07 October 2019

Bagaimana Shaklee Mengubah Hidup Saya


Saya bukan yang seperti dulu lagi. Sajalah nak imbau kenangan lama Gee dulu sebelum kenal Shaklee.



Gee join Shaklee ni dulu mula-mula sebab Vitamin C. Sebab obses nak cantik masa tu. Ingat lagi dengan kawan sama UPM, Syu kita orang carik vitamin C apa yang bagus untuk kulit. Al maklumlah studen zaman muda remaja tu obses carik yang bagi kulit cantik. Gee buatc carian masa tu jumpa lah Vitamin C sebab ramai dok komen bagus. Apa lagi terus order lah.

Tu lah kisah lama dulu.


Syukur buat bisnes Shaklee masa habis belajar 

Bila habis jer belajar kan, mestilah semua berebut nak cari kerja yang bagus. Ingat lagi Gee dulu macam-macam isi sana sini cari kerja. Tapi tak ada panggilan pun. SPA pun sama. Mungkin bukan rezeki Gee kat situ kan.

Tapi zaman sekarang ni memang ramai juga menganggur dan masih tunggu panggilan kan.

Cuma syukurlah Gee masa tu dah join Shaklee dan terus serius nak baut bisnes Shaklee. So Gee taklah duduk rumah tak buat apa. Sekurangnya masa tu Gee dah ada rancangan untuk buit duit tambahan melalui bisnes Shaklee.

Cuba bayangkan jika Gee dulu tak buat bisnes Shakee, lepas tu tak dapat kerja lagi dan masih menganggur dan macam-macma orang tanya, mesti gelebah, sedih, risau dan stress kan??

Sebab tu bila ada yang tanya graduan U, tapi tak dapat kerja kerajaan lagi Gee tenang saja dah sekarang. Sebab Gee dah ada income stabil dengan Shaklee. Yang penting duit masuk biarlah orang kata apa kan?

Jadi, Gee cadangkan baiklah kita buat sesuatu yang boleh menambah pendapatan kita. Tak kisahlah kerja gomen ke, kerja swasta ke atau buat bisnes ke.


Bisnes Shaklee Bisnes Bertaraf Tinggi 

Nak tau tak bisnes Shaklee ini tak sama macam MLM lain. Gee tengok setiap event atau majlis dia mewah-mewah jer semua.

Bukan mewah pakai baju lawa dan keta bersar tapi sebab event dia kat tempat grand, jika makanan minuman semua mewah macam kat hotel 5-6 bintang. Jika join trip Shaklee juga semua best dia bagi baik dari segi hotel, makanan, tempat, siap bagi goodies lagi tu. Semua best lah.


Apa pula perubahan pada diri Gee lepas join Shaklee ini? Bagaimana hidup saya berubah dengan Shaklee.?


1. Berani Pasang Impian 

Serius dulu sebelum kenal Shaklee, tak ada pun Gee fikir pasal impian ni semua. Jika ada masa kecik dulu pun teringat nak jadi arkitek. Haha. Angan-angan nakk pergi umrah dan haji tu ada tapi cuma cukup setakat tu sajalah.

Tapi bila Gee dah buat Shaklee ni, Gee dah mula berani pasang IMPIAN. Gee belajar semua macam mana kita nak bina impian kita. Mentor Gee ajar kita kena ada impian baru kita lebih jelas dengan tujuan hidup. Baru lebih fokus nak buat apa semua.

Tiap impian Gee tulis dan tampal. Siap ada tarikh lagi bila. Nampak kan impian Gee lebih fokus, lebih jelas. Lebih semangat lagi.


2. Lebih dekat dengan Allah

Ok ini perkara paling best bila Gee mula buat bisnes. Mentor dan semua ahli grup tu banyak sharing pasal amalan rohani. Kita kena dekatkan diri dengan Allah  sebab Allah yang Maha pemberi rezeki. Memang banyak lah ilmu baru dapat. Antaranya:
  • mula jaga solat lima waktu 
  • mula solat awal waktu (kalau dulu akhir waktu juga ada dan rasa malas nak solat pun ya)
  • mula rajin membaca Al quran
  • mula rajin berzikir (ni memang dulu tak ada buat pun yang ada setakat selawat dan istigfar)
  • mula rajin buat solat sunat

Pendek kata Gee lebih dekat pada Allah dan tak fokus hal dunia semata. Satu lagi yang best, adik dan ahli keluarga Gee juga turut join sama. Sebab dorang engok Gee buat hari-hari kan. Contoh, kami sekeluarga mula solat awal waktu, membaca al-quran dan solat sunat terutama solat hajat dan taubat.


