Jul 8, 2019

9 Punca Dan Sebab Rambut Selalu Gugur


Rambut kita boleh gugur dan 100 helai setiap hari dan ini perkara biasa berlaku. Rambut boleh gugur apabila kitaran pertumbuhan rambut terganggu atau folikel rambut musnah dan digantikan dengan tisu parut. Tapi apa akan terjadi apabila terlalu banyak rambut gugur setiap masa setiap hari? Apakah punca dan sebab rambut gugur?



9 Punca Dan Sebab Rambut Selalu Gugur 

1. Sejarah keluarga / keturunan
Apabila ada ahli keluarga kita yang mempunyai masalah rambut gugur yang teruk, contohnya si emak ada mengalami rambut gugur maka si anak juga berisiko untuk mendapat masalah rambut gugur juga.


2. Perubahan Hormon
Bila hormon kita terganggu seperti sedang mengandung, lepas melahirkan anak, mengalami fasa menopause, semuanya ini boleh menyebabkan rambut gugur berlaku, Paling femes berlaku ialah si ibu mengalami rambut gugur selepas bersalin..


3. Kesan sampingan ubat
Contohnya kesan sampingan dadah yang digunakan untuk pesakit kanser, arthritis, masalah jantung, gout dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan rambut banyak gugur.


4. Stress Fizikal
Contohnya trauma secara fizikal seperti pembedahan, kemalangan kereta. penyakit krnik termasuk demam boleh membuatkan rambut gugur tapi ia hanya berlaku secara sementara sahaja. Keadaan ini berlaku kerana fizikal stress itu tadi telah menganggu kitaran pertumbuhan rambut. Tapi rambut akan mula tumbuh semula apabila badan mula sembuh.


5. Terlalu Banyak Vitamin A
Menurut Americam Academy of Dermatology, bila terlalu banyak mengambil ubat atau suplemen Vitamin A boleh menyebabkan masalah rambut gugur. Berikut adalah jumlah saranan harian suplemen vitami A yang boleh kita ambil:

Dewasa : 5000 IU vitamin A
Kanak-kanak lebih 4 tahun : 2500 - 10 000 IU vitamin A



6. Kurang Protein
Kurang mengambil protein juga boleh menjadi punca rambut gugur. Ini akan menyebabkan badan memberhentikan proses pertumbuhan rambut. (menurut sumber American Academy of Dermatology). Keadaan ini boleh berlaku selepas 2-3 bulan kita berhenti mengambil sumber makanan protein.


Lepas ini rajinlah ambil protein setiap hari untuk dapat rambut sihat kuat tak gugur. Dah cuba sumper protein ESP yang rendah lemak, tiada kolesterol, ada vitamin B, kalsium, asid amino yang terbaik ini?


7. Lelaki Cenderung Botak?
Daripada 2/3 lelaki akan mengalami masalah rambut gugur pada umur 60 tahun. Ia berpunca daripada hormon seks lelaki dan faktor genetik.



8. Anemia
Dari 1/10 wanita yang berumur dalam 20 hingga 49 tahun mengalami anemia iaitu kekurangan zat besi dan ini juga yang menjadi punca masalah rambut gugur sering terjadi.


9. Kimoterapi
Paling biasa punca rambut gugur banyak dan teruk berlaku. Ubat atau dadah yang digunakan untuk melawan pesakit kanser ini yang membawa kepada keguguran rambut yang banyak. Malaha ada juga yang gugur habis hingga rambut jadi botak.




Itulah dia antara 9 punca dan sebab berlakunya masalah rambut gugur yang sering terjadi.

Bila sudah tahu punca makan mudahlah kita nak merawat dan mengawal rambut gugur kan? Jagalah kesihatan rambut juga. Ia penting untuk kita terutama golongan lelaki.


Anda juga ada masalah rambut gugur? Jom kongsikan bersama.



Jom ketahui cara berkesan dan selamat untuk merawat rambut gugur . 





1 comment: