19 April 2020

Kurangkan Gula untuk Usaha Lawan Coronavirus


Apakah Gula sebenarnya? 




Gula adalah karbohidrat ringkas yang memberi sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Ia boleh didapati dalam makanan yang ada karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi.

Gula juga ada dalam buah-buahan tapi ia dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.

Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.

Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar .

(sumber: http://www.myhealth.gov.my/fakta-mengenai-gula/)


Rupanya banyak makanan yang ada gula. Sebab itu kita perlu berhati-hati.

Gula juga perlu dikurangkan pengambilan dalam makanan harian kita terutama waktu sekarang wabak coronavirus covid-19.


Apa sebab perlu kurangkan gula untuk melawan coronavirus??

Gula adalah makanan kepada kuman. Bila gula yang diambila secara berlebihan boleh merosakkan pencernaan, dan ia merupakan pusat imuniti badan. Imuniti badan perlu kuat untuk melawan virus.

Bila banyak makan makanan bergula, badan juga mudah untuk dapat masalah angin, badan jadi lemah dan sensitif.

Gula jika diambil berlebihan juga boleh menyebabkan sistem imun menjadi hyperaktif dan badan menjadi sensitif. Apabila imun terlalu aktif, kesannya kahak menjadi banyak dan paru-paru sempit.

Gula yang berlebihan berisiko untuk mendapat keradangan berterusan. Apabila radang berterusan ini akan mengurangkan pengaliran darah ke seluruh badan. Darah ini yang membawa oksigen dan nutrien ke sel badan.

Badan menjadi lemah sebab tak cukup oksigen dan nutrien. Proses pemulihan badan menjadi lambat. Bila diseran virus badan tak kuat dan lebih sukar atau lambat nak pulih.


Oleh itu, kita perlu mengurangkan gula dalam makanan dan minuman kerana ia amat membantu pemulihan badan, mencegah pembiakan kuman dan meningkatkan daya tahan badan untuk melawan sebarang virus.






5 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian Ziana.. betuul gula adalah punca hampir segala penyakit. termasuk lah darah tinggi yang orang duk kata punca datang dari garam.tp sebenarnya ia juag disebabkn oleh gula.

    ReplyDelete
  2. Korea rasanya mengamalkan less sugar. Pernah rasa makanan dari korea. Tawar. Hehee

    ReplyDelete
  3. bagusnya sharing ni! Baru tahu gula berlebihan boleh kurangkan imun badan. Memang jarang minum air manis.

    ReplyDelete
  4. Gula memang tak baik untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  5. Betul. Gula memang tidak baik untuk kesihatan.

    ReplyDelete