05 June 2020

Perokok Berisiko Tinggi Terhadap COVID-19


Sememangnya kita tahu merokok banyak memberi kesan kepada kesihatan. Tapi masih ramai yang tetap setia dengan rokok kan?

WHO telah mengeluarkan kenyataan pada 27 Mei 2020 yang lalu, dan disokong dengan beberapa kajian yang dijalankan mendapati golongan perokok adalah berisiko TINGGI untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk jika dijangkiti virus COVID-19.

Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM juga telah mengumumkan bahawa jumlah kematian disebabkan COVID-19 bagi yang merokok lebih tinggi iaitu 17.6 peratus daripada meraka yang tak merokok hanya 12.1 peratus sahaja.

Oleh itu, perokok disarankan untuk segera berhenti merokok dan meninggalkan tabiat merokok demi kesihatan diri dan mereka yang tersayang.




Kenapa perokok lebih berisiko tinggi untuk dapat COVID-19?
  • Merokok boleh melemahkan sistem imun badan. Bila sistem imuniti badan lemah maka sukarlah badan untuk melawan coronovirus.
  • Merokok juga meningkatkan risiko terhadap jangkitan bakteria dan virus terutama ketika wabak COVID-19 sekarang.
  • Merokok boleh merosotkan fungsi paru-paru. Seperti kita tahu, COVID-19 adalah penyakit berjangkit yang mampu menyerang terutamanya paru-paru. 
  • Merokok juga boleh mendapat serangan jantung. 


Kajian juga menunjukkan bahawa peru-paru perokok mempunyi tapak penerima virus corona lebih banyak dari biasa.



Reseptor ACE 2 ini merupakan TAPAK bagi virus korona. Risiko perokok untuk dijangkiti virus korona adalah lebih tinggi berbanding bukan perokok.


Oleh itu, perokok diminta untuk mempertimbangkan nasihat ini. Berhentilah demi kesihatan diri dan mereka yang anda sayang.




Dah baca?


Vitamin yang diperlukan untuk berhenti merokok (coming soon)





0 comments:

Post a Comment