19 December 2018

Amalkan 10 Tips Ini Untuk Awet Muda Dan Kekal Cantik Selalu


Amalkan 10 Tips Ini Untuk Awet Muda Dan Kekal Cantik Selalu 

Kita semua nak nampak muda dan cantik setiap masa, tapi bagaimana?

Ya kita tak boleh nak berhentikan proses penuaan, tapi dengan menggunakan cara yang betul anda pasti boleh melambatkan penuaan untuk kekal awet muda dan cantik selalu. Amalkan tips awet muda ini setiap hari agar anda kekal cantik.


10 Tips Untuk Awet Muda Dan Kekal Cantik
Ada cara dan tips berkesan yang boleh anda amalkan untuk kekal muda dan cantik sihat sentiasa. Anda boleh amalkan beberapa tips ini setiap hari.

1-Jangan ambil gula!



Sebaiknya anda cuba kurangkan pengambilan gula atau berhenti terus mengambilnya. Anda pasti sudah sedia tahu yang gula bukan saja boleh meningkatkan paras gula dalam darah, tapi juga boleh mempercepatkan penuaan kulit. Lebihan gula terutama glukosa dan fruktosa boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi pada kolagen dan elastin. Ini yang menyebabkan kulit kurang anjal, nampak kusam, kurang berseri dan wajah kelihatan lebih tua.


2-Banyakkan minum air



Dehidrasi adalah punca utama penuaan kulit. Rajinlah minum air kerana ia sangat penting untuk melembapkan dan mengembalikan keanjalan kulit. Air juga membantu mengeluarkan toksin dari dalam badan anda. Sebaiknya minum air dalam anggaran 1.5 liter - 2 liter sehari mengikut keperluan badan anda.


3-Kurangkan stress
Apabila anda stess, paras hormon kortisol meningkat. Bila tahap kortisol tinggi, ia boleh merosakkan vitamin & mineral penting dalam badan anda, seperti vitamin B5, B6 dan vitamin C. Ini semua penting untuk kekuatan sistem imun dan kulit yang sihat. Kawal stress anda dengan melakukan aktiviti seperti yoga, bermeditasi, berjalan-jalan dan bersenam.


4-Ambil antioksidan



Setiap masa anda mudah terdedah kepada bahan kimia dan toksin yang mana ia akan menghasilkan radikal bebas di dalam sel badan dan proses penuaan berlaku lebih cepat. Untuk melawan serangan radikal bebas ini, anda perlukan antioksidan seperti vitamin A, C, E, polyphenol dan beta carotene. Antioksidan ini yang akan melawan kerosakan akibat radikal bebas dan memperbaiki sel-sel. Anda boleh ambil antioksidan daripada sumber buah-buahan dan sayuran setiap hari.

Contohnya, vitamin C penting untuk kesihatan dan kulit. Bila makin berumur, kulit dan badan makin banyak hilang vitamin C hingga berlakunya kedutan dan bintik penuaan. Vitamin C membantu anda membentuk kolagen, yang penting untuk meningkatkan keanjalan kulit. Ambil Vitamin C Plus sebiji setiap hari sudah cukup membekalkan 500mg vitamin C untuk anda.


5-Ambil lebih protein



Protein penting untuk memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dalam badan anda. Contohnya, kolagen, salah satu protein penting dalam badan, yang akan membantu menguatkan kulit, rambut dan kuku. Pengambilan protein yang cukup setiap hari juga membantu mengurangkan kulit kusam, pucat dan melambatkan penuaan.

Jika anda mencari sumber protein yang berkualiti dan mudah disediakan, anda boleh mencuba protein ESP.


6-Produk penjagaan kulit semulajadi
Setiap yang disapu / diletak pada kulit akan masuk ke dalam saluran daran anda. Bahan-bahan kimia dan paraben di dalam produk skincare bukan sahaja meningkatkan toksin dalam badan tapi ia juga boleh mempercepatkan proses penuaan kulit, berkedut, berjerawat kulit rosak dan sebagainya.

Pastikan anda memilih produk penjagaan kulit atau skincare yang selamat dan daripada bahan-bahan semulajadi.

Youth skincare bebas daripada 1500 bahan kimia berbahaya yang banyak terdapat di dalam produk skincare yang ada di pasaran.

Formulasi Youth yang bebas daripada bahan kimia berbahaya

7-Tidur yang cukup



Semasa anda tidur, badan bekerja keras untuk membaiki dan memperbaharui sel-sel serta menyingkirkan toksin dari dalam badan. Apabila anda kurang tidur, ia menganggu hormon pertumbuhan badan (hormon penting untuk anti-aging) dan mengurangkan kolagen! Tanda-tanda kurang tidur – kedutan, eyebag, mata sembap dan sebagainya.

Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup setiap malam! Paling baik tidur sebelum jam 11 malam. Sapukan krim malam, Advanced Renewal Night Cream untuk membantu menggalak pembaharuan sel kulit semasa anda tidur dan meransgang penghasilan koalgen.


8-Makan lebih lemak!



Lemak apa? Lemak baik iaitu asid lemak omega 3 (lemak yang tak boleh dihasilkan sendiri oleh badan anda). Asid lemak omega 3 penting untuk kesihatan jantung, keseimbangan hormon dan anti-radang. Dan ini penting untuk melambatkan penuaan dan mencegah penyakit.

Sumber makanan yang kaya dengan omega 3 – avocado, ikan, kekacang, minyak kelapa, minyak zaitun dan satu lagi suplemen Omega 3.


9- Lindungi kulit dari matahari
Tahu tak? Terdedah lama kepada cahaya matahari setiap hari boleh membawa kepada risiko kanser kulit, jeragat dan mempercepatkan penuaan kulit.

Kajian terkni yang diterbitkan oleh Jurnal Dermatology Surgery mendapati pelindung matahari bukan sahaja untuk melindung kulit, ia juga boleh melambatkan tanda-tanda awal penuaan.


Sebaiknya pakai pelindung kulit setiap hari untuk melindungi kulit dari sinar UV matahari. Pilih pelindung yang ada fungsi melindung kulit dari UVA dan UVB dengan spf 30 ke atas. Anda boleh gunakan Youth Aged Defense Moisturizer SPF 50 setiap hari yang sesuai dengan cuaca panas di Malaysia.


10- Ambil Polifenol
Polifenol paling banyak dijumpai dalam tumbuhan berwarna gelap seperti anggur dan elderberry. Ia penting untuk melindungi sel-sel tubuh badan dari kerosakan olah radikal bebas dan melambatkan serta memberi pelidungan terhadap penuaan sel.

Anda boleh juga mengambil VIVIX yang kaya dengan polifenol semulajadi yang terbaik untuk melindungi dan memperbaiki DNA pada peringkat sellular. VIVIX juga 10 kali ganda lebih berkuasa daripada resveratrol sahaja dalam usaha memperlambatkan penuaan sel dan mencegah kanser.

Vivix Shaklee

Berita baik untuk anda! Ada Promosi Youth & Vivix sekarang!



Kesimpulan, rajinlah amalkan tips-tips ini untuk awet muda dan sihat. Pilihan di tangan anda. Ada berbagai cara anda boleh buat setiap hari.



Cara nak order produk Shaklee?
Anda boleh hubungi saya, Gee terus di 013-5707812. Atau klik di sini >> Whatsapp 

Gee @ Nurziana Yunus
Pengedar Aktif Shaklee
013-5707812




0 comments:

Post a Comment