Tanda Badan Kurang Kalsium Masa Hamil

Tanda-tanda ibu hamil kekurangan kalsium masa hamil. Kalsium sangat penting untuk badan manusia. Ia membantu pertumbuhan tulang, gigi, pengecutan otot, pelepasan hormon, dan mengatur degup jantung manusia. 

Tanda badan kurang kalsium masa hamil

Semasa hamil, kalsium dalam badan ibu akan dibekalkan kepda bayi dalam kandungan. Sebab itulah ibu yang sedang hamil memerlukan lebih kalsium dari biasa. Ibu hamil disarankan mengambil dos 1000-1300 mg kalsium. Tapi jika kurang kalsium ia boleh memberi kesan kepada si ibu dan kehamilan.

6 Tanda Badan Kurang Kalsium Masa Hamil

1. Mudah kena kram

Tanda Badan Kurang Kalsium Masa Hamil

Perkara biasa ibu hamil merasa kram di kaki dan perut. Lagi kerap berlaku bila kandungan makin membesar. Ia berlaku disebabkan badan sebenarnya kurang kalsium. Kalsium penting untuk fungsi kontraksi otot dan neurotransmitter. 

2. Cepat letih dan mood berubah

Tanda Badan Kurang Kalsium Masa Hamil

Kalsium salah satu mineral penting untuk badan selainuntuk tulang, ia membantu mengurangkan tekanan dan menambah baik mood ibu. Bila kurang kalsium, ibu mudah mengalami mood swing, cepat berasa letih dan lelah dan akhirnya mudah rasa marah dan gelisah. 

3. Risiko Osteoporosis

Tanda Badan Kurang Kalsium Masa Hamil

Semasa hamil ibu memerlukan lebih banyak kalsium. Ini termasuk untuk keperluan janin sekali. Tapi jika ibu hamil tidak mendapatkan kalsium yang cukup boleh berisiko untuk terkena osteoporosis atau tulang rapuh. Sebab itu anda boleh lihat wanita lebih ramai mendapat masalah osteoporosis bila sudah berumur.

4. Mudah lupa

Kesan kurang kalsium masa hamil boleh menyebabkan ibu jadi mudah pelupa. Kalsium penting untuk sel saraf, ia mengawal atur neurotransmisi (bahan kimia dalam otak) dan mengawal fungsi rangsangan saraf.

5. Kuku dan gigi mudah rapuh

6. Mudah berhalusinasi 


Itulah tanda-tanda badan kurang kalsium masa mengandung. Ibu hamil disarankan untuk mengambil kalsium yang cukup setiap hari sepanjang tempoh hamil. Boleh ambil dari sumber makanan harian dan juga suplemen kalsium.


Baca juga:

Makanan sumber kalsium untuk ibu hamil

Makanan tinggi kalsium selain susu

Makanan yang boleh mengurangkan kalsium dalam badan

Pil kalsium OsteNutrix






Post a Comment

2 Comments

  1. Memang susu tak tinggal masa mengandung dulu.. sekarang ambil pil je bila dah kurang minum susu..

    ReplyDelete
  2. memang ambil susu dan pil kalsium masa mengandung. kalau tak habis kuku berkedut kedut.

    ReplyDelete