23 July 2019

5 Cara Berkesan Merawat Dan Mengatasi Kulit Kusam


Kulit kusam terjadi apabila kulit banyak terdedah kepada sinar uv matahari, pencemaran , banyak sel kulit mati dan punca yang lain boleh lihat di sini, Punca kulit kusam dan gelap. Apabila kulit kusam, kulit muka jadi tak berseri dan nampak gelap. Apa cara terbaik untuk merawat dan mengatasi kulit kusam?




Berikut beberapa cara merawat dan mengatasi masalah kulit muka kusam.Yang kalini Gee share lebih kepada menggunakan skincare. Baca juga, merawat kulit kusam dengan vitamin .


1-Pencuci muka untuk kulit kusam
Kulit kusam sebab banyak kotoran dan minyak di muka. Pencuci muka Youth Luminous Gel Oil Cleanser adalah pencuci gabungan gel dan oil cleanser yang boleh membantu membersihkan muka dari segala kotoran yang berasaskan minyak dan kotoran biasa di muka.




Cleanser ini mengandungi ekstrak alga hijau yang berfungsi untuk membuang kotoran di muka dengan sangat lembut dan menarik segala sel kulit mati di wajah. Yang penting ia bersifat ‘soap free’ jadi ia takkan membuatkan kulit kering.


2-Toner untuk kulit kusam
Penggunaan toner adalah salah satu rutin penting dalam penjagaan kulit wajah. Toner termasuk dalam ‘exfoliating’ iaitu proses membuang sel kulit mati secara lembut. Youth Perfecting Skin Toner bertindak membersihkan sel kulit mati agar kulit tak kusam. Toner Youth ini juga ada mengandungi polifenol dan vitamin antioksidan untuk membekalkan nutrisi kulit.




Kita boleh guna toner ini setiap kali selepas membersihkan wajah dengan cleanser.

Dah baca; 5 Kepentingan Toner


3-Mask untuk kulit kusam
Penggunaan mask juga penting untuk mengatasi kulit wajah kusam. Mask ini kita boleh guna secara berkala setiap minggu. Cadangan mask yang sesuai untuk kulit kusam ialah clay mask.



Youth Purifying Clay Mask mengandungi abu gunung berapi yang bersih di Lautan Pasifik dari Pulau Jeju, Korea Selatan yang bagus untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan membantu pertumbuhan semula sel kulit yang lebih sihat. Bonus, guna clay mask juga bagus untuk mengecilkan pori-pori, mengurangkan kulit berminyak dan berjerawat.

Baca juga; 6 cara memakai clay mask yang betul


4-Moisturizer untuk kulit kusam
Penggunaan moisturizer juga penting untuk merawat kulit kusam. Youth Age Defense Moisturizer lengkap dengan SPF 50, mampu melindungi kulit wajah dari bahaya sinar matahari, UVA dan UVB. Tekstur ringan, bebas minyak dan sangat mudah meresap ke kulit wajah. Jika ada kulit kusam, moisturizer ini adalah yang paling sesuai untuk kulit anda!




5-Skrub untuk kulit kusam
Skrub juga penting untuk kulit kusam kerana ia juga mampu menyingkirkan sel kulit mati di wajah. Biasanya penggunaan skrub ini mengambil masa dan kesan selepas 4 minggu, dan juga bergantung kepada kulit masing-masing.

Skrub ini kita boleh guna 2-3 kali seminggu sahaja. Jangan kerap sangat dan terlalu kasar menggunakannya. Sebaiknya buat secara lembut.




Ok itulah 5 cara merawat dan atasi masalah kulit kusam dengan berkesan yang bolah kita amalkan. Sebenarnya cara ini lebih kepada rutin penjagaan kulit harian kita guns skincare. Kulit kusam ini tak boleh hanya bergantung pada suplemen dan vitamin saja, kena juga kita jaga luaran guna skincare untuk dapat kesan yang terbaik.





0 comments:

Post a Comment