4 Manfaat Omega 3 untuk Kesihatan Sendi

Manfaat Omega 3 untuk sakit sendi

Sakit sendi antara sakit yang sering berlaku dan biasanya ia kerap berlaku pada golongan yang sudah berumur. Sendi penting untuk kehidupan harian kita kerana ia membantu melakukan perlbagai pergerakan seperti memusingkan kepala, membengkokkan siku, menggerakkan pinggul, berjalan, melompat, dan apa jua aktiviti yang kita nak buat. Sebab itulah penting untuk menjaga sendi agar sihat dan berfungsi dengan baik.

Asid lemak Omega 3, lemak baik yang bermanfaat untuk kesihatan kita termasuklah untuk sendi. Bagaimana Omega 3 membantu sendi kita?
1. Mengatasi masalah keradangan sendi
Omega 3 dapat membantu keradangan pada sendi dengan;

  • Mengurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degradasi rawan yang boleh menyebabkan sendi rasa sakit.
  • Mengurangkan pengeluaran tanda- tanda keradangan yang menyebabkan keradangan.

2. Membantu mengurangkan kekejangan sendi, bengkak dan sakit
Omega 3 berkesan untuk mengawal keradangan, jadi ia berupaya untuk membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada bahagian sendi.

3. Bertindak sebagai pelincir sendi
Tahu tak? Pelincir sendi dihasilkan secara semulajadi oleh sel pelincir pada sendi kita. Salah satu cara untuk mendapatkan pelincir sendir kita boleh mengambil makanan yang ada asid lemak Omega-3.
  • Ia berfungsi sama seperti pelincir yang dipanggil cecair sinovial yang akan membantu melindungi dan melincirkan sendi.
  • Membantu pergerakan sendi yang lebih selesa.
  • Membantu sendi yang sakit dan berkeriut dapat bergerak dengan bebas.

4. Menggalak pergerakan dan kelenturan sendi
Omega-3 akan bergabung bersama dengan sel yang menghasilkan rawan sendi dan seterusnya membantu mengawal proses biasa untuk mengekalkan ketebalan tulang rawan pada sendi. Hasilnya ia membantu pergerakan dan kelenturan sendi yang lebih baik.


Ada masalah sakit sendi dan nak menjaga kesihatan sendi jangan lupa untuk mengambil makanan yang ada Omega 3 setiap hari. Sebaiknya amalkan dari masa kita masih sihat dan masih muda supaya sendi kita sentiasa sihat dan dapat bebas bergerak dengan baik tanpa sebarang gangguan atau kesakitan.

Contoh makanan yang ada asid lemak Omega 3. Bolehlah ambil setiap hari dalam menu makanan harian.

Omega 3 untuk sendi



Suplemen Omega 3 untuk kesihatan sendi boleh ambil Omega Guard Shaklee. 

Omega Guard Shaklee untuk sendi




Baca juga:

Kebaikan Omega 3 untuk kulit, rambut dan kesihatan

Kebaikan Omega 3 untuk otak kanak-kanak

Kebaikan Omega 3 untuk kurus

Kebaikan Omega 3 untuk jantung

Kebaikan Omega 3 untuk ibu hamil dan menyusu



Berminat untuk mendapatkan produk Omega Guard Shaklee untuk sakit sendi anda boleh terus menghubungi Gee. Klik gambar untuk pautan whatsapp. 





Post a Comment

0 Comments