16 Kebaikan Intermittent Fasting (IF) Untuk Kesihatan

Bila dah mula buat Intermittent Fasting, IF ini baru Gee mula nak amik tahu dan baca kebaikan IF untuk kesihatan. Rupanya ada banyak manfaat IF jika buat dengan cara yang betul dan sihat.

Kebaikan Intermittent Fasting (IF) Untuk Kesihatan


IF ialah salah satu cara mengawal waktu makan untuk tujuan kesihatan. Kita boleh menentukan berapa lama berpuasa dan makan. Bila berpuasa, usus juga turut sama berehat. Sama juga macam berpuasa di bulan Ramadhan cuma bezanya kita boleh minum air kosong waktu buat puasa IF. 


Bawah ni Gee kongsikan Kebaikan Intermittent Fasting, IF untuk kesihatan
  1. Mengawal keinginan makan bendan manis bergula
  2. Membantu mengawal nafsu makan.
  3. Menstabilkan paras insulin dalam badan - Bila berpuasa, paras insulin menurun dan ini bagus untuk membantu mencegah dan mengawal diabetes. Paras insulin yang tinggi boleh merosakkan saraf mata dan salur darah, dan buatkan badan berisiko gemuk.
  4. Mengawal / menurunkan paras kolesterol jahat, LDL, Triglyceride dan tekanan darah yang sihat (tapi pastikan pilih makanan yang sihat juga)
  5. Meningkatkan sistem imun badan.
  6. Merangsang hormon tumbesaran (human growth hormone, HGF)
  7. Meningkatkan metabolisme badan - bila berpuasa metabolisme badan akan meningkatkan
  8. Menurangkan risiko sakit jantung
  9. Menyingkirkan toksin dari badan
  10. Mengurangkan keradangan di dalam badan - radikal bebas tinggi dalam badan boleh membawa kepada risiko kanser. Dengan berpuasa, radikal bebasa menurun dan terkawal, keradangan berkurang dan DNA tidak terganggu maka kuranglah risiko penyakit.
  11. Meningkatkan kesihatan otak
  12. Dapat memproses nutrien lebih baik
  13. Meningkatkan kesihatan sistem pencernaan
  14. Mengurangkan risiko kanser (sel kanser tidak boleh terbentuk kerana lapar)
  15. Menyingkirkan sel yang rosak dan menghasilkan sel-sel baru yang sihat - bagus untuk melambatkan proses penuaan, kurangkan risiko penyakit nyanyuk dan penyakit lain seperti kanser, jantung dan stroke.
  16. Bagus untuk otak - berpuasa membantu sel-sel dalam otak tumbuh baru dan otak lebih tajam dan bijak.


Banyak kan? Yang dah buat IF tu teruskan buat dan enjoy buat baru rasa selesa nak teruskan sampai jadi rutin harian kita. Inshaallah moga mudah urusan Gee dan anda semua yang nak buat IF ni untuk ikhtiar sihat­čĺ¬



Baca juga:







9 Langkah/Cara Memulakan Eat Clean Dengan Betul




#Zianaeunos

#teamifsihatbygee

#Shakleebygee


Post a Comment

0 Comments