Ketahui 5 Cara Toksin Masuk Ke Dalam Badan Yang Ramai Tak Tahu


Ketahui 5 Cara Toksin Masuk Ke Dalam Tubuh Badan Anda Yang Ramai Tak Tahu



Apakah toksin sebenarnya?
Toksin ialah bahan-bahan beracun yang ada dalam badan yang mana ia tidak memberi manfaat kepada kesihatan badan.

Toksin ini boleh datang dari pemakanan harian yang kita ambil. Contohnya sayuran yang ada semburan racun, ayam yang disuntik, klorin dalam air, kuman dalam makanan yang tidak kita sedar, perubahan genetik pada sayuran dan buah-buahan. Semuanya boleh menjadi toksin bila masuk dalam badan kita.

Selain itu, persekitaran juga boleh menyumbangkan toksin seperti asap rokok, asap kenderaan, jerebu dan kebakaran.

Nak tau tak?
Toksin ini semua boleh terkumpul di dalam sistem badan kita pada setiap masa.

Bagaimana toksin boleh berkumpul masuk ke dalam badan?
Ada beberapa cara toksin boleh masuk ke dalam badan kita.

5 Cara Toksin Masuk Ke Dalam Badan Yang Ramai Tak Tahu

1-Makanan


Makanan ni yang paling mudah dan senang toksin masuk badan. Kebanyakan ramai antara kita suka makanan yang diproses, yang ada bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan termasuklah racun serangga.Tapi semua ini memang banyak terdapat di dalam hidangan makanan harian kita dan ini yang menyebabkan kita mudaj terdedah kepada bahan kimia dan toksin. Tapi semua makanan macam ni sedap kan?

2-Air


Air paling mudah masuk ke dalam badan kita. Yang paling biasa dan paling dekat dengan kita sudah pastilah air paip. Air paip ada kandungan bahan kimia yang berbahaya dan boleh memberi kesan kepada kesihatan seperti membantutkan tumbesaran dan kerosakan organ dalam badan. Pencemaran ke atas air seperti hujan asid, sisa dari pencemaran tanah, dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran juga boleh meyebabkan air tercemar.

3-Udara
Pencemaran udara yang selalu berlaku sudah pastinya jerebu. Jerebu boleh meningkatkan lagi risiko rakyat Malaysia diserang penyakit seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.

4-Tubuh Badan Kita sendiri
Sebenarnya tubuh badan kita sendiri jugaboleh menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja seharian atau senaman serta aktiviti lain, badan juga akan turut mengeluarkan toksin. Ditambah dengan tekanan dan bebanan ini boleh menyebabkan tubuh badan kita menghasilkan toksin.

5-Gaya Hidup / Rutin Harian


Toksin juga kita boleh pilih sendiri! Contohnya rokok, alkohol dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara yang ramai kita amik. Dan ini semua boleh menyebabkan toksin menjadi lebih banyak dari yang sedia ada.


Dah tahu cara bagaimana toksin masuk ke dalam badan kita kan? Sebenarnya toksin ini memang setiap masa boleh masuk ke dalam badan kita. Tambah lagi dengan amalan gaya hidup dan persekitaran kita sekarang yang kurang sihat. Tapi yang paling utama adalah pemakanan harian yang kita makan.


Apa jadi bila kita tak buang toksin dalam badan?? 

Itu sebabnya kena buang toksin ini setiap hari. Salah satu caranya ialah dengan membuat detoks.


Dah baca?

7 Tanda Badan Bertoksin

Agen Detox Terbaik




Hubungi Gee untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .

Nurzhiana Mohd Yunus
Pengedar Aktif Shaklee
Suka Berkongsi Info Kesihatan & Kecantikan
Whatsapp 013-570 7812
Telefon 013-570 7812


TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :))



Post a Comment

0 Comments