07 August 2021

3 Tanda Sistem Imun Kuat


Tanda sistem imun kuat

Imun sistem yang kuat merupakan kunci utama untuk mendapat kesihatan yang baik. Lagi-lagi dengan pendemik covid-19 yang tengah melanda dunia sekarang memang semua digalakkan untuk sentiasa menjaga sistem imun kuat dan berfungsi dengan baik.

Apakah tanda sistem imun yang kuat?

1. Lebih cepat sembuh dari demam dan selsema

Pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat, cukup minum air putih dan tidur yang cukup antara faktor penyumbang kepada sistem imun yang kuat. 

Tapi yang paling utama pastinya berapa cepat tempoh untuk sembuh bila badan jatuh sakit. Adakah simptom akan berlarutan beberapa hari atau minggu? Jika terlalu lama itu menunjukkan sistem imun dalam keadaan lemah.

Vitamin C untuk demam dan selsema


2. Kesihatan usus yang baik

Tahu tak hingga 80 peratus sistem imun berada dalam usus? Sebab itu penting untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman yang baik agar sistem imun dapat berfungsi dengan baik. 

Bakteria baik dalam usus kunci untuk sistem imun kuat. Rajinlah memakan makanan yang ada berkhasiat termasuk makanan prebiotik yang akan membantu menambah baik kesihatan usus. 

Apa itu prebiotik dan kebaikan prebiotik untuk kesihatan


3. Luka lebih cepat sembuh

Tanda sistem imun kuat dan berfungsi dengan baik apabila ada terluka atau terkena jangkitan lebih cepat sembuh dan tiada gejala lain yang berlarutan. 

Terdapat 4 tahap dalam proses penyembuhan dan semuanya bergantung kepada sel-sel imun dan sel yang lain berfungsi dengan optimum. 


Jagalah sistem imun badan dengan baik. Amalkan pemakanan sihat, kawal stres dengan baik, tidur yang cukup dan rajin minum air kosong bagi memastikan antibodi badan sentiasa kuat. 


Baca juga:

Punca dan sebab sistem imun lemah

Makanan terbaik kuatkan antibodi badan

Cara sistem imun bekerja melindungi badan

Set Imun bantu pesakit positif covid




2 comments:

  1. Alhamdulilah.... klu dapat tubuh badan yang sihat kan :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Maksudnya imun badan saya kuat dah sekarang

    ReplyDelete