Jenis Kayap dan Cara Rawatan

Jenis-jenis kayap dan cara merawatnya. Kayap disebabkan oleh virus Varicella Zoster, virus sama yang menyebabkan chicken pox. Jadi, sesiapa yang ada kena chicken pox berisiko untuk kena kayap.

Jenis Kayap dan Cara Rawatan

Kenapa? Sebab kemungkinan virus masih ada dan tak aktif. Tapi bila badan bekas pesakit chicken pox mempunyai sistem imun yang lemah , virus boleh aktif lagi dan jadilah kayap.

Jenis-jenis Kayap

  1. Kayap ular
  2. Kayap setompok
  3. Kayap air
  4. Kayap bunga
  5. Kayap di muka
  6. Kayap kucing 
  7. Kayap tapak anjing 
kayap setompok
kayap setompok

kayap ular
kayap ular

Paling kerap berlaku kayap jenis ular dan kayap setompok sering terjadi. Kayap jenis ular berlaku kerana virus yang dah aktif tadi bergerak pada laluan saraf di kulit kita dan terjadinya lepuhan dan kayap. Sebab itu kita akan nampak seperti ular kerana ia bergerak di sepanjang saraf kita. 

Kayap juga boleh muncul di mana-mana bahagian badan kita. 

  • Di muka termasuk telinga, mulut, kulit kepala. 
  • Di kawasan mata, kayap boleh menutup kelopak mata, dahi, hidung. Jika dibiarkan atau lambat dirawat boleh membuatkan kerosakan kekal atau parut.
  • Di belakang badan, bahagian bawah belakang badan dan di sisi pinggang jua boleh kena kayap.
  • Di punggung, kayap boleh menjejaskan bahagian satu punggung kita. Boleh menyebabkan ruam, lepuh atau rasa sakit dan ini menyebabkan kita sukar nak duduk.

Bila baca balik semua kat atas ni, seram juga kan bila kena kayap. Sebab tu kita kena rawat dengan segera jika ada tanda-tanda kayap. 


9 Cara Rawatan Terbaik untuk Kayap

1. Paling utama jika ada tanda kena kayap segeralah berjumpa doktor. Jangan dibiarkan kerana kayap ini bahaya, virus dia boleh masuk saraf dalam badan kita. 

2. Rajin mandi. Tujuan untuk membersihkan lepuhan kayap dan kurangkan risiko berjangkit di tempat lain atau dengan orang lain. Boleh mandi guna air sejuk untuk melegakan rasa sakit dan gatal akibat kayap. Satu lagi boleh tambah shower dettol ke bagi kurangkan dan melawan virus kayap tu tersebar tempat lain. Pastikan lepas mandi keringkan badan segera untuk elak ia tersebar.

3. Rendam kain yang bersih dengan air bersih atau sejuk dan sapukan pada ruam atau lepuhan kayap tadi untuk kurangkan rasa sakit.

4. Guna losyen atau krim untuk disapu pada ruam, lepuhan kayap atau bekas kayap yang berkulit dan kering serta gatal-gatal. Ingat tau, losyen atau krim tak cepatkan penyembuhan tapi sekurangnya boleh bantu kita melegakan rasa tidak selesa pada kulit. Pilih losyen yang sesuai. Macam Gee suka guna Herbal Blend krim, dari bahan semulajadi, selamat dan bebas paraben. Satu badan boleh sapu.

5. Pakai pakiaan yang longgar agar lebih selesa. 

6. Buat aktiviti yang korang suka seperti tengok movie, membaca buku atau novel, dengar lagu atau bacaan al-quran ke, atau berborak dengan keularga dan kawan-kawan. Tujuan dia untuk tenangkan diri korang dan elak jadi lebih stress. Bila makin stress, boleh beri kesan pada sistem imun badan jadi lemah. Jadi, kena jaga emosi sentiasa masa kena kayap tau.

10 Kesan Stress Kepada Kesihatan Badan

Vitamin Untuk Kawal Stress dan Emosi

7. Usaha untuk tingkatkan sistem imun badan kita. Sebab punca utama kayap ni bila sistem imun kita lemah, virus akan aktif. Jadi, paling baik kuatkan sistem pertahnan badan untuk melawan segala virus dalam badan kita.

Boleh ambil makanan yang tinggi antioksidan untuk mantapkan lagi sistem imun kita. Contohnya makanna yang tinggi dengan vitamin A, vitamin B, C, E, asid amino, omega 3, polifenol, zink. 

  • sayuran berdaun hijau
  • buah warna oren dan kuning
  • telur
  • ayam
  • tomato
  • bayam
  • avocado
  • anggur

Masa korang kena kayap, pilih makanan yang sihat dan tinggi antioksidan bagi bantu percepatkan proses penyembuhan dan sistem imun badan dapat berfungsi lebih baik untuk lawan virus kayap tadi.

8. Cadangan tambahan ambil suplemen untuk tingkatkan sistem imun badan dengan lebih baik dan lebih cepat. Antara suplemen yang bagus untuk mantapkan sistem imun,

  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Vitamin D
  • Zink
  • Polifenol
  • Nutriferon
Bawah ni Gee bagi set cadangan untuk kayap. Boleh cuba ikhtiar ambil jika ada kena kayap. Yang penting mesti rajin ambil suplemen ni setiap hari. Supaya badan dapat berfungsi dengan baik dan bila imun badan kita lebih kuat, dapat melawan virus kayap itu tadi. 

Set Kayap Shaklee

Set Kayap Shaklee

9. Berhenti merokok. Jika ada kena kayap korang kena segera berhenti merokok sebab rokok boleh menganggu sistem imun badan kita. Suka Gee nak ulang balik, untuk lawan virus kayap, kita mesti kuatkan sistem pertahanan badan. 


Artikel berkaitan:












Berminat untuk dapatkan suplemen Shaklee untuk kayap, anda boleh terus hubungi Gee di 013 570 7812 atau klik gambar untuk pautan segera whatsapp.
 
Vitamin B Shaklee untuk stress


Rujukan:

https://www.healthline.com/health/shingles-natural-treatment

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/shingles/shingle-self-care-tips



Post a Comment

12 Comments

  1. Pernah ada pengalaman kena kayap ni
    Sakitnya memang bukan kepalang

    ReplyDelete
  2. alamak.. takut tengok kayap tu. Arwah adik dulu pernah kena pun demam teruk. and baru tau vivix tu bagus yer kalau kena kayap.. ok .. noted.

    ReplyDelete
  3. Baru tahu ada 7 jenis kayap rupanya. Takut tengok gambar tu. Memang kena buat langkah berjaga-jaga camni

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Meremang bulu roma tengok kayap.sakit ye kayap ni. Semoga dijauhkan dari segala penyakit. Aamiin

    ReplyDelete
  6. Ohh my....this disease is scarry, thanks for sharing this useful info here, learnt them now. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. Baru ni suami naik tanda macam ni... Risau dah... Nasib pergi klinik doktor cuma kata alergik je... Kalau kayap ni ambil masa juga nak sembuh...

    ReplyDelete
  8. Kayap ni bahaya .. kena juga amalkan pemakanan yang boleh merawat dari dalam

    ReplyDelete
  9. Mak pernah kena kayap ular ini. Kasihan sangat, gatal panas badan tak tau nak cakap. Alhamdulillah, cepat jumpa ubat yang serasi. Masa jumpa doktor, memang ada beritahu imun dalam badan yang melemah pun salah satu puncanya.

    ReplyDelete
  10. Suami Pernah kena Kayap ni, kesian tak boleh nak tidur ... Terima sharing nnt kalau kena lagi dah ada tpt rujukan

    ReplyDelete
  11. Tak pernah kena. Tapi selalu gak jumpa orang yang kena kayap ni. Dengar pengalaman diorang, memang sakit.

    ReplyDelete