6 Tips Kerja Dari Rumah Tahun 2023

Tahun 2023 antara tahun paling mencabar buat kita semua selepas pendemik melanda dunia 2 tahun lepas. Tambah lagi dengan keadaan ekonomi sekarang, semua orang pasti mencari pelbagai cara untuk menjana pendapatan tambahan. 

6 Tips Kerja Dari Rumah Tahun 2023

Kalini Gee nak kongsikan 6 tips untuk kerja dari rumah yang boleh dibuat dan dipercayai.

1. Disiplin
Paling penting kena ada disiplin. Bekerja dari rumah ini mencabar. Ada banyak benda yang kita buat terutama ibu-ibu yang dah ada anak dan tanggungjawab pasti lagi mencabar. Contoh sedia jadual supaya kerja lebih teratur.

2. Sedia tempat bekerja
Sama seperti orang lain keluar bekerka ada pejabat khas, begitu juga kita di rumah. Sedia satu tempat khas untuk bekerja atau untuk letak barang-barang bisnes online yang kita buat. Ini penting untuk elak diganggu bila masa untuk fokus bekerja.

3. Didik ahli keluarga untuk faham
Pastikan ahli keluarga seperti suami, anak-anak faham kita ada tugas lain selain buat kerja rumah. Bagi mereka faham kita ada buat bisnes online sebagai contoh.

4. Sediakan rutin harian
Bila ada rutin atau to do list kita akan dapat buat kerja dengan lebih baik. Rutin penting untuk membantu kita dapat buat semua tugasan harian dengan lebih teratur, tenang dan seronok.

5. Ada matlamat dan target
Penting untuk ada matlamat atau sasaran bila buat sesuatu kerja atau bisnes. Ini boleh membantu kita lebih fokus dan lebih semangat nak buat.

6. Pilih kerja atau bisnes online yang sesuai
Ada yang suri rumah atau dah bekerja pun sekarang ini tetap juga buat bisnes untuk menambah sedikit sebanyak pendapatan. Di sinilah penting untuk memilih bisnes yang sesuai, risiko rendah dan tak perlu keluar duit modal banyak. Betul tak?

Contoh macam Gee sendiri yang memang bekerja dari rumah dan sedang buat bisnes Shaklee.

Kenapa bisnes Shaklee sesuai buat dari rumah?
  1. Modal rendah Rm35 atau percuma.
  2. Risiko rendah.
  3. Produk yang sentiasa ada permintaan bukan bermusim. Sebab suplemen setiap masa orang perlu untuk kesihatan.
  4. Tak perlu ada stok.
  5. Boleh buat oder online dan pihak Shaklee akan uruskan penghantaran barang.
  6. Tak perlu risau packing barang.
  7. Tak perlu nak sewa kedai.
  8. Fokus buat marketing secara online.
  9. Marketing juga percuma maksudnya boleh guna media sosial yang ada seperti facebook, instagram, tiktok atau whatsapp.
  10. Boleh belajar atau ada kelas online. Tak perlu risau nak meeting keluar.

Itulah tips-tips yang boleh Gee kongsikan untuk membantu anda bekerja dari rumah dengan lebih baik. Yang penting pilihlah kerja atau bisnes yang sesuai.


Baca juga: 


Tips kerja dari rumah dengan produktif



Bagi yang berminat nak cuba buat bisnes Shaklee boleh terus hubungi Gee. Gee sedia membantu anda. Boleh klik gambar untuk pautan whatsapp. 
 
Boleh hubungi Gee terus atau klik gambar untuk pautan whatsapp. Gee akan bantu bagi yang berminat nak dapatkan kulit sihat dengan set kulit shaklee ini.   Set Rahmah Shaklee



Post a Comment

0 Comments