30 August 2021

Kebaikan Omega 3 Untuk Kurus

Omega 3 untuk kurus


Ada lemak baik ada juga lemak yang boleh menaikkan berat badan, Tapi, asid lemak Omega-3 adalah LEMAK yang tidak MENGGEMUKKAN badan kita. Ia kategori lemak baik untuk kesihatan termasuk membantu kuruskan badan. 

Ini berita baik untuk yang nak kurus. Macam mana Omega 3 membantu menguruskan badan?

Kebaikan Omega 3 untuk Kurus

1. Mengawal Atur Tahap Lemak Badan Yang Sihat
Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia: 

  • Meningkatkan kadar metabolik - kadar kalori badan yang dibakar dalam sehari.
  • Meningkatkan kadar pembakaran lemak.
  • Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak.
  • Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita.
2. Menyeimbangkan Rasa Kenyang

Dua hormon utama iaitu ghrelin dan leptin berperanan penting untuk mengawal rasa lapar dan kenyang. Digabung dengan diet yang seimbang dan konsisten menhambil Omega-3 didapati bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini. 

Malah, ia juga mampu meningkatkan rasa kenyang. Ini membantu kita berasa kenyang lebih lama selepas makan. Sebab tu ramai suka mengambil Omega 3 untuk proses menurunkan berat dan menjaga berat badan. 

3. Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat

Insulin berfungsi untuk menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Omega-3 pula dapat membantu dengan cara meningkatkan kepekaan insulin badan. Makin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, makin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak. 

Nak kurus jangan tinggalkan makanan ada Omega 3!

4. Mengurangkan Tekanan 

Tahu tak? Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Disinilah Omega-3 membantu mengawalatur tahap kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan yang menyebabkan kita menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil. Kawal tekanan dengan mengambil Omega 3 setiap hari untuk membantu kuruskan badan. 


Nak kuruskan badan lepas ini bolehlah masukkan sekali Omega 3 dalam pemakanan harian. Antara makanan yang ada Omega 3 seperti bawah ini.

Makanan Omega 3 untuk kurus


Suplemen Omega 3 membantu untuk proses kurus lebih mudah

Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak omega 3 yang baik untuk kesihatan dan juga membantu kuruskan badan secara sihat. 

Omega guard shaklee untuk kurus

Pengambilan Omega 3 selepas makan makanan berat setiap hari mampu membantu meningkatkan metabolisme badan sekaligus menambah keupayaan badan untuk membakar lebih banyak lemak. 

Omega 3 juga bagus untuk kolesterol. Ia meningkatkan kolesterol baik, HDL dengan menyingkirkan kolesterol yang tidak baik dari badan. 

Amalkan Omega Guard setiap hari untuk yang nak kurus dan menjaga berat badan yang sihat.



Baca juga:

Kebaikan Omega 3 untuk kulit, rambut dan kesihatan

Kebaikan Omega Guard Shaklee

Kebaikan Omega 3 untuk otak kanak-kanak

Kebaikan Omega 3 untuk ibu hamil

Kebaikan Omega 3 untuk jantung



Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh terus menghubungi Gee. Klik gambar untuk pautan whatsapp. 





1 comment: