Oct 10, 2018

10 Cara Kecilkan Liang Pori Di Muka Dengan Cepat


10 Cara Kecilkan Liang Pori Di Muka Dengan Cepat

Bagi wanita masalah liang pori antara masalah yang paling ramai ada. Liang pori yang besar dan terbuka luas boleh menggangu emosi dan juga membuatkan makeup juga tak rata dan cantik. Liang pori ini jugak yang mencabar untuk mengecilkan atau menutup rapat. Ada macam-macam cara yang boleh digunakan. Dalam entri ini saya akan kongsikan cara mengecilkan liang pori di muka anda dengan cepat!

Nak tau apa punca pori-pori terbuka dan makin besar? 


Cara mudah kecilkan pori-pori
Cara kecilkan liang pori-pori


10 Cara Kecilkan Liang Pori Di Muka Dengan Cepat

Cara 1
Rajin membersihkan muka setiap hari untuk mengecilkan liang pori yang ada pada kulit muka. Ini rutin paling senang. Paling kurang bersihkan muka 2 kali sehari. Muka yang bersih penting untuk mengelak segala kotoran, debu dan minyak terperangkap di dalam liang pori. Ini yang menyebabkan pori-pori pada muka makin besar!

Pencuci muka >> Youth Luminous Gel Oil Cleanser

Cara 2
Penggunaan pelembap juga boleh membantu mengecilkan liang pori pada muka. Rajinlah menggunakan pelembap muka setiap hari. Pelembap akan membantu melembutkan kulit, menghidratkan kulit dan membersihkan kulit wajah. Tapi pastikan anda menggunakan pelembap yang berasaskan air.

Cara cepat berkesan kecilkan pori di muka lihat di sini >> Youth Perfecting Skin Toner


Cara 3
Rajin menggunakan krim pelindung matahari juga dapat membantu mengecilkan liang pori di muka yang terbuka besar secara tak langsung. Ini rutin paling penting untuk menjaga dan melindung kulit dari sinar matahari yang boleh merosakkan kulit. Kulit juga berisiko untuk menjadi kusam dan kering. Terutama yang kulit kering boleh membuatkan liang pori anda menjadi makin besar.

Krim pelindung matahari >> Youth Age Defense Moisturizer


Tiga cara di atas ini adalah paling basic anda boleh amalkan dan buat tiap hari. Gee sendiri guna 3 cara atas ni tiap hari. Memang berkesan pori pori makin makin mengecil. Alhamdulillah­čśâ.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan bahan semulajadi untuk mengecilkan liang pori di muka dengan lebih cepat dan berkesan juga.

Cara 4
Kecilkan liang pori pada wajah dengan putih telur. Ambil telur putih sahaja kemudian sapu terus pada wajah. Biarkan selama 30 minit baru bilas muka dengan air bersih atau air sejuk. Cara ni dulu Gee sendiri selalu buat. Masa zaman remaja acah nak kulit cantik. Hihi

Cara 5
Mengecilkan liang pori besar dengan tomato. Buat jus tomato dan blenderkan. Kemudian barulah sapu tadi pada wajah . Biarkan 15-20 minit baru bilas dengan menggunakan air sejuk. Tomato juga bagus untuk melembutkan dan melembapkan kulit wajah.

Cara 6
Kecilkan pori muka dengan ais batu atau ais kiub. Sapu ais tadi dan balut guna kain yang bersih. Lepas itu barulah gosok pada wajah. Boleh buat setiap malam. Cuba amalkan buat tiap malam selama 2-3 minggu dan lihat kesannya nanti.

Cara 7
Betik untuk kecilkan liang pori pada muka? Caranya mudah saja iaitu blender betik dan sapu pada wajah. Biarkan selama 20-30 minit. Tahu kan? Betik ini kaya vitamin A maka dia bagus untuk merawat kulit bermasalah juga.




Cara 8
Lidah buaya (aloe vera) untuk mengecilkan liang pori yang besar di muka. Ambil beberapa titisan atau air lidah buaya dan sapu pada wajah. Biarkan selama 20 minit baru bilas muka dengan air bersih. Lidah buaya ni juga bagus untuk membantu masalah kulit yang berminyak pada muka.

Cara 9
Buat jus lemon dan terus sapukan pada muka juga boleh membantu merapatkan liang pori. Biarkan dalam 20 minit barulah boleh bilas muka dengan menggunakan air sejuk. Lemon bukan untuk kecilkan pori saja tapi dia juga bagus untuk menegangkan kulit wajah dan baiki bintik hitam pada kulit muka.

Cara 10
Sapu madu dan yogurt bersama pada wajah dan biarkan selama 20 minit baru boleh bilas bersih muka dengan air sejuk. Amalkan tiap hari pasti boleh membantu mengecilkan liang pori-pori pada muka anda! 



Paling penting adalah anda rajin dan konsisten menggunakannya setiap hari untuk kesan terbaik. Boleh pilih dan cuba cara mana yang mudah untuk dibuat untuk mengecilkan liang pori kat muka. Selamat mencuba!