai paras testosteron yang lebih tinggi dan lebih baik. Mereka yang aktif juga akan meningkatkan enzim antioksidan (ia boleh melindungi sperma).


2. Kawal / kurangkan stress
Stress boleh mengurangkan kesuburan dan kepuasan seksual. Ia juga memberi kesan kepada hormon kortisol, apabila hormon kortisol meningkatkan, paras testosteron menurun.


3. Kerapkan hubungan seksual 
Bagi pasangan yang sudah berkahwin yang inginkan anak, anda boleh kerapkan hubungan seksual terutama semasa tempoh ovulasi. Ataupun, anda juga boleh melakukan hubungan seksual 2 kali seminggu untuk mengekalkan kualiti sperma.


4. Elak tempat / persekitaran yang beracun & bahan kimia
Bahan kimia seperti cat, logam, racun perosak boleh menganggu kesuburan dengan cara menjejaskan sperma.


5. Berhenti merokok
Merokok juga memberi kesan kepada kesuburan seperti mengurangkan kuantiti sperma, motaliti sperma dan bentuk sperma. Ia juga boleh memberi kesan kepada pasangan atau isteri, yang menjalani IVF boleh merendahkan kadar kejayaan dan risiko keguguran.


6. Dapatkan berat badan ideal
Jika terlalu berat atau kurang berat juga boleh mengganggu keseimbangan hormon yang boleh mengganggu ketidaksuburan seperti menyebabkan bilangan sperma kurang.


7. Pemakanan yang sihat 
Rajinlah mengambil buah-buahan dan sayuran yang kaya antioksidan kerana ia boleh membantu meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma.


Selain itu, anda juga boleh mengambil suplemen semulajadi seperti berikut untuk membantu meningkatkan tahap kesuburan dan menambahbaik kesihatan sperma.


Suplemen untuk kesuburan lelaki


8. Suplemen Zinc 
Zinc membantu menjaga kesihatan sperma.
  • meningkatkan kiraan sperma yang sihat.
  • meningkatkan motaliti dan kebolehan sperma.
  • perkembangan testis yang sihat
Zinc juga menyokong tahap kesuburan, kesihatan seksual jangka panjang, dorongan seksual, perkembangan testis dan prostat yang sihat, mengekalkan kesihatan testosteron untuk menjadi lelaki sejati.




9. Suplemen Vitamin E
Vitamin E juga membantu meningkatkan kesuburan dan kualiti & kuantiti sperma. Ia akan memastikan sperma bergerak menuju ke arah yang betul menembusi telur untuk persenyawaan. Vitamin E juga menyokong fungsi prostat dan hormon lelaki serta menghasilkan cairan prostatik, komponen air mani.



Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki

10. Suplemen Vitamin C
Tekanan oksidatif boleh mengganggu kesuburan lelaki. Pengambilan Vitamin C yang tinggi dengan antioksidan boleh membantu meningkatkan motaliti dan kuatiti sperma serta melindungi kerosakan DNA.




11. Coq Trol  
Mengandungi coq10, ia bagus untuk membantu melajukan pergerakan sperma, mengurangkan sperma yang rosak dan meningkatkan jumlah sperma yang sihat. Juga tinggi antioksidan membantu melidnungi sperma dari rosak.

Coq trol ini juga bagus untuk meningkatkan tenaga lebih!




12. Vivix
Vivix mengandungi resveratrol yang bagus untuk kesuburan. Ia membantu melindungi telur yang belum matang dan telah matang daripada rosak. Dan kesannya telur itu tadi ada peluang yang lebih tinggi untuk hidup, membesar dan disenyawakan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Dr. Erica Nikiforuk pada January 2014, resveratrol memainkan peranan penting untuk memelihara kesuburan, melindungi sel-sel telur yang tidak matang dan berpotensi dalam memanjangkan usia kesuburan.








Sebarang pertanyaan berkenaan suplemen Shaklee anda boleh menghubungi saya terus ke 013-5707812 atau klik sini untuk Whatsapp.





sumber:
www.mayoclinic.com
www.healthline.com



Post a Comment

0 Comments