3. Mula yakin diri dan lebih bersemangat

Ini paling ketara jugak berubah. Gee rasa lebih yakin pada diri dan lebih bersemangat. Salah satu sebabnya Gee lebih jelas dengan tujuan hidup sebab ada matlamat jelas.

Bila ada rakan-rakan dan group Shaklee share pengalaman, masalah dan kejayaan hidup dorang, ini juga buat Gee bertambah lebih bersemangat dan nak lagi berjaya dunia akhirat. Jadi tak mudaah putus asa.

Gee juga dah lebih positif berfikir, kurang bersangka buruk. Sentiasa galak diri untuk fikir dan cakap baik-baik.


4. Belajar Pelbagai Ilmu

Dalam bisnes Shaklee ini, Gee dapat macam-macam jenis ilmu. Terutama bab leadership lah. Didik kita macam mana nak jadi leader, nak guide anak-anak bisnes, macam mana nak consult customer, dan macam-macam lagilah.

Ilmu blog, ilmu instagram dan ilmu sharing di FB juga semua kami dapat percuma sahaja hanya di Shaklee. Tak perlu bayar nak dapat ilmu. Semua mentor baik hati berkongsi ilmu.


5. Mula bersedekah

Tau tak dulu Gee tak berapa bab sedekah ni. Sentiasa fikir takda duit cukup lagi nak sedekah. Berkira-kira nak sedekah.

Tapi sejak Gee buat bisnes Shaklee ni lama-lama Gee berjaya didik diri untuk bersedekah setiap hari. Mula-mula buat sebab terpaksa sebab nak sales tapi lama-lama dah macam jaddi rutin. Mesti akan teringat aku dah sedekah belum arini.

Sama jugak dengan zakat, Gee dah mula rajin bayar zakat setiap bulan. Zakat ni boleh bantu kita bersihkah harta atau bagi perniagaan kita lebih berkat.


6. Kesihatan Bertambah Baik

Yang ini paling ketara berubah lah. Lagi-lagi kita menjual supplemen ni memang kesihatan akan makin bertambah baik.

Dan bila Gee mula amal supplemen dulu, Gee juga dah mula amalkan gaya hidup dan makan minum lebih sihat. Paling berubah skali Gee dah kurang makan yang manis macam coklat dah kirang, air bergas dah tak minum boleh kira masa raya jer tu pun sikit minum, susu junjung tak amik dah, yang minuman 3 in 1 kat rumah pun dah tak ada dah.

  • Apa saya dapat dari program detox SHaklee (coming soon gee tengah buat sekarang ni)


Saja share gambar Gee dulu dan sekarang. Ni Gee jumpa kat FB. Kat telefon hilang dah sebab tukar hp lain. Nasib baik ada FB.

Gambar dulu dan sekarang hihi

7. Rajin Membaca

Satu lagi nak tambah, sejak berShaklee Gee dah mula rajin membaca bab-bab kesihatan. Mula cakna bab kesihatan. Mula amik tahu. Jika dulu tak pandang pun bab kesihatan ni. Asyik banyak baca noel cintan cintun jer dulu. Haha.




Alhamdulillah, secara keseluruhan hidup Gee dah banyak berubah. Baik dari segi rohani dan fizikal. Syukur sangat dapat kenal Shaklee ni dan lagi best dapat bersama team S2IFamilies yang dah berjaya melahirkan ramai leader Shaklee yang hebat juga. Ini sebagai inspirasi buat Gee untuk lebih berjaya dunia akhirat!







Berminat untuk join Shaklee boleh menghubungi saya terus di sini;

Rakan Shaklee Anda,
Nurzhiana bt Mohd Yunus (Gee)
SMS/WhatsApp :+60135707812
FB Page: 
Ziana Enos Dot Com
Personal FB : 
Ziana Eunos
Instagram: 
@zianaeunos.co




Saya ialah Gee yang juga merupakan pengedar aktif Shaklee yang jujur dan amanah sejak 2015, serta berusaha untuk membantu meningkatkan kesihatan anda. Hubungi saya terus agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda untuk hidup lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang betul dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda KHAS untuk CUSTOMERS saya sahaja!


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat nak menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, VICTORY EMPIRE TEAM yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.




3 comments:

  1. sepupu shu pun ada join Shaklee ni. dan alhamdulillah menjadi suri rumah sepenuh masa sambil berniaga online..

    ReplyDelete