7 Tanda Badan Bertoksin | Cara Mencegah Toksin


Kenali tanda badan kita bertoksin dan cara untuk mencegah toksin.




Apakah Toksin?

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh dan ia boleh melemahkan fungsi / sistem tubuh serta kesihatan. Toksin boleh didapati daripada makanan atau produk penjagaan diri.


Tahukah anda? Terdaoat 2 jenis toksin sebenarnya. 

Toksin luaran (Eksototoksin) - daripada makanan segera, makanan yang ada pengawet, makanan yang kita oanggang, dan kimia seperti racun serangga, kosmetik dan bahan2 kimia yang ada dalam sabun pencuci, bahan peluntur dan bahan pewarna

Toksin dalaman (Endotoksin) - ia melibatkan emosi, tekanan dan kotoran yang tersumbat di dalam usus kita



7 Tanda badan kita bertoksin:
  • Rasa letih yang berterusan- tanda2 tubuh mengandungi toksin apabila kita cepat berasa letih walaupun tidak melakukan kerja2 berat / kuat termasuk bersenam
  • Sembelit- paling biasa berlaku apabila jarang membuang air besar / najis menyebabkan toksin gagal disingkir sepenuhnya
  • Berat badan bertambah - selalu bersenam tapi berat badan bertambah? ini antara petanda fungsi hormon dalam badan terganggu akibat toksin
  • Nafas berbau - kebersihan gigi & mulut sering dijaga tapi masalah nafas berbau masih lagi ada.. masalah ini biasa berkaitan dengan sisten penghadaman dan salah satu tanda hati sedang menyingkir toksin dalam badan
  • Sakit otot - sakit pada bahagian otot, sendi, jejari dan kaki juga antara tanda2 kehadiran toksin di kawasan terbabit
  • Reaksi kulit - tanda2 seperti jerawat, ruam, mata sembab dan ekzema menunjukkan badan sudah terlebih toksin ! (perlu segera detox)
  • Aroma wangian - apabila menghidu bau wangian kepala berasa sakit serta-merta menunjukkan badan sedang berperang dnegan toksin yang terlebih di dalam badan


sumber dr sini :)

Jenis bahan yang menyumbang kepada penghasilan toksin dalam badan kita.

Sumber toksin 



Bagaimana cara untuk mencegah toksin dalam badan?
  • Elakkan air daripada botol plastik kerana ia mengandungi BPA
  • Berhenti makan makanan dalam tin walaupun ia organik kerana ia mengandungi BPA yang boleh mengeluarkan radikal bebas 
  • Gunakan bahan kosmetik yang hanya mengandungi bajan semulajadi bukan bahan yang tidak boleh di mkanan apatah lagi disapu pada kulit atau tubuh
  • Sebaiknya menggunakan pembersih rumha yang diperbuat daripada bahan2 semulajadi
  • Pastikan gigi tidak ditampal dengan merkuri perak kerana ia boleh menganggu sistem pertahanan tubuh
  • Berhenti makan makanan yang diproses secara genetik
  • Berhenti menggunakan bahan terlarang
  • Kurangkan tekanan / stress
  • Faham ubat yang diberi oleh doktor dan kesan sampingan daripadanya
  • Kenal pasti makanan yang anda alah kerana ia boleh menyebabkan radang pada usus
  • Kurangkan lemak berlebihan 
  • Besenam 
  • Pastikan membuang air besar setiap hari 
  • Mendapat tidur yang cukup

Rupanyan ada banyak juga cara untuk mencegah toksin kan? Bila dah tahu cara mencegah jadi lagi mudah untuk kita elak toksin masuk badan.



Sekarang kita dah tahu kan apa tanda bila badan ada toksin dan juga cara-cara untuk mencegah toksin ni dari masuk badan kita.



Baca juga;

4 Organ tubuh yang melakukan detox tiap hari

5 cara toksin masuk badan

Kebaikan detox untuk kulit muka dan badan





Hubungi Gee untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus

Shaklee Independent Distributor - ID 1085116

Whatsapp 013-570 7812

Telefon 013-570 7812


TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :))




Post a Comment

0 Comments