10 Makanan Terbaik Untuk Sendi Dan Tulang Yang Sihat

Makanan terbaik untuk sendi dan tulang yang sihat. Salah satu cara untuk menjaga kesihatan sendi dan tulang ialah dengan mengambil makanan yang sihat dan bagus untuk tulang. Sebab itu penting memilih makanan yang boleh menghalang keradangan pada sendi dan memberi keselesaan semula jadi untuk yang ada sakit sendi tulang. Untuk entri kalini Gee nak berkongsi beberapa jenis makanan yang bagus untuk kesihatan sendi dan tulang.

10 Makanan Terbaik Untuk Sendi Dan Tulang Yang Sihat


10 Makanan Terbaik Untuk Sendi Dan Tulang Yang Sihat

1. Biji dan kekacang 
Ia mengandungi asid lemak Omega-3 yang bagus untuk melawan keradangan dan membantu mengurangkannya dalam tisu penghubung dan sendi. Contohnya badam, walnut, kacang pain, biji rami dan biji chia.

Baca juga: 4 Manfaat Omega 3 untuk Kesihatan Sendi

2. Bijirin penuh
Walaupun protein dalam bijirin halus boleh mencetuskan kepada tindak balas keradangan dalam badan termasuk sendi, tetapi bijirin penuh boleh membantu mengatasinya. Antara cadangan bijiran untuk mengurangkan keradangan dan sakit sendi termasuklah oat penuh, rai, barli dan gandum.

Makanan Terbaik Untuk Sendi Dan Tulang Yang Sihat


3. Buah-buahan
Buah-buahan kaya dengan antioksidan yang boleh mengurangkan keradangan dalam badan dan ia juga dapat membantu sakit sendi. Contohnya, blueberry salah satu buah yang tinggi flavonoid. Ia boleh melawan tindak balas keradangan dalam badan. Nenas juga mengandungi unsur kuat, iaitu bromelain, bagus untuk melegakan sakit sendi termasuk arthritis rheumatoid dan osteoarthritis. 

4. Buah Citrus
Seperti buah oren, nenas, tomato yang mempunyai Vitamin C. Vitamin C ini yang akan membantu badan untuk menghasilkan kolagen. Kolagen adalah sebahagian daripada rawan, tendon dan ligamen yang melindungi sendi dan memegangnya bersama-sama. Untuk yang ada masalah sendi, rajinlah makan buah yang ada vitamin C setiap hari atau boleh juga mengambil suplemen vitamin C bersama.

Makanan Terbaik Untuk Sendi Dan Tulang Yang Sihat


5. Ceri 
Warna merah pada ceri adalah daripada bahan kimia tumbuhan semula jadi yang dipanggil anthocyanin. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ceri segar dan jus ceri tart boleh mengawal keradangan pada sendi. Beberapa kajian juga telah menunjukkan dengan mengambil buah ceri segar dapat mencegah serangan gout.

6.Coklat gelap 
Coklat gelap mengandungi antoksidan yang boleh mengawal keradangan pada sendi. Tapi pastikan memilih coklat gelap yang ada peratusan koko tinggi.

7. Halia
Ia mengandungi bahan kimia yang berfungsi sama seperti yang terdapat dalam beberapa ubat anti-radang. Halia adalah bahan utama dalam masakan Asia, tetapi boleh juga buat halia sebagai teh atau sebagai bahan dalam makanan yang dibakar.

8. Ikan air sejuk 
Ikan ini mengandungi sumber asid lemak Omega-3 yang sangat baik. Selain mengurangkan keradangan, ia juga boleh mengurangkan risiko diabetes, penyakit jantung dan keadaan kesihatan yang lain. Contohnya ikan seperti halibut, tuna, salmon atau trout ke dalam diet ataupun mengambil suplemen minyak ikan setiap hari untuk melegkan sakit sendi.

9. Kunyit 
Ia adalah makanan ruji dalam orang India. Ia kaya dengan bahan kimia yang dipanggil curcumin. Satu kajian mendapati bahawa ekstrak curcumin berfungsi sama seperti ibuprofen untuk mengurangkan sakit lutut.

10. Sayuran berdaun hijau 
Seperti kita tahu, ia kaya dengan pelbagai nutrien yang dikaitkan dengan kesihatan sendi. Ini termasuklah antioksidan seperti beta-karotena dan vitamin C. Selain itu, kangkung dan sayur kolard, juga merupakan sumber kalsium yang sangat baik untuk mengekalkan tulang kuat dan sihat. 

Makanan Terbaik Untuk Sendi Dan Tulang Yang Sihat


Tapi jika ada sakit sendi boleh ambil juga >> Suplemen Kalsium Terbaik Untuk Tulang




Rujukan:

https://vosct.com/best-foods-for-healthy-joints/
https://www.webmd.com/arthritis/features/joints-food



Post a Comment

0 Comments